Tan Sri Dato' Seri Utama Hashim bin Aman (1 September 1929 – 21 Mei 2018) ialah Ketua Setiausaha Negara Malaysia dari tahun 1982 – 1984. Selepas bersara, beliau telah dilantik sebagai pengerusi PERNAS.


Hashim Aman

PMN, PSM; SUNS (NS); SSSA (Selangor); DPMK (Kelantan); DCSM (Melaka); DSNS (NS); DPMJ (Johor); JMN
Ketua Setiausaha Negara ke-7
Dalam jawatan
1 Disember 1982 – 14 Jun 1984
Didahului olehTun Abdullah Ayub
Digantikan olehTan Sri Sallehuddin Mohamed
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Dalam jawatan
18 Jun 1977 – 30 November 1982
Didahului olehTan Sri Abdul Aziz Zakaria
Digantikan olehTan Sri Osman S. Cassim
Butiran peribadi
Lahir(1929-09-01)1 September 1929
Rembau, Negeri Sembilan, Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Meninggal dunia21 Mei 2018(2018-05-21) (umur 88)
Hospital Besar, Kuala Lumpur, Malaysia
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PasanganPuan Sri Datin Seri Utama Zawiyah Yacob
Alma materUniversiti Malaya
ProfesionPegawai Tadbir dan Diplomatik

Kehidupan awal sunting

Beliau telah dilahirkan pada 1 September, 1929 di Kampung Chembong, Rembau, Negeri Sembilan. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah King George V, Seremban, sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura, dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains pada tahun 1957.

Kerjaya sunting

Hashim telah berkhidmat selama hampir 27 tahun di pelbagai jabatan dan agensi awam, termasuk sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan, dan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha Negara mulai tahun 1982 hingga tahun 1984.

Darurat Kelantan 1977 sunting

Beliau berkhidmat sebagai Pengarah Kerajaan Negeri Kelantan apabila Kelantan diisytiharkan darurat pada akhir tahun 1977. Beliau bekerjasama dengan pemimpin politik dan golongan pentadbiran Kelantan serta persekutuan untuk kemajuan dan kesejahteraan negeri Kelantan. Mahathir Mohamad cukup ingat akan peranan singkat beliau di Kelantan dan merupakan salah satu kenangan yang manis bagi mereka. Kerajaan PAS di bawah Menteri Besar Kelantan berjaya ditumbangkan[1] oleh UMNO/Barisan Nasional.

Mahathir menyifatkan beliau sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam yang tidak suka menonjolkan diri atau 'publicity-shy'. Dengan itu peluang media massa untuk memetik pemikiran dan kenyataan beliau sangat terhad. Kalau ada pun hanyalah pada upacara-upacara seperti pembukaan kursus-kursus dan upacara-upacara seumpamanya. Kerajaan Malaysia menghargai kesungguhan, kecekapan dan keutuhan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Hashim.

Bersara sunting

Hashim Aman bersara pada 1984 dan majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Banquet, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur pada 14 Julai 1984 dengan kehadiran istimewa Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad.[2]

Meninggal dunia sunting

Tan Sri Hashim Aman meninggal dunia pada 21 Mei 2018 ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Beliau berusia 89 tahun.[3][4][5] Jenazah disembahyangkan di Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur selepas solat Asar.

Rujukan sunting

  1. ^ [[1]]
  2. ^ Majlis Makan Malam Perpisahan
  3. ^ "Bekas KSN meninggal dunia". Berita Harian. 21 Mei 2018. Dicapai pada 28 Januari 2021.
  4. ^ "Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia". Astro Awani. 21 Mei 2018. Dicapai pada 28 Januari 2021.
  5. ^ "Ex-chief secretary to the government Hashim Aman dies". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 21 Mei 2018. Dicapai pada 28 Januari 2021.