Heckler & Koch MP7

Heckler & Koch MP7 merupakan sepucuk senjata yang diklasifikasikan sebagai senjata perlindungan peribadi atau dipanggil Personal Defense Weapon yang dikeluarkan secara komersil pada tahun 2001 oleh Heckler & Koch.

Heckler & Koch MP7
Heckler & Koch MP7A1
JenisPersonal defense weapon
Tempat asal Jerman
Sejarah perkhidmatan
Digunakan olehTentera Darat Jerman, Polis Ministry of Defense British, polis Ireland, Pasukan Gerakan Khas Polis Diraja Malaysia, Polis Korea Selatan
Sejarah pengeluaran
PengeluarHeckler & Koch
Dihasilkan2001
Spesifikasi
Berat
  • 1.8 kg (3.96 lb) empty
  • 1.9 kg (4.2 lb) with 20 butir
  • 2.0 kg (4.4 lb) with 40 butir
Panjang
  • 340 mm (13.4 in), udi teleskopik dipendekkan
  • 541 mm (21.2 in), udi teleskopik dipanjangkan
Panjang laras180 mm (7.1 in)

Kartrij4.6 x 30 mm
AksiSistem Gas, Bolt Berputar
Kadar tembakan
  • 950 + 200 butir/min bagi MP7,
  • 850 butir/min bagi MP7A1
  • Jarak tembakan efektif200 m
    Sistem suapan20 atau 40 butir dalam kelopak

    Sejarah sunting

    Sebelum ini, negara-negara Barat mempunyai sistem kaliber utama bagi persenjataan yang sedia ada ialah 9 mm. Pada awalnya, ia dianggap efektif sehinggalah sejak akhir-akhir ini dengan pembangunan pesat teknologi sistem kalis peluru serta plat seramik perlindungan, kemampuan sistem senjata yang menggunakan peluru 9 mm ini sudah tidak lagi efektif dan gagal menembusi baju kalis peluru yang dipakai oleh pihak musuh. Ini boleh dibuktikan apabila anggota-anggota bekas pakatan negara WARSAW dan Russia melengkapkan anggota pasukannnya dengan sistem pakaian kalis peluru. Kesatuan Eropah (EU) dan NATO menganggap penggunaan pakaian perlindungan ini adalah satu perkara yang amat membimbangkan.

    Atas perkara inilah, negara-negara Eropah dan NATO bercadang untuk menghasilkan satu sistem peluru berpiawaian tinggi yang mampu menembusi pakaian perlindungan. Salah satu contoh piawaian ini dinamakan CRISAT atau Collaboration Research Into Small Arms Technology. Sistem ini berkemampuan menembusi sistem pertahanan CRISAT tersebut, iaitu mempunyai ketebalan 1.6 mm plat Titanium dan 20 lapisan fabrik Kevlar dibelakang plat tersebut pada jarak minima 50 meter.

    Sebelum ini, sistem persenjataan yang menggunakan sistem tersebut adalah senjata submesingan FN P90 buatan Fabrique Nationale, syarikat persenjataan dari negara Belgium yang juga pengeluar utama pistol Browning HP, mesingan FN MAG dan FN Minimi. FN P90 menggunakan sistem peluru 5.7 x 28 mm yang mana kelopaknya berbentuk kotak memanjang yang dipasangkan pada bahagian atas senjata.

    Pengenalan sunting

    MP7 diperkenalkan oleh HK dengan menggunakan sistem peluru terbarunya yang mampu menembusi plat logam sepertimana P90 iaitu 4.6 x 30 mm. Peluru ini dibangunkan bersama Royal Ordnance, Radway Green dari United Kingdom. Berbeza dengan FN P90, MP7 ini menggunakan sistem yang sama dengan senjata submesingan yang lain iaitu mempunyai sifat pistol mesin atau machinepistol yang dihasilkan oleh beberapa syarikat persenjataan dari negara-negara luar. Selain itu, kelopaknya dipasangkan dibahagian dalam penggenggam tangan atau pistol grip, mempunyai udi teleskopik dan juga mempunyai pemegang yang dipasang pada bahagian bawah laras yang boleh dilipatkan kehadapan sekiranya tidak diperlukan.

