Hubungan Malaysia–Palestin

Hubungan Malaysia dan Palestin merujuk kepada hubungan dua hala antara kedua-dua negara Malaysia dan Palestin. Hubungan Malaysia – Palestin erat kerana masjid ke-3 suci dalam Islam Masjid al-Aqsa berada di Baitulmaqdis, Palestin.

Hubungan Malaysia–Palestin
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Palestine

Malaysia

Palestin
Misi diplomatik
Kedutaan Malaysia, KaherahKedutaan Palestin, Kuala Lumpur
Duta
Duta besar Zamani IsmailDuta besar Walid Abu Ali

Hubungan dua hala Malaysia dan Palestine merupakan hubungan dua hala yang erat.[1] Pada Tahun 1993, terdapat kira-kira 3,000-5,000 pelajar Palestin di Malaysia,[2] dengan banyak rakyat Palestin juga memilih Malaysia sebagai negara untuk perlindungan sementara.[3][4] Berkenaan dengan pendudukan Israel di Wilayah Palestin, Malaysia dengan tegas memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin dan telah menyokong perjuangan rakyat Palestin.[5] Malaysia juga enggan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sehingga perjanjian damai dicapai untuk merealisasikan negara Palestin .[6][7]

Sejarah sunting

Pada tahun 1930-an, Burhanuddin al-Helmi dilaporkan melawat Palestin dan menyertai demonstrasi menentang Perjanjian Balfour 1917 yang mengenai penubuhan "Tanah air untuk orang Yahudi" di Palestin. Sekembalinya ke Tanah Melayu pada 1936, beliau ditahan British akibat pembabitan itu. Namun beliau menerbitkan majalah "Taman Bahagia" yang turut memaparkan artikelnya mengenai perjuangan rakyat Palestin pada tahun 1939. British kemudiannya mengharamkan penerbitan majalah itu kerana bimbang membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap penjajahan British di Tanah Melayu.[8]

Kunjungan antara negara sunting

Ke Malaysia sunting

Pada 23 Julai 1984, Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat dan 15 orang anggota rombongan berkunjung ke Malaysia bertemu Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Menteri Luar Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail dan Tan Sri Ghazali Shafie. Kunjungan muhibah diadakan bertujuan menghargai peranan Malaysia yang konsisten mempromosikan ehwal Palestin[9].

Pada Oktober 2007, Presiden Mahmud Abbas berkunjung ke Kuala Lumpur menemui Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)[10].

Pembunuhan Fadi Mohammad al-Batsh di Malaysia sunting

Pada 21 April 2018, jurutera Palestin, pensyarah dan anggota Hamas, Fadi Mohammad al-Batsh (Arab: فادي محمد الباتش) ditembak oleh dua lelaki dengan menaiki motosikal semasa menuju ke masjid untuk solat subuh. Menurut media Israel, al-Batsh adalah pakar ketepatan roket dan dron, yang baru-baru ini telah menerbitkan bahan mengenai pengembangan dan pemancar dron untuk mengawal dron. Sebagai tindak balas, Hamas mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan al-Batsh ialah sebahagian daripada mereka dan menyalahkan kematiannya ke "tangan pengkhianatan". Kaum keluarganya menyalahkan Israel kerana membunuh al-Batsh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menyiasat kemungkinan ejen asing yang terlibat dalam pembunuhannya. Zahid menggambarkan penyerang itu sebagai dua lelaki yang berasal dari Eropah atau Timur Tengah yang menunggang motosikal BMW 1100cc yang berkuasa.[11][12][13] Israel setakat ini menafikan terlibat dalam pembunuhan al-Batsh.[14]

Inisiatif bantuan kepada Palestin sunting

Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin sunting

Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) telah ditubuhkan oleh Kementerian Luar Negeri di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) pada 6 September 2002[15]. Penubuhan akaun ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan dan menyelaraskan segala sumbangan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin, seterusnya menyalurkan sumbangan tersebut melalui kaedah-kaedah yang difikirkan bersesuaian oleh Kementerian Luar Negeri. Satu jawatankuasa di peringkat kementerian telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri[15].

