Honda Civic

Kenderaan motor

Honda Civic adalah model kereta kompak keluaran Honda. Ia mula dikeluarkan pada Julai 1972 sebagai model kereta 2 pintu, disusuli dengan varian hatchback 3 pintu dan model 4 pintu. Model terawal menggunakan enjin 1169 cc pacuan roda hadapan manakala model terkini generasi kelapan mempunyai 2 pilihan enjin iaitu 1.8L dan 2.0L.

Honda Civic
Honda Civic EX Coupe generasi kelapan
Maklumat
PengilangHonda
Pengeluaran1972-sekarang
PendahuluHonda Z360
Honda Z600
KelasSubkompak (1972-2000)
Kereta kompak (2001-sekarang)

Asalnya, seperti juga kereta-kereta buatan Jepun yang lain semasa zaman ia mula dikeluarkan, Honda Civic boleh dikatakan sebagai model "kereta rakyat" dengan aksesori asas seperti radio AM/FM, penyaman udara, pengelap skrin hadapan 2 kelajuan dan rim keluli, tetapi kemudian Honda Civic terus mengalami evolusi tersendiri sehinggakan generasi yang lebih terkini menonjolkan ciri-ciri sport mewah.

Honda Civic adalah jenama kereta Jepun kedua paling lama bertahan di dalam pasaran selepas Toyota Corolla. Di Malaysia, model terkini Honda Civic dipasang di kilang Honda cawangan Malaysia di Alor Gajah, Melaka.

Ciri-ciri mengikut generasi sunting

Generasi pertama (1972-1979) sunting

 
Honda Civic generasi pertama

Generasi pertama Honda Civic menggunakan enjin SOHC 1,169 cc (71.3 cu in) 8 injap, manakala enjin CVCC (Compound Vortex Controlled Combustion) mula digunakan pada tahun 1975 untuk memenuhi tuntutan piawaian emisi Amerika Syarikat yang ketat (terutamanya di California di mana hanya versi CVCC sahaja yang boleh didapati), menjadikan Honda Civic generasi pertama sebagai satu-satunya model kereta yang melepasi piawaian emisi Amerika Syarikat pada masa tersebut tanpa menggunakan penukar bermangkin.

Model generasi pertama boleh didapati dalam varian transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 2 kelajuan. Ia juga boleh didapati dalam pilihan model 2 pintu atau 4 pintu.

Generasi kedua (1980-1983) sunting

 
Civic 3 pintu

Generasi kedua Honda Civic menggunakan enjin Super CVCC yang telah ditambah baik, iaitu dalam varian 1.3L dan 1.5L. Enjin 1335 cc (1.3L) menghasilkan 55 hp (41 kW), manakala enjin 1488 cc (1.5L) pula menghasilkan 67 hp (50 kW). Model transmisi automatik juga turut ditambah baik melalui penggunaan kotak gear 3 kelajuan. Model generasi kedua juga adalah keluarga terawal yang memperkenalkan pilihan badan berbentuk sedan.

Generasi ketiga (1984-1987) sunting

 
Honda Civic Shuttle (estet) generasi ketiga versi Eropah

Enjin bagi keluarga Civic generasi ketiga dinaik taraf kepada enjin 12 injap yang lebih cekap. Selain itu, Honda turut memperkenalkan varian CRX, iaitu varian berprestasi tinggi pertama bagi keluarga Civic. Selain itu, model Civic CRX Si adalah varian pertama yang menggunakan sistem suntikan bahan api berbanding varian lain pada ketika itu yang masih menggunakan karburetor.

Generasi keempat (1988-1991) sunting

 
1988 Civic LX sedan

Model dalam keluarga generasi keempat Civic boleh didapati sama ada model karburetor ataupun model suntikan bahan api. Enjinnya juga dinaik taraf kepada enjin 16 injap, dengan sistem VTEC mula dipasang pada varian Civic SiR. Antara model paling terkenal dalam generasi keempat Civic ialah varian Civic SiR (Jepun) dan Civic VTi (Eropah), di mana kedua-duanya menggunakan enjin B16A VTEC baharu. Semua model transmisi automatik bagi generasi keempat Civic mula menggunakan transmisi 4 kelajuan.

Generasi kelima (1992-1995) sunting

 
Sedan Civic generasi kelima

Bermula daripada generasi kelima, kereta Honda Civic mula popular di kalangan peminat sukan bermotor disebabkan penggunaan teknologi VTEC dalam hampir semua varian, di samping reka bentuknya yang anggun lagi menawan. Sungguhpun demikian, teknologi VTEC-E mula diperkenalkan dalam sesetengah varian dalam generasi kelima ini dengan tujuan utama untuk meningkatkan penjimatan bahan api. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.5L ataupun enjin 1.6L, sama ada sohoc atau dohc. Model paling popular untuk generasi kelima dari civic ni ialah eg6/eg9.

Generasi keenam (1996-2000) sunting

 
Model hatchback Honda Civic generasi keenam

Keluarga generasi keenam mula menggunakan teknologi VTEC 3 Peringkat, menggabungkan peningkatan kuasa yang diperoleh daripada teknologi VTEC konvensional serta penjimatan bahan api yang didapati daripada teknologi VTEC-E. Di Malaysia, model generasi keenam ini adalah model Honda Civic terlaris sehinggakan pembeli terpaksa menunggu sehingga 6 bulan untuk mendapatkan kereta tersebut setelah ditempah pada minggu kedua pelancarannya. Semua varian Civic pada masa tersebut menggunakan enjin 1.6L.

Sebuah varian berprestasi tinggi iaitu Honda Civic Type R mula diperkenalkan dengan enjin 1.6L ditala sehingga 185 bhp. Model tersebut adalah model kedua yang dilabelkan dengan label Type R selepas Honda Integra Type R.

Generasi ketujuh (2001-2005) sunting

 
2001-2003 Honda Civic sedan (AS)

Honda Civic generasi ketujuh diancarkan pada tahun 2001. Sementara ia mengekalkan dimensi luaran seperti generasi keenam, ruangan dalamannya adalah lebih luas hasil penggunaan lantai belakang rata, sekaligus menaikkan taraf Civic kepada segmen saiz kereta padat. Sistem gantungan hadapan diubah daripada jenis double wishbone kepada jenis topang MacPherson untuk mengurangkan kos serta menghasilkan ruangan bonet yang lebih besar untuk Enjin Honda Siri K baharu.

Honda Civic generasi ketujuh menggunakan enjin yang lebih besar iaitu enjin 1.7L dan 2.0L untuk lebih kuasa. Kedua-dua enjin tersebut menggunakan teknologi i-VTEC bagi mengurangkan kesan "sentakan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi. Varian 2.0L mula menggunakan transmisi automatik 5 kelajuan.

Varian Honda Civic Hybrid mula diperkenalkan pada tahun 2003 sebagai sebahagian daripada keluarga generasi ketujuh Civic. Ia menggunakan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik yang mendapat kuasanya daripada satu set tatarajah bateri. Bateri tersebut dicas semasa pemandu mengurangkan kelajuan kereta melalui kesan pembrekan jana semula.

Generasi kelapan (2006-2011) sunting

 
Model Honda Civic generasi kelapan

Buat pertama kalinya, Honda Civic menggunakan dua pelantar berbeza mengikut kawasan; satu untuk pasaran benua Asia dan Amerka manakala satu lagi untuk pasaran Eropah. Pelantar Eropah menggunakan sistem gantungan belakang yang sama seperti pada Honda Jazz serta menampilkan reka bentuk yang lebih agresif. Sementara model Amerika dan Asia menggunakan pelantar yang sama, reka bentuk luarannya pula sedikit berbeza; model Asia yang dijual di Kanada dikenali sebagai Acura CSX.

Kesemua opsyen transmisi automatik bagi keluarga generasi kelapan Civic menggunakan transmisi 5 kelajuan. Selain itu, rekabentuk papan pemuka juga adalah dari jenis hibrid, iaitu gandingan takometer analog dan meter kelajuan digital. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.8L ataupun enjin 2.0L.

