Hay Day merupakan sebuah permainan video simulasi mudah alih secara freemium yang dibangunkan dan diterbitkan oleh syarikat Supercell. Hay Day dilancarkan di iOS pada 21 Jun 2012 dan Android pula dilancarkan pada 20 November 2013.[1] Menurut laporan tahun 2013, Supercell memperoleh pendapatan sebanyak $ 30 juta sebulan daripada permainan Hay Day dan Clash of Clans.[2] Pada tahun 2013, Hay Day merupakan permainan keempat tertinggi dalam pendapatan yang dihasilkan.[3]

Hay Day
PembangunSupercell
PenerbitSupercell
PlatformiOS
Android
PelepasaniOS
21 Jun 2012
Android
20 November 2013
GenrePermainan video simulasi
ModMultipemain

Permainan plot sunting

Seorang pak cik yang bekerja sebagai petani tidak dapat menguruskan ladangnya lagi, jadi beliau menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pemain untuk memajukan ladang tersebut. Permainan dimulakan dengan menggunakan Orang-orang sawah yang memberi tutorial mengurus pertanian kepada pemain. Dengan menjual tanaman/produk, pemain memperoleh duit syiling dan digunakan untuk membeli produk peralatan pertanian, binatang peliharaan dan barang hiasan. Dengan melakukannya, pemain juga memperoleh mata pengalaman (XP) dan turut dinaikkan tahap dalam permainan. Semasa permainan berjalan, pemain diperkenalkan kepada Angus iaitu rakan seorang pak cik yang memberikan tutorial memancing. Sebelum itu, pemain juga diperkenalkan kepada Greg iaitu seseorang yang datang ke peternakan pemain untuk meminta barang, atau meletakkan barang di "pinggir jalan" yang dapat pemain beli. Greg adalah Watak bukan pemain (NPC).

Penilaian sunting

Dalam penilaian dari segi ciri-ciri permainan, Gamezebo memberikan 4/5 daripada 5 iaitu memperhatikan kesamaannya dengan Farmville dan memuji grafik permainan tesebut.[4] Pocket Gamer pula menganugerahkan hadiah gangsa terhadap permainan tersebut.[5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Hay Day for Android". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-10. Dicapai pada 2020-05-10.
  2. ^ "Supercell earns $30M every month". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2016. Dicapai pada 2020-05-10.
  3. ^ Why free games are increasingly the most profitable apps Diarkibkan 14 Julai 2014 di Wayback Machine
  4. ^ Lufkin, Bryan. "Hay Day". Gamezebo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-11. Dicapai pada 2020-05-11.
  5. ^ "Hay Day". Pocket Gamer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-11. Dicapai pada 2020-05-11.