    Pada bahagian atas laras mempunyai sistem landasan Picatinny yang boleh dikembarkan dengan perbagai alatan sokongan, malahan sistem landasan juga turut dipasang pada bahagian tepi pengadang tangan dikiri dan kanan senjata tersebut. Terdapat dua jenis pejera yang dibekalkan pada senjata iaitu pejera berskala yang boleh diubahsuai bagi tembakan jarak jauh yang tepat dan pejera jarak dekat untuk tembakan pantas dan diwaktu gelap. Sistem pejera bersekunder ini dilengkapi dengan titik bercahaya, satu pada pejera hadapan dan satu lagi dibahagian pejera belakang. Muncung laras mempunyai sistem pengedap percikan bunga api dan juga bertindak sebagai sambungan kepada alat pelenyap bunyi.

    Pengoperasian kunci kawalan keseluruhan persenjataan ini amat kreatif dengan kesemua sistem kekunci seperti pencekah, pelepas bolt, pembuka kelopak dan kunci selamat boleh digunakan dengan kedua-dua belah tangan. Ini membolehkan pengendali boleh menyelaraskan senjata ini dengan pantas dan mudah. Misalnya, pencekah MP7 ini digunakan sama seperti versi Colt M16 dibahagian belakang senjata. Terdapat dua jenis kelopak yang boleh digunakan pada senjata ini iaitu kelopak berkapasiti 20 hingga 40 butir peluru. Bahagian kerangka senjata ini diperbuat daripada bahan polimer dengan keluli yang menjadikannya ringan dan mudah dibawa kemana-mana.

    Kitaran mekanikal senjata MP7 ini berfungsi sama dengan raifal tempur HK G36, tetapi ia berskala kecil. Penggunaan peluru 4.6 x 30 mm yang menghasilkan sistem anjalan yang minima menjadikan senjata ini mudah dikawal walaupun dengan secara semburan automatik tanpa sebarang lonjakan laras yang maksima seolah-olah sama dengan menggunakan senjata yang berkaliber .22 yang digunakan dalam sukan menembak.

    Ciri-ciri keselamatan yang baik turut disediakan pada MP7 ini bagi mengurang atau menghalang dari sebarang berlakunya tembakan secara tidak sengaja sekiranya jatuh dari tempat tinggi mahupun permukaan keras.

    Peralatan Tambahan atau Aksesori sunting

    Sepertimana sistem persenjataan yang lain, MP7 turut dipasangkan dengan pelbagai jenis peralatan tambahan dan aksesori bagi mengikut kehendak operasi yang bakal dilakukan. MP7 turut dibekalkan dengan sistem pejera optik jenis Henzsoldt Z-Point yang dikembarkan pada bahagian atas senjata.

    Sistem pelenyap bunyi juga turut dilengkapkan pada bahagian muncung laras senjata ini bagi membolehkan pengguna mampu menjalankan operasi secara senyap.

    Pengguna sunting

    • Pihak Bundeswehr (Tentera Darat Jerman) mula menggunakan MP7 jumlah yang tinggi, selepas digunakan oleh pasukan tentera elit Jerman iaitu unit Kommando Spezialkräfte (KSK). Tentera Jerman turut menggunakan senjata ini di Afghanistan semasa rondaan di Kabul. MP7 ini merupakan projek masa hadapan bagi unit infantri Jerman.
    • Pada tahun 2005, MP7 menjadi senjata utama bagi pasukan polis Ministry of Defence dari Britain sebagai pilihan utama pasukan mereka. Memandangkan senjata ini amat ringan dan mampu menghasilkan tembakan yang amat tepat dalam jarak dekat, adalah menjadi penyebab pasukan ini memilih senjata tersebut.
    • MP7 juga turut menjadi senjata utama bagi pasukan pengaman PBB selain G36K, MP5, senapang patah Benelli dan Glock 19.
    • MP7 juga digunakan oleh unit elit polis Republik Korea Selatan iaitu Special Weapon Attack Team (KNP SWAT) dan Coast Guard Sea Special Assault Team (SSAT) bagi pengoperasian unitnya selain MP5, UMP, USP, P7M13.
    • MP7 dikatakan mampu menggantikan submesingan buatan Israel iaitu jenis Uzi bagi penggunaan polis Ireland khasnya pasukan elit Emergency Response Unit.
    • Pada tahun 2007, Polis Diraja Malaysia telah menempah senjata MP7 ini bagi kegunaan pasukan elitnya iaitu Pasukan Gerakan Khas dan kini unit tersebut telah menggunakannya bagi mempertingkatkan sistem submesingan yang sedia ada selain MP5 dan UMP 9mm.

    Sila lihat sunting

    Pautan Luar sunting


    Senarai senjata api  
    A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain.