Harimau Pembebasan Tamil Eelam

organisasi militan di Sri Lanka

Pembebasan Harimau Tamil Eelam (Tamil: தமிழீழ விடுதலைப் புலிகள், bahasa Inggeris: Liberation Tigers of Tamil Eelam, singkatan: LTTE) yang mahu menubuhkan negara berasingan bagi etnik minoriti Tamil di utara dan timur pulau Sri Lanka. Sebelum ini Sri Lanka dikenali sebagai Ceylon sahaja. Penduduk Sri Lanka berjumlah 23 juta didiami kaum Singhala dan Tamil . Anggota kumpulan ini diharamkan daripada memasuki 32 negara, terutama selepas ia dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat. [2]

Pembebasan Harimau Tamil Eelam
Liberation Tigers of Tamil Eelam
தமிழீழ விடுதலைப் புலிகள்
Lambang rasmi Harimau Pembebasan Tamil Eelam.
Tarikh operasi1976 –2009
PemimpinVelupillai Prabhakaran
MotifMewujudkan negeri Tamil berasingan di utara dan timur Sri Lanka
Kawasan utamaSri Lanka Sri Lanka
IdeologiNationalisme Tamil
StatusSetakat 6 April, 2009, menguasai lebih 55 km2 kawasan di utara Sri Lanka,[1] dikategorikan sebagai kumpulan pengganas oleh 32 buah negara

Pengasas sunting

LTTE diasaskan oleh Velupillai Prabhakaran pada 1975 bagi memperjuangkan nasib kaum Tamil dan kumpulan ini menerima sokongan padu daripada belia Tamil yang kecewa dengan kebanyakan dasar kerajaan Sri Lanka.

Tujuan utama untuk membantu dari penyeksaan, kekejaaman kerajaan sinhala kepada gologan minoriti Tamil Eelam dengan niat hapuskan semua etnit untuk Tujuan perkembangan etnit sinhala.keluasaan pembunuhan terhadap Tamil Eelam sekiranya bersuara berkenaan kekejaman kerajaan.

Corak perjuangan sunting

Corak perjuangan dari serangan kecil-kecilan kepada pengebom berani mati 1980-an dan menggunakan helikopter dan kapal terbang pada 1990-an dan menguasai wilayah dan bandar di utara dan timur Sri Lanka dan 2000-an.

Mangsa serangan sunting

Menteri Perkhidmatan dan Kebajikan Sosial Sri Lanka, Douglas Devananda mengalami 12 cubaan membunuh dan kali terakhir pada 28 Nov 2008 apabila seorang wanita pengebom berani mati cuba membunuh beliau di pejabatnya. Dalam kejadian itu, setiausaha peribadi Douglas terbunuh.

Akibat peperangan sunting

Dari 1990 - 2009 lebih 700,000 terbunuh dan hampir 700,000 rakyat Sri Lanka terpaksa meninggalkan kampung halaman akibat perang saudara antara kaum Singhala dengan Tamil Eelam. Akibat perperangan ini, mereka tidak ada suara, tidak ada kehidupan, tapi banyak janda dan anak yatim.

  • Perang saudara yang melanda Sri Lanka dari 1983 hingga 1996 menyebabkan negara itu mengalami kerugian berjumlah RM59 bilion (AS$17 bilion).

Pelarian sunting

Di Tamil Nadu, selatan India, terdapat 117 kem pelarian yang menjadi tempat berteduh bagi 80,000 anggota masyarakat Tamil Sri Lanka yang meninggalkan tanah tumpah darah mereka sejak bermulanya pemberontakan LTTE, manakala kira-kira 40,000 orang lagi tinggal di luar kem berkenaan.

S.C. Chandrahasan, pengasas Pertubuhan bagi Pemulihan Pelarian Eelam cuba membaiki nasib Tamil Eelam ini.

Rujukan sunting

  1. ^ "The Final Countdown". Ministry of Defence. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-20. Dicapai pada 2009-04-19.
  2. ^ Kekejaman LTTE Tak Kenal Kawan Dan Lawan[pautan mati kekal]