Horst Köhler (Mengenai audio inidengar , lahir pada 22 Februari 1943, juga Horst Koehler) ialah seorang ahli politik Jerman daripada parti Kesatuan Demokratik Kristian (CDU) ,ahli ekonomi dan bekas Presiden Jerman (2004-2010).

Horst Köhler
Presiden Jerman
Dalam jawatan
1 Julai 2004 – 31 Mei 2010
CanselorGerhard Schröder
Angela Merkel
Didahului olehJohannes Rau
Digantikan olehChristian Wulff
Chairman and Managing Director of the International Monetary Fund
Dalam jawatan
1 Mei 2000 – 4 Mac 2004
Didahului olehMichel Camdessus
Digantikan olehRodrigo Rato
Butiran peribadi
Lahir (1943-02-22) 22 Februari 1943 (umur 81)
Heidenstein, General Government (now Skierbieszów, Poland)
Parti politikChristian Democratic Union
PasanganEva Bohnet
Alma materUniversity of Tübingen
ProfesionAhli ekonomi, ahli politik
Tandatangan

Koehler dilantik setelah menang tipis oleh Bundesversammlung (Majlis Perhimpunan Persekutuan) pada 23 Mei 2004 dan kemudianya mengangkat sumpah jawatan pada 1 Julai 2004. Sebelum pemilihannya ini, Koehler cemerlang dalam perkhidmatan awam, eksekutif perbankan dan ekonomi. Beliau mengetuai Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) (200-2004) dan Presiden Bank Eropah untuk Rekonstruksi dan Pembangunan 1998-2000.[1]

Secara perbandingan kuasa presiden kurang berkesan berbanding Canselor Jerman. Namun seorang presiden yang berpengaruh dan mendesak kuasa presiden ditambah.

Pada 31 Mei 2010, beliau meletak jawatan selepas kontroversi misi 4500 tentera Jerman dalam pasukan NATO di Afghanistan menghadapi pemberontakan Taliban. Beliau setuju membawa pulang tentera mulai 2011 .

Kehidupan awal sunting

Kohler dilahirkan di Skierbieszów (ditukar nama Heidenstein), Poland sewaktu dijajah Jerman .Anak ketujuh dari Elisabeth dan Eduard Kohler.Orang tuanya dari etnik Jerman Romania, meninggalkan rumah mereka di Bessarabia pada tahun 1940 sewaktu pendudukan Soviet-Nazi -pencerobohan Poland dan Pakatan Molotov-Ribbentrop. Bessarabia diserahkan kepada Kesatuan Soviet . 1942 pindah ke Skierbieszów , sebuah desa dekat Zamość , Poland.Kemudian keluarga Kohler mengungsi ke Leipzig . Pada 1953, mereka meninggalkan Zon Soviet - melalui Berlin Barat - untuk melarikan diri dari rejim komunis. Keluarga itu tinggal di kem-kem pelarian hingga 1957, ketika mereka menetap di Ludwigsburg .Kohler menghabiskan 14 tahun pertamanya sebagai pelarian.

Pendidikan dan tentera perkhidmatan sunting

Seorang guru menyarankan bahawa anak pelarian perlu mendaftar untuk Gimnasium. Kohler mendaftar di Abitur pada tahun 1963. Setelah setahun berkhidmar sebagai tentera di Batalion Panzergrenadier di Ellwangen , dia meninggalkan Bundeswehr dengan jawatan 'perwira cadangan'.

Beliau belajar sehingga mendapat gelaran doktor ekonomi politik dari Eberhard Karls University of Tübingen. Kemudian dilantik menjadi pembantu Penyelidikan Ekonomi Gunaan 1969-1976.

Kerjaya sebagai pegawai negeri sunting

Kohler menyertai perkhidmatan awam pada tahun 1976, ketika dia bekerja di Kementerian Persekutuan Ekonomi . Pada tahun 1981, dia bekerja di di Schleswig-Holstein di bawah Perdana Menteri Jerman Gerhard Stoltenberg . 1977, Kohler pindah ke Kementerian Persekutuan Kewangan , atas cadangan Stoltenberg. 1989 dia menjadi ketua jabatan hal ehwal mata wang dan kredit.

Ketua Dana Kewangan Antarabangsa sunting

Kohler dilantik sebagai ketua IMF, bagi meringankan hutang negara-negara membangun.Dia dilantik menjadi pengarah urusan dan Ketua Dewan Eksekutif Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 2000. Kerajaan Gerhard Schröder mencalonkannya selepas calon pertama mereka, Caio Koch-Weser tetapi ditolak oleh Amerika Syarikat.

Presiden Jerman sunting

Pada 4 Mac 2004, Kohler melepaskan jawatannya dalam IMF selepas dicalonkan oleh pembangkang liberal konservatif dan pihak Jerman sebagai calon presiden mereka. Kohler mengalahkan Gesine Schwan dalam pungutan suara dengan 604 suara berbanding Gesine Schwan - 580. Ahli perwakilan seramai 1204 orang.

Kohler berjaya menewaskan Johannes Rau sebagai Presiden pada 1 Julai 2004, untuk tempoh lima tahun. Dari 2004-2006, Istana Charlottenburg sedang diubahsuai.Begitu juga Schloss Bellevue sedang direnovasi.

Pada 22 Mei 2008, Kohler mengumumkan pencalonannya untuk kali kedua sebagai presiden. Pada 23 Mei 2009, beliau terpilih kembali oleh Majlis Persekutuan .Dia kembali menjadi Presiden Jerman pada 1 Julai 2009.

Letak jawatan sunting

Pada 31 Mei 2010, Kohler mengumumkan pengunduran dirinya sebagai Presiden Jerman.Beliau telah memaklumkan kepada Cancelor Jerman , Angela Merkel. Ekoran itu, Angela terpaksa membatalkan lawatannya ke Lithuania. [2] Puncanya penglibatan tentera Jerman di luar negeri khususnya di Afghanistan dan luar pantai Somalia. Pada 21 Mei 2010, Kohler dan isterinya singgah di kem tentera Jerman di Mazar-i-Sharif utara Afghanistan selepas melawat Ekspo Dunia di Shanghai,China . Pada Februari 2010, khidmat tentera dilanjutkan dan 850 tentera ditambah. Tentera Jerman ketiga teramai di sana selepas Amerika Syarikat dan Britain. [3]

Pengganti sunting

Perlembagaan Jerman menetapkan bahawa pemangku ialah Presiden Bundesrat , iaitu Jens Böhrnsen sehingga 30 Jun 2010.Christian Wulff Perdana Menteri Negeri Lower Saxony dilihat akan menjadi pengganti. Joachim Gauck adalah dari calon dari pihak pembangkang.

Keluarga sunting

Horst Kohler berkahwin dengan seorang guru bernama Eva Kohler yang mengajar Bahasa Jerman. Mereka dikurniakan dua orang anak, Ulrike (lahir tahun 1972) dan seorang lelaki Jochen (lahir 1977). Anak perempuannya menderita pigmentosa retinitis, menjadi buta sejak remaja. Horst Kohler adalah ahli Gereja Injil di Jerman.

Rujukan sunting