Hukum Gay-Lussac atau hukum tekanan ialah satu hukum dalam bidang fizik dan kimia yang menyatakan bahawa tekanan suatu gas adalah berkadar terus dengan suhu mutlak gas tersebut apabila isi padu gas dimalarkan.[1] Hukum ini boleh ditulis sebagai persamaan berikut:

dengan P ialah tekanan, T ialah suhu mutlak dan k ialah suatu pemalar.

Huraian sunting

Hukum Gay-Lussac menjelaskan bahawa tekanan suatu gas dengan jisim dan isi padu yang tetap adalah berkadar terus dengan suhu mutlak gas. Sekiranya suhu gas meningkat, nilai tekanan gas turut meningkat dalam keadaan jisim dan isi padu yang malar. Hukum ini boleh ditulis secara mudah dalam bentuk persamaan sekiranya nilai suhu mutlak (suhu dalam unit Kelvin) digunakan. Secara matematik, hukum ini boleh ditulis dalam persamaan berikut:

 

atau

 

dengan:

  • P ialah tekanan gas,
  • T ialah suhu mutlak gas, dan,
  • k ialah pemalar.

Dalam perbandingan antara dua bentuk gas, hukum ini boleh ditulis seperti berikut:

 

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Gay Law". LibreTexts (dalam bahasa Inggeris). 2016-06-27. Dicapai pada 5 Disember 2018.