Hiroshi Agasa (阿笠 博士 Agasa Hiroshi), paling biasa dipanggil sebagai Profesor Agasa (阿笠博士 Agasa-hakase), ialah watak dalam manga dan anime siri Detektif Conan. Agasa adalah jiran sebelah rumah Shinichi Kudo dan rakan keluarga. Agasa juga merupakan orang pertama yang mengetahui bahawa Conan Edogawa merupakan Shinichi Kudo, beliau telah mencipta semua alat khas Conan serta Pasukan Detektif Muda.

Hiroshi Agasa
Watak Detektif Conan
Kemunculan pertama

Anime - Episod 1
Manga - Volume 1 ~ File 2
Dicipta oleh

Gosho Aoyama
Disuarakan oleh

Kenichi Ogata
Profil
Nama panggilanProfesor (Haibara)
Profesor Agasa (Conan) , (Pasukan Detektif Muda)
JantinaLelaki

Latar belakang sunting

 
Kediaman Agasa

Hiroshi Agasa merupakan saintis yang cuai dan jiran Shinichi, yang tinggal di sebuah rumah besar yang betul-betul bersebelahan dengan kediaman kudo. Dia sering membuat beberapa uji kaji ciptaannya, kebanyakannya permainan video. Beliau telah menjadi rakan Shinichi dan Ran sejak zaman kanak-kanak mereka.

Selepas Shinichi telah mengecil oleh ubat APTX 4869, orang yang pertama Shinichi cari adalah Profesor Agasa. Setelah yakin bahawa budak kecil itu adalah Shinichi, Agasa menasihati Shinichi supaya berhati-hati dengan Organisasi Hitam itu. Beliau juga membantu Shinichi dalam identiti baru beliau sebagai Conan Edogawa, termasuk mencipta beberapa alat yang membantu Shinichi dalam menjalankan kerja detektif secara tersembunyi, dan untuk menyempurnakan identiti Conan itu, beliau juga menghantarkan dia ke Sekolah Rendah Teitan. Apabila Shiho Miyano melarikan diri dari cengkaman Organisasi Hitam, Agasa kemudian membawa dia ke rumahnya, dan memberikan nama Ai Haibara sebagai identiti barunya. Beliau juga diberi kepercayaan ibu bapa Shinichi supaya rahsia tentang apa yang telah berlaku kepada anak mereka.

Sejak kebelakangan ini, Agasa telah menjadi seorang kawan yang tidak ternilai untuk Shinichi dan Detektif Muda sebagai orang yang dipercayai, dan seseorang untuk meluangkan masa dengan mereka. Beliau sering meluangkan masa untuk mereka melancong dan perkhemahan, sesetengahnya telah bertukar menjadi kes pembunuhan.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.