Holland

Kedudukan Holland Utara dan Selatan ditunjukkan di dalam Belanda.

Luas 5,488 km2 (2,119 bt2)
Populasi 6,065,459 (angr. 2006)
Kepadatan 1105.22/km² (3032.72/batu persegi)
Kawasan 2
Demonym Hollander
Bahasa Belanda
(terutamanya dialek Hollandik)
Zon masa CEST (UTC+1)
Musim panas (DST) CEST (UTC+2)
Bandar
terbesar
(2008)
Amsterdam (739,290)
Rotterdam (539,650)
The Hague (473,940)
Haarlem (146,960)
Dordrecht (118,540)

Holland adalah satu nama biasa yang digunakan bagi merujuk kepada bahagian barat negara Belanda. Istilah Holland juga kerap digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan Belanda. Penggunaan ini adalah tidak rasmi dan kabur tetapi secara umumnya diterima.[1] Bermula pada kurun ke-10 sehingga kurun ke-16 Holland adalah sebuah kawasan politik yang disatukan, dan diperintah oleh Count dari Holland. Menjelang kurun ke-17, Holland muncul sebagai sebuah kuasa maritim dan ekonomi, menguasai wilayah-wilayah lain di Republik Belanda. Pada hari ini, bekas Kaunti Holland terdiri daripada dua wilayah Belanda iaitu Holland Utara dan Holland Selatan, yang mana bersama-sama mengandungi tiga buah bandar terbesar di Belanda: ibu negara Amsterdam, pusat pentadbiran, The Hague, dan Rotterdam, yang menjadi pelabuhan terbesar di Eropah.

Jata negara bekas Kaunti Holland.

Rujukan sunting

  1. ^ "Holland or the Netherlands?". Dutch Ministry of Foreign Affairs. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-04. Dicapai pada 7 February 2010.

Pautan luar sunting

Koordinat: 52°15′00″N 4°40′01″E / 52.250°N 4.667°E / 52.250; 4.667