Transmisi boleh laras berterusan (CVT) digunakan pada model Honda Civic Hybrid yang mengekalkan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik, tetapi dengan sistem aliran tenaga yang diperbaharui untuk meningkatkan kecekapannya. Generasi kelapan juga turut menampilkan varian Honda Civic Type R Sedan yang setakat ini hanya boleh didapati di Jepun dan Malaysia.

Generasi kesembilan (2012-2022) sunting

 
Kereta konsep sedan 2012 Honda Civic

Pada 13 Disember 2010, Honda mendedahkan lakaran generasi kesembilan Civic, manakala model konsep mula ditampilkan pada 10 Januari 2011 semasa Pameran Kereta Antarabangsa Amerika Utara. Model pengeluaran bagi Civic generasi kesembilan akan berasaskan model konsep tersebut serta akan mula dikeluarkan pada musim bunga tahun 2011.[1] Varian petrol, hibrid dan gas asli akan ditawarkan. Honda Civic Hybrid generasi ketiga, yang dibina berasaskan Civic generasi kesembilan, akan menggunakan enjin 1.5L seperti yang digunakan pada Honda CR-Z.

Teknologi Honda Eco Assist yang digunakan pada Honda Insight generasi kedua akan diterapkan pada kebanyakan model, menjadikannya model petrol Honda pertama yang menggunakan sistem tersebut. Ia merupakan satu sistem maklumat bagi membantu pemandu mengamalkan gaya pemanduan yang lebih menjimatkan minyak[2], serta telah terbukti mampu meningkatkan penjimatan bahan api sebanyak 10% bagi model-model kereta hibrid Honda di Jepun.[3]

Generasi kesepuluh (2016-2021) sunting

Berdasarkan platform terbaru Honda compact global,[4] Honda Civic generasi kesepuluh menandakan penyamaan rangkaian Honda Civic secara antarabangsa.

Model sedan mula diperkenalkan di A.S. pada September 2015, bagi model tahun 2016. Civic generasi kesepuluh menampilkan reka bentuk fastback, dengan pillar-C belakang mengalir ke bahagianbelakang. Bahagian depan kenderaan pula menampilkan sayap krom baharu yang mengalir di atas lampu hadapan. Reka bentuk badan Civic termasuk sedan, coupe, fastback, sementara model prestasi termasuk trim Si dan model Type R. Model hatchback pula diperkenalkan semula bagi pasaran Amerika Utara sejak tahun 2003,[2] bersama dengan Type R pertama yang dijual di kawasan tersebut, yang kedua-duanya diimport dari UK.[3]

Bagi pasaran Malaysia, hanya model sedan yang dijual dengan 3 trim iaitu 1.8S, 1.5 Turbo dan 1.5 Turbo Premium[5], namun model Type R turut dijual di Malaysia mulai September 2017.[6]

Civic Sedan (Generasi kesepuluh)
Civic coupé (Generasi kesepuluh)
Civic hatchback (generasi kesepuluh)

Generasi kesebelas (2021-kini) sunting

Honda Civic generasi kesebelas telah dideahkan sebagai sebuah prototaip pada November 2020.[7][8] Ia telah didedahkan sepenuhnya pada Jun 2021, dengan kedua-dua bentuk bedan iaitu sedan dan liftback (dipasarkan sebagai Civic Hatchback). Jualan di Amerika Utara bermula pada bulan yang sama disusuli dengan Asia Tenggara pada bulan Ogos, Jepun dan China pada bulan September dan Australia dan New Zealand pada bulan Disember. Jualan di Eropah bermula pada penghujung tahun 2022. Reka bentuk badan liftback (yang dipasarkan sebagai "Civic Hatchback") telah dideahkan pada 23 Jun 2021.[9]Generasi ini juga ialah generasi Civic yang pertama sejak Civic generasi kedua untuk tidak menjual bentuk badan coupe kerana jualan yang merundum.[10] Civic sedan generasi kesebelas tidak dijual di Jepun dan Australia kerana kekurangan permintaan generasi kesebelumnya.[11][12]

