Hello, Mr. Perfect!

Hello, Mr. Perfect! merupakan siri drama televisyen Malaysia 2015 yang bersiaran di slot Akasia TV3. Drama ini ialah adaptasi dari novel dengan judul sama karya Waniey Zakaria dan diarahkan oleh Nuad Haji Othman. Pelakon utamanya ialah Fattah Amin dan Ruhainies.[1][2]

Hello, Mr. Perfect!
GenreDrama, romantik
PenciptaWaniey Zakaria
Dibangunkan oleh
Kaki Novel/A. Aida Production
PengarahNuad Haji Othman
Dibintangi oleh
Fattah Amin
Ruhainies
Raja Afiq
Ezzaty Abdullah
Lagu pembukaan"Sorry Sorry Sayangku" oleh Nomad
Lagu penutup"Sorry Sorry Sayangku" oleh Nomad
PenggubahA. Aida
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifMohd Fariz Che Aziz
Nur Farhana Dato' Sri Zulkifli
PenerbitDato' A. Aida
Tempoh siaran41–42 mknit
Syarikat penerbitan
Kaki Novel/A. Aida Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal30 September 2015 – 17 November 2015
Kronologi
MengikutiMencintaimu
Diikuti olehAkulah Balqis

Sinopsis sunting

Hello, Mr. Perfect! mengisahkan mengenai Ariff dan Ainul pasangan kekasih yang ingin berkahwin, namun terhalang dek kerana abangnya, Izzul masih belum berkahwin. Keluarga mereka mempunyai tradisi di mana yang muda tidak boleh langkah bendul walaupun konsep langkah bendul itu hanya jatuh jika yang di atasnya adalah perempuan. Lebih memeningkan lagi apabila keluarga Ainul hanya memberikan tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan orang lain.

Arif terpaksa merayu kepada Izzul dan sanggup untuk mencarikan jodoh buat abangnya itu. Tetapi ianya tidak semudah yang disangka kerana ternyata abangnya itu adalah lelaki yang amat mementingkan kesempurnaan. Hampir kesemua calon yang dicari Arif ditolak hanya kerana tidak memenuhi kriteria yang diingini. Disaat buntu untuk mencarikan jodoh buat abangnya, muncul Alya Adriana teman baik Ainul yang dalam kesusahan diburu along dek kerana hutang ayahnya. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima RM 500,000 sebagai ganjaran tetapi tidak diketahui oleh Arif.

Sikap Izzul yang sinis dan mahukan kesempurnaan membuatkan Alya tidak selesa untuk meneruskan perhubungan dengan Izzul. Tetapi apa yang memeranjatkan Arif dan Ainul, Izzul kelihatan tertarik dengan Alya. Arif dan Ainul mula merencanakan beberapa rancangan supaya hubungan Alya dan Izzul makin mesra. Bagaimanapun harapan Arif untuk melihat Izzul berkahwin dengan Alya mula goyah apabila dia mengetahui yang Alya berbaik-baik dengan Izzul adalah kerana ingin mendapatkan ganjaran yang dijanjikannya kerana ingin membayar hutang along.

Setelah mengetahui hal sebenar, Arif melarang Alya berjumpa dengan Izzul walaupun dalam tidak sedar telah terbit rasa cinta buat lelaki ego bernama Muhammad Izzul Islam itu. Dapatkah Alya, meruntuhkan tembok ego Izzul yang merawat luka hatinya setelah dikecewakan bekas kekasihnya Ain? Dapatkah dia bertahan dengan karenah Izzul?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Pelakon undangan sunting

Muzik dan runut bunyi sunting

No.TajukArtisMasa
1."Sorry Sorry Sayangku"Nomad3:58
2."Semua Tentang Kita"Asfan Shah3:58


Rujukan sunting

  1. ^ Drama Hello Mr Perfect mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.
  2. ^ Ruhainies memegang watak utama dalam Hello Mr. Perfect Diarkibkan 2019-05-13 di Wayback Machine Utusan Malaysia (27 November 2015). Dicapai pada 13 Disember 2015.

Pautan luar sunting

TV3: Slot Akasia, Isnin–Khamis, 6:58 petang
Sebelumnya Hello Mr Perfect Berikutnya
Mencintaimu Akulah Balqis