Heinrich von Vietinghoff

German general

Heinrich Gottfried Otto Richard von Vietinghoff genannt (de: dikenali sebagai) Scheel (6 Disember 1887 – 23 Februari 1952) merupakan seorang Kolonel Jeneral (Generaloberst) dalam Tentera Darat Jerman (Wehrmacht Heer) semasa Perang Dunia Kedua. Beliau juga adalah penerima Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak (Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes mit Eichenlaub). Pingat Knight Cross dan darjah Daun Oak telah dikurniakan bagi mengiktiraf keberanian luar biasa tentera atau telah memimpin sesuatu pertempuran dengan cemerlang. Beliau terkenal kerana memerintah tentera Jerman dan Itali di wilayah Itali yang diduduki Jerman pada tahun 1945.

Heinrich von Vietinghoff
Vietinghoff pada 1944
Kelahiran(1887-12-06)6 Disember 1887
Mainz, Empayar Jerman
Meninggal dunia23 Februari 1952(1952-02-23) (umur 64)
Pfronten-Ried, Jerman Timur
Kesetiaan
Tahun perkhidmatan1903 – 1945
Pangkat Generaloberst
ArahanKor XIII
Tentera Darat Ke-15
Tentera Darat Ke-10
Kumpulan Tentera Darat Courland
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak

Kehidupan awal dan famili sunting

Vietinghoff telah dilahirkan di Mainz.[1] Kerjaya tenteranya telah disokong kuat oleh kedua ibu bapanya, iaitu Artileri Lt. Jen. Heinrich Otto Konrad von Vietinghoff gen. Scheel (1857–1917) dan Leona von Vietinghoff gen. Scheel (nee von Schmettow) (1861–1942). Beliau menyertai tentera darat pada usia 15 tahun, berbohong tentang umurnya dalam beberapa tahun terawal.

Kerjaya tentera sunting

 
Itali: von Vietinghoff memeriksa kereta kebal yang disamarkan
 
Heinrich von Vietinghoff di Itali pada April 1944

Pada 24 November 1938, Vietinghoff telah dilantik menjadi Panglima Divisyen Ke-5 Panzer dan mengambil bahagian dalam pencerobohan Poland di bawah Wilhelm Ritter von Leeb. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Jeneral pada Jun 1940, selepas itu beliau mengetuai Kor XLVI Panzer Jerman dalam pencerobohan Yugoslavia. Semasa Operasi Barbarossa, Kor beliau membentuk sebahagian daripada Kumpulan Tentera Darat Tengah dibawah Generalfeldmarschall Fedor von Bock. Pada masa ini, beliau mengalami kemalangan justeru itu mendapat nama samaran "Panzerknacker" ("Tank breaker"). Von Vietinghoff kemudian berkhidmat bersama Jeneral Heinz Guderian dalam Tentera Darat Panzer Kedua Jerman.

Dari Disember 1941 hingga Ogos 1943, beliau adalah Panglima Tentera Darat Kelima Belas Jerman di Perancis (MK Tentera Darat Ke-15 kini menjadi muzium di Tourcoing, dekat Lille di utara Perancis, Musée du 5 Juin 1944). Di Itali dari Ogos 1943 dan seterusnya beliau memerintah Tentera Darat Kesepuluh Jerman, bertanggungjawab bagi melambatkan peperangan melalui garisan pertahanan yang berturut-turut dibina di seluruh Itali. Paling terkenal dalam konteks ini adalah mempertahankan Garis Musim Sejuk dari November 1943 hingga Mei 1944 dan pertempuran dalam musim gugur tahun 1944 di Garis Gothic. Pada Oktober 1944, beliau buat sementara waktu mengambil alih seluruh pemerintahan (Kumpulan Tentera Darat C) di Itali apabila Fil Marsyal Albert Kesselring mengalami kecederaan parah dalam satu kemalangan kereta.[2] Pada Januari 1945, selepas kepulangan Kesselring, beliau meninggalkan Itali untuk memerintah Kumpulan Tentera Darat Courland di Prusia Timur. Apabila Kesselring ditukarkan pada Mac 1945 untuk menjadi Panglima Tertinggi Barat di Perancis, von Vietinghoff kembali sebagai Panglima Tertinggi Jerman di Itali.[3]

Pada akhir bulan April 1945, beliau membuat perhubungan dengan tentera Bersekutu dan pada 29 April, wakil beliau iaitu Jeneral SS Karl Wolff menandatangani bagi pihaknya di Istana Diraja di Caserta, bahawa beliau bersetuju untuk menyerahkalah pada 2 Mei 1945 waktu tengahari. Selepas itu, beliau menghabiskan masa selama dua tahun setengah dalam kurungan British di (Kem Khas XI) Island Farm Bridgend bersama ramai tawanan perang Jerman yang lain. Beliau dibebaskan pada September 1947.

Selepas perang Vietinghoff menjadi ahli kumpulan pakar yang menangani permasalahan persenjataan semula Jerman. Dalam bulan Oktober 1950, beliau menulis memorandum Himmeroder bagi pihak kerajaan Konrad Adenauer, mengenai sumbangan Jerman Barat keatas pertahanan Eropah. Beliau meninggal dunia pada 23 Februari 1952 di Pfronten.[4]

Tarikh kenaikan pangkat sunting

Anugerah kebesaran sunting

Lihat juga sunting

Bibliografi sunting

  • Blaxland, Gregory (1979). Alexander's Generals (the Italian Campaign 1944-1945). London: William Kimber & Co. ISBN 0-7183-0386-5.
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Thomas, Franz (1998). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 2: L–Z (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2300-9. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Rujukan sunting

  1. ^ name="gen">Exton, Brett; Bohannon, Shawn (February 2005). "Prisoners held at Special Camp 11: Generaloberst Heinrich-Gottfried von Vietinghoff gen. Scheel". Island Farm Prisoner of War Camp: 198 / Special Camp: XI Bridgend, South Wales (website). Dicapai pada 2007-06-01. External link in |work= (bantuan)[pautan mati kekal]
  2. ^ Blaxland, p226
  3. ^ Blaxland, p246
  4. ^ name="gen"
  5. ^ name="gen"
  6. ^ a b c d e f g h i j k l Miller, Michael D. "Generaloberst Heinrich Gottfried von Vietinghoff, gen. Scheel". Axis Biographical Research. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-29. Dicapai pada 29 April 2014.
  7. ^ a b c d Thomas 1998, p. 400.
Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima Divisyen 5 Panzer
2 September 1939 - 8 Oktober 1939
Diikuti oleh:
Generalleutnant Max von Hartlieb-Walsporn
Didahului oleh
Jeneral Walther von Reichenau
Panglima Tentera Darat Ke-10
15 Ogos 1943-14 Februari 1945
Diikuti oleh:
Jeneral Traugott Herr
Didahului oleh
Jeneral Lothar Rendulic
Panglima Kumpulan Tentera Darat Courland
27 Januari 1945-10 Mac 1945
Diikuti oleh:
Jeneral Lothar Rendulic
Didahului oleh
Generalfeldmarschall Albert Kesselring
Oberbefehlshaber Süd
11 Mac 1945 - 2 Mei 1945
Diikuti oleh:
tiada
  • Saxe-Meiningen Honor Cross for Merit in War