[1]Penggantungan merujuk kepada perbuatan menggantung sambil menjerut atau memaut tali gantung keliling leher seseorang sehingga tergantung tidak jejak bumi sehingga mati.[1]

Penggantungan sehingga mati para pengawal wanita Nazi kem tahanan Stutthoff di Biskupia Górka, luar Gdańsk, Poland.

Ia merupakan antara kaedah menghukum penjenayah sehingga mati paling lazim dilakukan sejak Zaman Pertengahan malah masih diteruskan di banyak kawasan dan negara sehingga kini - ia pertama kali dicatat dalam teks kuno Yunani Odýsseia karya Homeros (Buku ke-XXII).[2] Ia juga merupakan salah satu kaedah membunuh diri yang kerap dijumpai.

Fisiologi sunting

Penggantungan boleh menyebabkan kematian atau kecederaan terhadap individu yang melakukan perbuatan ini melalui beberapa keadaan:

  • Penutupan arteri karotid yang menyebabkan hipoksia serebral[2]
  • Penutupan vena jugular
  • Pematahan leher membawa kepada kecederaan saraf tunjang atau juga terpancungnya kepala
  • Penutupan saluran pernafasan.[2]

Bagaimana penggantungan sebegini boleh menyebabkan kematian bergantung kepada keadaan persekitaran ketika penghukuman dilangsungkan.

Keadaan yang merumitkan pihak berkuasa memastikan kematian pesalah laku yang dihukum menyebabkan adanya penjelasan "digantung sehingga mati" ("hanged by the neck until dead") dalam penulisan undang-undang.[2]

Sebagai penghukuman mati sunting

Sebagai cara membunuh diri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b ""gantung" - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 30 Ogos 2019.
  2. ^ a b c d Mahmoud Rayes; Monika Mittal; Setti S. Rengachary; Sandeep Mittal (Februari 2011). "Hangman's fracture: a historical and biomechanical perspective" (PDF). Journal of Neurosurgery. Dicapai pada 27 Ogos 2016. It was not until the introduction of the standard drop by Dr. Samuel Haughton in 1866, and the so-called long drop by William Marwood in 1872 that hanging became a standard, humane means to achieve instantaneous death. Cite journal requires |journal= (bantuan)

Pautan luar sunting