Henry Gwyn Jeffreys Moseley (18871915) merupakan seorang ahli fizik British yang membuat kajian unsur-unsur kimia melalui spektrum sinar-X pada tahun 1914.

Henry Moseley
Moseley, 1914
Kelahiran
Henry Gwyn Jeffreys Moseley

(1887-11-23)23 November 1887
Meninggal dunia10 Ogos 1915(1915-08-10) (umur 27)
Sebab kematianTerbunuh dalam pertempuran
WarganegaraInggeris
KerakyatanBritain
PendidikanTrinity College, Universiti Oxford
Universiti Manchester
Terkenal keranaNombor atom, Hukum Moseley
AnugerahPingat Matteucci (1919)
Kerjaya saintifik
BidangFizik, Kimia
PengaruhErnest Rutherford

Kemudian beliau memplotkan graf punca kuasa dua bagi frekuensi sinar-X yang dibebaskan oleh unsur-unsur melawan nombor atomnya dan satu garis lurus diperolehi. Melalui kajian ini, beliau berpendapat bahawa nombor atom yang menentukan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala dan bukan jisim atomnya.

Oleh itu, Moseley menyusun unsur-unsur mengikut tertib nombor atom yang menaik dalam Jadual Berkala. Penyusunan serta pengelasan unsur-unsur oleh Moseley telah menghasilkan satu bentuk kekalaan yang hampir sama dengan bentuk kekalaan apabila unsur-unsur disusun mengikut tertib jisim atom menaik oleh Dmitri Mendeleev. Dalam susunan mengikut tertib nombor atom yang dibuat oleh Moseley, disahkan bahawa telurium (Te) terletak di hadapan iodin (I) dan kobalt (Co) terletak di hadapan nikel (Ni) seperti yang diramalkan oleh Mendeleev.

Mosley telah terkorban semasa berusia 28 tahun dalam Perang Dunia I dalam Kempen Gallipoli pada tahun 1915. Kematiannya menyebabkan kerajaan British menghentikan tindakan mengerah ahli sains untuk bertempur di medan perang.

Pautan luar sunting