Bagi pasaran Malaysia, hanya model sedan yang dijual dengan tiga trim iaitu E, V dan RS.[13] Kesemua varian dikuasai oleh enjin 1.5 liter VTEC.[14]

Civic sedan generasi kesebelas
Civic liftback (hatchback) generasi kesebelas

Keselamatan sunting

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) di Amerika Syarikat telah menentukan penarafan ujian perlanggaran hadapan Honda Civic bagi pelbagai tahun model.[15]

Tahun buatan Pengeluar Model Jenis Berat kasar (lb) Penarafan pemandu hadapan Penarafan penumpang hadapan Penarafan pemandu tepi Penarafan penumpang tepi
1979 Honda Civic 2 pintu 2,166    
1980 Honda Civic 2 pintu HBK 2,298    
1981 Honda Civic 2 pintu HBK 2,160    
1981 Honda Civic 4 pintu HBK 2,456    
1984–1987 Honda Civic 2 pintu 2,311    
1984–1987 Honda Civic 4 pintu estet 2,510    
1988-1989? Honda Civic 2 pintu 2,542    
1990?-1991 Honda Civic 4 pintu 2,252    
1992–1993 Honda Civic 2/4 pintu 2,348    
1994–1995 Honda Civic 2 pintu 2,498?    
1994–1995 Honda Civic 4 pintu 2,317    
1996–1997 Honda Civic 2 pintu 2,337    
1996–1997 Honda Civic 4 pintu 2,313        
1998–2000 Honda Civic 2 pintu 2,313        
1998–2000 Honda Civic 4 pintu 2,379        
2001–2005 Honda Civic 4 pintu dengan/tanpa beg udara tepi 2,522        
2001–2005 Honda Civic 2 pintu tanpa beg udara tepi 2,502        
2001–2005 Honda Civic 2 pintu dengan beg udara tepi 2,502        
2002–2005 Honda Civic 2 pintu HBK tanpa beg udara tepi 2,502        
2006- Honda Civic 2 pintu dengan beg udara tepi 2,640        
2006- Honda Civic 4 pintu dengan beg udara tepi 2,749        

Rujukan sunting

  1. ^ "The 2012 Honda Civic". Honda.
  2. ^ a b "Honda Civic Si Concept coupe and Civic Concept sedan debut at NAIAS; hybrid and natural gas variants". Green Car Congress. 2011-01-12.
  3. ^ a b "Honda Study Finds Insight's Eco Assist System Results in Average 10% Improvement in Fuel Economy After 300 Drives, Up to 20% Max". Green Car Congress. 2010-02-12.
  4. ^ Boudette, Neal E. (1 April 2015). "Honda Readies 'Epic' Civic with American Pedigree". Automotive News. Crain Communications. Dicapai pada 25 October 2022.
  5. ^ https://paultan.org/2016/06/10/2016-honda-civic-malaysia-specs-nutshell/
  6. ^ https://paultan.org/2017/11/09/fk8-honda-civic-type-r-launched-in-malaysia-rm320k/
  7. ^ https://www.caranddriver.com/news/a34632851/2022-honda-civic-prototype-revealed/
  8. ^ https://paultan.org/2020/11/12/eleventh-generation-honda-civic-prototype-teased/
  9. ^ https://www.caranddriver.com/news/a36719686/2022-honda-civic-hatchback-revealed/
  10. ^ https://www.caranddriver.com/news/a33336901/honda-civic-coupe-discontinued/
  11. ^ https://www.carexpert.com.au/car-news/2022-honda-civic-lands-in-australia
  12. ^ https://paultan.org/2021/08/06/2022-honda-civic-hatchback-detailed-for-japanese-market-september-3-launch-rm122k-to-rm136k/
  13. ^ https://paultan.org/2022/01/14/2022-honda-civic-in-malaysia-spec-by-spec-comparo/
  14. ^ https://paultan.org/2022/01/13/2022-honda-civic-launched-in-malaysia-priced-from-rm126k/
  15. ^ "NHTSA Crash Test Results For 1997 US NCAP". SafeCarGuide.com, Inc. Dicapai pada January 2, 2009.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting