Hang Nadim

laksamana bangsa Bugis

Dalam Hikayat Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang, Hang Nadim (Jawi: هڠ نديم) ialah seorang kanak-kanak lelaki yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam menyelamatkan Temasek (kini lebih dikenali dengan Singapura) daripada serangan sekumpulan besar ikan todak. Beliau merupakan salah seorang tokoh penting dalam cerita legenda Melayu Singapura Dilanggar Todak.

Mengikut hikayat, pada suatu ketika, ikan todak telah menyerang kebanyakan masyarakat Melayu Asli yang tinggal di sekitar perairan pantai Tanjong Pagar sehinggakan ramai masyarakat Melayu Asli tersebut telah menemui ajalnya akibat daripada serangan Ikan Todak yang bertubi-tubi. Serangan Ikan Todak ini dikatakan mula berpunca daripada tindakan Sri Maharaja yang telah menghukum bunuh Tun Jana Khatib (beliau merupakan seorang alim dan warak dalam menyampaikan ajaran Islam di bumi Temasek, namun tindakan dakwahnya itu ditolak oleh Sri Maharaja dan penduduk kampung). Kini, terdapatnya sebuah kem di Singapura yang diberi nama Khatib Camp (Kem Khatib), bersempena nama Tun Jana Khatib, ia terletak di Sembawang Road (Jalan Sembawang), Singapura. Dikatakan juga di kem tersebutlah Tun Jana Khatib telah dihukum bunuh oleh Sri Maharaja. Akibat angka korban nyawa yang semakin meningkat akibat serangan ikan todak, maka Hang Nadim yang masih kecil itu telah mengesyorkan kepada pemerintah Temasek ketika itu untuk membina sebuah tembok panjang dan tebal berasaskan batang pisang mengelilingi pantai yang bertindak sebagai penghadang daripada serangan ikan todak. Syor Hang Nadim itu diterima baik, lalu kerja-kerja pembinaan diusahakan, hasilnya tuntas dan berjaya. Banyak ikan todak telah tersangkut muncungnya pada batang-batang pisang.[1]

Berdasarkan legenda, Tanjong Pagar, Singapura merupakan tempat di mana berlakunya kisah serangan dan penyelamatan tersebut. Perkataan pagar diambil sempena kisah pembinaan pagar tembok daripada batang pisang untuk melawan serangan ikan todak.

Atas kejayaan yang memberansangkan, Hang Nadim telah diberi pujian dan penghargaan oleh masyarakat Tanjung Pagar khususnya dan rakyat Temasek amnya. Hang Nadim juga telah diberikan pingat jasa bakti tertinggi daripada Mahkamah DiRaja atas hasil ideanya yang bernas itu. Hal ini telah membuatkan segelintir ahli tertinggi Mahkamah DiRaja yang lain berasa iri hati dan tidak puas hati dengan penghargaan yang diperolehi oleh Hang Nadim. Maka, mereka telah bersepakat untuk membunuh Hang Nadim dengan cara membuangnya ke dalam laut dan dibiarkan Hang Nadim mati lemas. Akhirnya, Hang Nadim telah menemui ajalnya di dalam laut akibat khianat pada umur semuda tujuh tahun.

Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam, Indonesia dinamakan sempena nama beliau tersebut.

Laksamana Hang Nadim sunting

Selain itu terdapat juga Laksamana Hang Nadim, anak kandung kepada Hang Jebat dan anak angkat dan menantu kepada Laksamana Hang Tuah serta merupakan pahlawan Melaka yang berjuang melawan kedatangan penjajah Portugis. Korvet Kelas Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia KD Hang Nadim dinamakan bersempena Laksamana Hang Nadim.[2]

Rujukan sunting