Dato' Sri Dr. Hou Kok Chung (何国忠; lahir 22 Februari 1963) ialah seorang ahli politik Malaysia dari party Malaysian Chinese Association (MCA) dibawah gabungan parti pemerintah Barisan Nasional (BN). Beliau berasal dari Johor, dilahirkan di Kluang, dan memperolehi pendidikan awal di SJKC Kahang, SMK Tengku Aris Bendahara Kluang, SMK Sultan Abdul Jalil Kluang, Sekolah Menengah Chong Hwa Kluang dan Sekolah Tinggi Kluang.

Yang Hormat Dato' Sri Dr.

Hou Kok Chung

SSAP, DIMP (Pah)
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 3 April 2013
Berkhidmat dengan 1. Idris Haron (2008-2009)
2. Saifuddin Abdullah (2009-2013)
RajaSultan Mizan Zainal Abidin
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Perdana MenteriYang Amat Berbahagia Tun Dato' Seri Haji Abdullah bin Ahmad Badawi Perdana Menteri Ke-5
Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak Perdana Menteri Ke-6
MenteriYang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Didahului olehYang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat
Digantikan olehYang Berbahagia Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching
Kawasan pilihan rayaKluang
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kluang
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului olehHoo Seong Chang
Digantikan olehLiew Chin Tong
Butiran peribadi
Lahir (1963-02-22) 22 Februari 1963 (umur 61)
Kluang, Johor
Parti politikBarisan Nasional Barisan Nasional (BN)
PasanganDatin Sri Lim Mooi Lang
PekerjaanMalaysia Anggota Parlimen

Kerjaya sunting

Beliau pada hari ini adalah salah seorang daripada empat Naib Presiden MCA, meraih undi kedua terbanyak dalam pemilihan party pada 21 Disember 2013.Kok Chung adalah Ahli Dewan Negara tempoh penggal yang kedua yang dilantik pada 2014 dan bakal tamat dalam tahun 2020. Beliau juga, pada hari ini, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Melaka.

Kok Chung ialah alumni Universiti Malaya (UM) dan memperolehi Sarjana Kedokotran daripada SOAS, University of London. Mula bekerja sebagai Pensyarah di UM, dan meningkat maju dalam karier akademiknya hingga ke tahap Profesor Madya, memegang jawatan Ketua Jabatan Pengajian Asia Tenggara, dan terakhir menjawat jawatan Pengarah, Institut  Pengajian China semua universii yang sama, dan selepasnya memilih persaraan awal untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun 2008.

Kok Chung sendiri, dan juga bergandingan dengan yang lain, telah menulis banyak buku, kebanyakannya berkaitan politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan komuniti Cina di Malaysia, dan hubungannya dengan negara-negara Asia Timur termasuk China, Jepun dan Taiwan.

Minat mendalam akademik beliau menampakkan beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR); Ahli Majlis Tertinggi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC); dan Guest Professor Universiti Xiamen China; Adjung Professor UTAR .

Keluarga sunting

Kok Chung berkahwin dengan Lim Mooi Lang, dan hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang perempuan.

Keputusan pilihan raya umum Malaysia sunting

Parliament of Malaysia[1][2]
Tahun Kerusi parlimen Kerajaan Undian Peratusan undian Pembangkang Undian Peratusan undian Jumlah pengundi Majoriti Turnout
2008 P152 Kluang, Johor Hou Kok Chung (MCA) 27,970 53.62% Ng Lam Hua (DAP) 24,189 46.38% 52,159 3,781 76.60%
2013 Hou Kok Chung (MCA) 33,215 45.01% Liew Chin Tong (DAP) 40,574 54.99% 75,308 7,359 86.80%
2018 P158 Tebrau, Johor Hou Kok Chung (MCA) 27,310 26.27% Choong Shiau Yoon (PKR) 64,535 62.09% 105,420 37,225 85.68%
Abdullah Husin (PAS) 12,098 11.64%

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 19 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum 13 Parlimen/Dewan Undangan Negeri 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016.

Pautan luar sunting