Homeopati adalah suatu jenis perubatan alternatif yang dipelopori oleh Samuel Hahnemann pada abad ke-18. Teori dasar di balik teknik sebegini adalah bahawa orang sakit boleh disembuhkan dengan menggunakan kesan pantulan bahan yang menghasilkan gejala sakit pada orang sihat. Homeopati disediakan dengan menambah banyak air dalam suatu bahan , memukulnya, lalu mengambil sedikit air, menambah ke air yang banyak, memukulnya, dan proses ini diulang-ulang hingga 200 kali dalam beberapa rawatan. Hahnmemann mengatakan ini akan mengeluarkan "kekuatan penyembuh yang ada pada ubat".

Teknik ini sangat diragukan orang skeptik - mereka menganggap pesakit akan merasa lebih baik setelah menjalani terapi homeopati disebabkan perasaan pesakit itu sendiri yang berazam ingin sembuh, suatu keadaan yang dikenal dengan istilah "kesan plasebo" (placebo effect)[1] Banyak ahli sains juga tidak percaya dengan kaedah ini kerana ia bertentangan dengan hukum-hukum fizik dan kimia.[2]

Latar belakang sunting

Istilah asalnya berpunca daripada dua perkataan, iaitu “homoios” - bermakna ‘serupa’ atau ‘seumpama’- dan “pathos” - bermaksud ‘penderitaan’, ‘perasaan’ atau ‘penyakit’. Secara mudahnya, homoeopati bermaksud cara atau kaedah “merawat penyakit atau pesakit menerusi prinsip serupa dengan yang serupa,” perkara ‘yang serupa’ ini difahamkan sebagai gejala atau simptom; sekiranya seseorang itu mengalami gejala tertentu seperti loya dan muntah, maka ia akan dirawat secara homoeopati dengan penawar yang mampu mengeluarkan semboyan-semboyan loya dan muntah yang serupa.

Dari segi sejarah, konsep dan undang-undang fundamental homoeopati ini telah bermula sejak zaman Hippokrates, seorang pakar perubatan Yunani Purba yang hidup pada kurun ke-5 sebelum Masihi. Hippocrates pernah menulis: “By similar things a disease is produced and through the application of the like, it is cured.”[3] Dalam erti kata lainnya, menerusi benda yang serupa sesuatu penyakit itu terjadi dan menerusi aplikasi yang serupa ianya disembuhkan. Teori konsep dan undang-undang dalam teknik perubatan ini telah diketahui antaranya oleh Paracelsus, iaitu seorang ahli perubatan German abad ke-16 Masihi; mamun Hahnemann merupakan orang pertama yang mengasaskan konsep ini menjadi suatu sistem perubatan yang kukuh dan melopori ia sebagai suatu pilihan alternatif kepada sistem perubatan aliran utama dan ortodoks.

Rujukan sunting

  1. ^ Ernst E, Pittler MH (1998). "Efficacy of homeopathic arnica: a systematic review of placebo-controlled clinical trials". Archives of surgery (Chicago, Ill. : 1960). 133 (11): 1187–90. doi:10.1001/archsurg.133.11.1187. PMID 9820349.
  2. ^ Weissmann G (2006). "Homeopathy: Holmes, Hogwarts, and the Prince of Wales". FASEB J. 20 (11): 1755–8. doi:10.1096/fj.06-0901ufm. PMID 16940145.
  3. ^ Mohamed Hatta Abu Bakar. 1997. Perubatan homoeopati. Banting: HBI Health & Homoeopathy Centre.