Hollywood adalah sebuah kawasan di daerah Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Hollywood terkenal dengan industri perfilemannya di seluruh dunia. Disebabkan sejarahnya, perkataan "Hollywood" sering digunakan untuk mewakili industri perfileman Amerika. Kini, sebahagian industri wayang di sini telah berpindah ke kawasan berhampiran seperti Burbank dan Westside, namun kebanyakan industri sampingan (seperti suntingan, kesan khas, alatan, lepas-penerbitan dan pencahayaan) kekal di Hollywood.

Papan tanda Hollywood

Walaupun bukan merupakan sesuatu yang biasa di peringkat sub-daerah, Hollywood mempunyai sempadan yang jelas sejak 2005. Mengikut banci pada 2000, jumlah penduduk di Hollywood ialah 208,237 orang [1] Diarkibkan 2006-09-05 di Wayback Machine.

Lihat juga sunting