Hoverkraf adalah sejenis kapal yang mempunyai kemampuan bergerak di atas berbagai jenis permukaan tanah, air, lumpur, ais, dan sebagainya. Kenderaan hibrid ini lebih dikendalikan seakan pesawat dengan seorang juruterbang yang mengoperasikannya.

Hoverkraf milik Pengawal Pantai Lithuania yang dimatikan enjinnya dengan skirt kempis
Hoverkraf yang sama dengan enjinnya dihidupkan serta skirtnya melambung

Kenderaan ini menggunakan sistem peniup untuk menghasilkan sejumlah besar kandungan udara di bawah kapal itu yang mempunyai tekanan yang kurang berbanding tekanan udara disekelilingnya. Perbezaan tekanan udara antara tekanan udara di bawah lambung kapal yang lebih tinggi daripada tekanan udara di sekeliling menghasilkan daya angkat yang menyebabkan kapal terapung di atas permukaan. Udara biasanya ditiup melalui slot atau lubang di sekitar luar platfrom berbentuk cakera atau bujur agar kenderaan bergerak dengan lebih stabil, justeru kebanyakan model hoverkraf cenderung berbentuk segi empat yang melengkung. Kusyen udara yang memberikan daya angkat hoverkraf ini terkandung dalam sejenis "skirt" fleksibel, yang membolehkannya bergerak melepasi halangan-halangan kecil tanpa meninggalkan apa-apa kerosakan.

Reka bentuk hoverkraf yang praktikal pertama kalinya muncul daripada suatu ciptaan dari Britain pada sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Hoverkraf kini sekarang banyak digunakan di seluruh dunia sebagai pengangkutan khusus untuk tujuan bantuan bencana, pengawalan pantai, ketenteraan dan ukur tanah, serta juga tujuan kesukanan dan perkhidmatan awam.

Sejarah sunting

Idea hoverkraf moden yang pertama sering kali dikaitkan sebagai ilham Christopher Cockerell (1910-1999), seorang jurutera mekanikal dari Britain. Pasukan yang diterajui Cockerell merupakan orang yang pertama membangunkan cincin udara untuk mengekalkan kusyen, pasukan pertama yang membangunkan "skirt" yang berfungsi dengan baik serta pasukan pertama yang menunjukkan kebolehan kenderaan tersebut dalam pelbagai jenis kegunaannya.

Cockerell menemui konsep utama ini dalam reka bentuknya ketika beliau sedang mengkaji cincin aliran udara apabila udara bertekanan tinggi ditiup pengering rambut ke dalam kawasan antara satu tin kopi dengan satu tin makanan kucing yang berada dalam posisi yang bertentangan. Keadaan ini menghasilkan aliran udara yang melingkar, seperti yang diharapkan, tapi dia juga telah melihat sesuatu yang tidak terduga: aliran udara yang bergerak laju itu juga bertindak seakan halangan fizikal untuk udara di kedua sisi itu. Kesan ini, yang disebut juga sebagai "tirai momentum", boleh digunakan untuk memerangkap udara bertekanan tinggi di dalam tirai tersebut, menghasilkan plenum tekanan tinggi  yang lebih awal contoh telah membina dengan jauh lebih banyak aliran udara. Secara teorinya, hanya sedikit aliran udara aktif sahaja yang diperlukan untuk menghasilkan daya angkat tanpa hanya perlu bergantung kepada momentum udara untuk menyediakan angkat seperti helikopter, di mana sebuah hoverkraf hanya memerlukan antara satu suku hingga separuh kuasa yang diperlukan oleh helikopter untuk membuat perlepasannya.

Cockerell telah membina beberapa jenis model hoverkrafnya pada awal 1950-an yang turut menampilkan sebuah enjin yang dipasang untuk meniup dari hadapan kapal kepada ruang bawah kapal, menggabungkan kedua-dua daya angkat dan dorongan. Dia melakukan pertunjukan model-modelnya di hadapan banyak pegawai kerajaan serta menteri-menteri, dan reka bentuknya dimasukkan dalam senarai rahsia kerajaan British. Meskipun Cockerell begitu gigih menguruskan pembiayaan untuk projek hoverkrafnya itu, tiada satupun pihak angkatan tentera yang berminat akan ciptaannya.[1]

Reka bentuk sunting

 
Komponen-komponen utama hoverkraf:
1. Baling-baling
2. Aliran udara
3. Kipas
4. "Skirt fleksibel

Hoverkraf boleh dikuasakan oleh lebih dari satu buah enjin. Kapal-kapal yang bersaiz kecil seperti SR.N6 biasanya ada mempunyai satu enjin dengan pacuannya dipbahagikan melalui gearbox. Dalam jenis hoverkraf yang mempunyai beberapa enjin pula, salah satu enjin kapal digunakan untuk mengerakkan kipas (atau pendesak) yang bertanggungjawab mengangkat kenderaan dengan memaksa udara bertekanan tinggi di bawah kapal. Udara yang ditiup akan mengembungkan "skirt" di bawah hoverkraf  yang menyebabkannya terapung di atas permukaan. Enjin-enjin tambahan pula memberikan dorongan untuk mengerakkan kapal. Ada juga jenis-jenis hoverkraf yang menggunakan saluran untuk membenarkan satu enjin untuk melakukan kedua-dua fungsi ini dengan mengarahkan sebahagian udara ke arah skirt, manakala udara yang selebihnya dibuang dari belakang kapal untuk menolak kapal ke hadapan.[perlu rujukan]

Rujukan sunting

  1. ^ "Air apparent", Maritime Defence Management Journal, Issue 47

Pautan luar sunting