Durga Puja disambut oleh seluruh penganut Hindu seluruh dunia. Perayaan Durga Puja diraikan sebagai menyambut kejayaan Dewi Durga mengalahkan raksaksa Mahish.

Perayaan Durga Puja bermula dengan `Anandamela' di mana pelbagai masakan manis Benggali dijual. Selepas empat hari menyambut Durga Puja, pada hari kelima, wanita yang telah berkahwin akan melumurkan sindoor (pewarna merah) pada patung Durga.

Selepas itu, sindoor akan disapu sesama kaum wanita sebagai lambang kegembiraan mereka. Sebagai penutup Durga Puja, patung Dewi Durga akan diselam kedalam air.


Pautan luar sunting