Heian-kyō (平安京, secara literal bermaksud "Bandar yang tenang dan aman"), adalah satu dari nama lama untuk Kyoto. Ia adalah ibu negara Jepun selama beribu tahun, dari tahun 794 hingga 1868 dengan sedikit kacau bilau pada 1180.

Daidairi (大内裏, kawasan istana di bahagian tengah) dan gambaran panorama Heian-kyō (model pembinaan semula)

Maharaja Kammu menjadikanya sebagai ibukota pada tahun 794,memindahkan istana maharaja dari kota berdekatan Nagaoka-kyō atas saranan penasihatnya iaitu Wake no Kiyomaro.[1]Dimodelkan seperti Chang'an (kini Xi'an), ia mengekalkan pusat politik pemimpin sehingga 1185,apabila samurai Puak Minamoto mengambil alih kuasa,menubuhkan Shogun Kamakura.Masa yang berlaku dari 794–1185 ini dikenali Zaman Heian dalam sejarah Jepun.

Walaupun kuasa politik dipegang oleh samurai oleh tiga shogun berbeza, Heian mengekal tapak kuasa imperial, dan mengekal ibukota rasminya. Dan sebenarnya, walaupun kuasa Imperial dipindahkan ke Tokyo pada 1868, tidak ada sebarang udnag-undang menyatakan Tokyo adalah ibu negara, terdapat pendapat mengatakan bahawa Kyoto masih lagi menjadi Ibu Negara Jepun.


Rujukan sunting

  1. ^ Hall, John Whitney (1988). The Cambridge History of Japan. Cambridge University Press. m/s. 516–17. ISBN 0521223571.
Didahului oleh
Nagaoka-kyō
Ibu negara Jepun
794–1180
Diikuti oleh:
Fukuhara-kyō
Didahului oleh
Fukuhara-kyō
Ibu negara Jepun
1180–1868
Diikuti oleh:
Tokyo

Koordinat: 35°00′N 135°46′E / 35.000°N 135.767°E / 35.000; 135.767