Homestay: Permainan Maut

Homestay: Permainan Maut merupakan filem seram Malaysia 2019. Filem ini mengikuti lapan pemuda yang bercuti di homestay dan bermain satu permainan maut yang akan mengambil nyawa mereka. Ia ditayangkan di Malaysia pada 18 April 2019.[1][2]

Homestay: Permainan Maut
PengarahKay Shan
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
SB Production
Tarikh tayangan
  • 18 April 2019 (2019-04-18) (Malaysia)
Masa tayangan
1 jam 50 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 72 ribu

Sinopsis sunting

Lapan orang pelajar kolej berlancong dan menyewa sebuah homestay di kampung. Meskipun sudah diberi amaran oleh pemilik homestay agar jangan masuk ke bilik stor, namun mereka tetap berdegil dan bukanya juga. Di situlah mereka menjumpai satu permainan bernama "Spirit of the Coins" dan mengambil keputusan untuk bermain. Dalam permainan ini, mereka menyeru nama pemilik permainan tersebut dan keinginannya. Dari arah syling menunjukkan nama roh permainan adalah SOFEA dan ia telah datang mengambil nyawa mereka satu persatu.

Pelakon sunting

  • Ruminah Sidek
  • Sofea Shaheera
  • Asward Naslim
  • Kay Shan
  • Siva Garuda
  • Ud. Nordin
  • Iswadi
  • Syamimi
  • Sri Priya
  • Rohayu
  • Danish
  • Md. Afifi
  • Kimi
  • Aien
  • Ahmad Azeem
  • Zahanis Yaakob

Sumber rujukan sunting

  1. ^ "Akibat Ingkar Arahan Roh Jahat Menghantui Penyewa Homestay". Oh Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-15. Dicapai pada 2019-04-15.
  2. ^ "Pengalaman ngeri buat SOFEA insaf menghadapi kematian". Manga Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-15. Dicapai pada 2019-04-15.

Pautan luar sunting