Herbert Thomas Kalmus (9 November 1881 – 11 Julai 1963)[1][2][3] ialah seorang ahli sains dan jurutera berbangsa Amerika Syarikat yang memainkan peranan penting dalam pembangunan filem wayang berwarna. Kalmus merupakan salah seorang pengasas dan presiden The Technicolor Motion Picture Corporation.

Herbert Kalmus
Kelahiran
Herbert Thomas Kalmus

(1881-11-09)9 November 1881
Meninggal duniaJulai 11, 1963(1963-07-11) (umur 81)
PekerjaanAhli sains
Jurutera

Beliau menerima ijazah sarjana muda dari Institut Teknologi Massachusetts pada tahun 1904; "Tech" dalam nama Technicolor serba sedikit merupakan penghormatan kepada maktab itu. Beliau meraih kedoktoran di Universiti Zurich, kemudian mengajar fizik, elektrokimia dan kaji logam di MIT dan Universiti Queen, Kingston, Ontario, Kanada.

Pada tahun 1912, Kalmus dan seorang lagi lepasan MIT, Daniel Comstock, bersama mekanik W. Burton Wescott, menubuhkan sebuah firma penyelidikan dan pembangunan industri yang bernama Kalmus, Comstock, dan Wescott. Wescott meninggalkan firma itu pada tahun 1921. Semasa firma itu diupah oleh seorang pencipta untuk menganalisa sistem wayang gambar tanpa kedipan yang diciptanya, mereka bertiga tertarik dengan seni dan ilmu perfileman, terutamanya proses wayang gambar berwarna, maka Technicolor diperbadankan pada tahun 1915. Kebanyakan paten terawal Technicolor diambil oleh Comstock dan Wescott, sementara Kalmus tertumpu pada tugasnya sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif syarikat.

Herbert Kalmus mengahwini Natalie Dunfee pada tahun 1902. Nama "Natalie Kalmus" tertera dengan jawatan "penyelaras warna" dalam senarai penghargaan hampir semua filem Technicolor aksi sebenar yang dikeluarkan pada tahun 1934 hngga 1949. Walaupun bercerai pada tahun 1922 setelah 20 tahun berkahwin, namun mereka tinggal sebumbung seolah-olah suami ister hingga tahun 1944.[4] Herbert mengahwini Eleanore King pada tahun 1949.[5]

Beliau diberi sebutir bintang di persiaran Walk of Fame di Hollywood, California.

Pantai Kalmus di Hyannis, Massachusetts, juga dinamai sempena beliau.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ U.S. Census, 1910, State of Massachusetts, County of Suffolk, enumeration district 1647, p. 8-B, family 180.
  2. ^ Ancestry.com. Social Security Death Index [database on-line]. Provo, UT, USA: The Generations Network, Inc., 2009.
  3. ^ Ancestry.com. California Death Index, 1940-1997 [database on-line]. Provo, UT, USA: The Generations Network, Inc., 2000.
  4. ^ Kalmus v. Kalmus, 1950.
  5. ^ "Film Magnate Weds", The New York Times, Sept. 7, 1949, p. 37.