Sekretariat Aid4Palestine sunting

Susulan peristiwa Perang Pedang Al-Quds, Sekretariat #Aid4Palestine telah ditubuhkan pada 13 Mei 2021 oleh Pejabat Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah. Penubuhan sekretariat ini adalah bertujuan menyelaras jaringan badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil di Malaysia yang menggerakkan kempen kesedaran rakyat terhadap perjuangan Palestin. Sekretariat ini juga ditubuhkan bertujuan sebagai penyelarasan kutipan dana yang akan dilakukan melalui kaedah pendanaan awam[16]. Sekretariat ini turut melantik dua orang Duta Muhibah Aid4Palestine[17], iaitu Nadir Al-Nuri, rakyat Malaysia tunggal yang menetap di Gaza dan Abu Ayesh An-Najjar, Pengarah Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Gaza untuk memudahkan penyaluran sumbangan kepada Palestin khususnya di Gaza. Aid4Palestine menyalurkan bantuan kewangan untuk pembaikan dan pembangunan semula bangunan tinggi di Gaza yang musnah akibat serangan tentera Israel; dan menyalurkan sumbangan untuk bantuan kecemasan dalam bentuk pek makanan dan rawatan mangsa yang cedera ketika serangan[18].

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Official Website of State of Palestine in Malaysia". Embassy of the State of Palestine. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2012. Dicapai pada 20 November 1993. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  2. ^ name="AsiaOne.com"
  3. ^ "Palestinians pick Malaysia to look for refuge". New Straits Times. 28 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2012. Dicapai pada 20 November 2012.
  4. ^ "Palestinian Student Feels At Home Celebrating Ramadan In Malaysia". Astro Awani. Malaysian Digest. 14 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2016. Dicapai pada 12 Disember 2017.
  5. ^ name="AsiaOne.com"
  6. ^ "Malaysia Furthers Efforts to Support Palestine". theCHOICE.my. 19 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2013. Dicapai pada 20 November 2012.
  7. ^ "Implement two-state solution, says Anifah". New Straits Times. PressReader. 3 August 2017. Dicapai pada 12 December 2017.
  8. ^ Abu Hanafiah, Haris (23 October 2023). "Melayu bela rakyat Palestin sejak 1930, sumbang S$14,000 pada 1949". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2023. Dicapai pada 29 October 2023.
  9. ^ "Arafat arrives in Malaysia". United Press International. 23 Julai 1984. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  10. ^ BUNN NAGARA (22 Oktober 2007). "Peace with Israel possible, says Abbas". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2021. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  11. ^ "Murdered Palestinian engineer was 'senior member' of Hamas". The Guardian. Associated Press. 21 April 2018. Dicapai pada 24 April 2018.
  12. ^ "Hamas rocket engineer killed in Malaysia; family blames Israel". The Times of Israel. 21 April 2018. Dicapai pada 24 April 2018.
  13. ^ "Malaysia releases sketches of suspects in Fadi al-Batsh killing". Al Jazeera English. 24 April 2018. Dicapai pada 24 April 2018.
  14. ^ "Fadi al-Batsh killing: Israel dismisses involvement". BBC News. 22 April 2018. Dicapai pada 24 April 2018.
  15. ^ a b Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Malaysia bagi Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa (7 Februari 2020). "Laporan Prosiding JK Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa: Hubungan Dua Hala antara Malaysia dan Palestin" (PDF). Parlimen Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  16. ^ ROSALINDA MD. SAID (13 Mei 2021). "Malaysia gerak kempen #Aid4Palestine". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-13. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  17. ^ "Sumbangan berjaya disalur kepada penduduk Gaza". Harakahdaily. 29 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-01. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  18. ^ Yusmizal Dolah Aling (27 Jun 2021). "Pembaikan semula bangunan di Gaza guna sumbangan orang Malaysia". HMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-27. Dicapai pada 3 Julai 2021.

Pautan luaran sunting