Hisham I dari Cordoba

Hisham I atau Hisham Al-Reda (Arab: هشام بن عبد الرحمن الداخل) ialah Amir Cordoba daripada keturunan Bani Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 788 sehingga tahun 796 M di Al-Andalus (Semenanjung Iberia).

Hisham dilahirkan di Cordoba. Beliau ialah anak pertama Abdul Rahman I dan isterinya, Halul dan mempunyai seorang adik tiri bernama Suleiman. Beliau membina banyak masjid dan berjaya menyiapkan pembinaan Mezquita. Pada tahun 893 M beliau melancarkan kempen besar-besaran terhadap Kerajaan Asturias dan Negeri Toulouse.

Penilaian sunting

Hisham wafat pada tahun 796 M selepas memerintah selama 8 tahun. Beliau baru berusia 40 tahun pada ketika itu. Dirinya lebih dikenali sebagai penjelmaan semula Khalifah Umar bin Abdul Aziz, begitu taat dalam beragama. Beliau hidup dengan begitu sederhana dan amat menjauhi kehidupan mewah dan mengejar duniawi. Beliau sangatlah takutkan Allah dan dikenali dengan seorang yg sangat adil dan berpengaruh.

Didahului oleh
Abdul Rahman I
Ketua Umaiyah Diikuti oleh:
al-Hakam I
Amir Cordoba
788–796