Hulu Perak merupakan sebuah daerah yang terletak di timur laut negeri Perak. Daerah ini merupakan daerah terbesar di negeri Perak. Daerah ini bersempadan dengan daerah Kuala Kangsar di selatan, daerah Larut, Matang dan Selama di barat daya, daerah Baling, Kedah di barat laut, jajahan Jeli dan Gua Musang, Kelantan di timur serta negara Thailand di utara.

Daerah Hulu Perak
داءيره هولو ڤيرق
Daerah Hulu Perak dalam negeri Perak
Daerah Hulu Perak dalam negeri Perak
Peta daerah Hulu Perak
Peta daerah Hulu Perak
NegaraMalaysia
NegeriPerak
PusatGerik
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Gerik
Majlis Daerah Pengkalan Hulu
Majlis Daerah Lenggong
Keluasan
 • Jumlah6,560.43 km2 (2,533.00 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah95,076
 • Kepadatan14/km2 (38/batu persegi)
Kewarganegaraan
 • Warganegara97.2
 • Bukan warganegara2.8
Poskod
33100 (Pengkalan Hulu)
33300 (Gerik)
33400 (Lenggong)
Nombor plat kenderaanA

Sejarah sunting

Zaman prasejarah sunting

Di Lenggong, sebuah petempatan manusia berusia 5000 hingga 11000 tahun yang lalu telah dijumpai di Gua Kajang. Terdapat beberapa artifak berupa tembikar dan rangka manusia membabitkan zaman Paleolitik dan Neolitik. Di Gua Gunung Runtuh, satu rangka manusia tertua di Malaysia yang berusia 10000 hingga 11000 tahun ditemui dan digelar sebagai 'Orang Perak'.[1]

Kerajaan Reman sunting

Pada awal kurun ke-16, Tun Saban iaitu anak kepada bendahara Kesultanan Melayu Melaka, Tun Perak telah berhijrah ke Hulu Patani lalu ke Belum, Gerik. Di Belum, Tun Saban telah menjadi ketua masyarakat. Pada kurun ke-19, Gerik dan Pengkalan Hulu berada di bawah taklukan kerajaan Reman. Pada tahun 1902, kerajaan Reman telah dihapuskan oleh Siam dan menjadikan Gerik dan Pengkalan Hulu sebagai jajahannya.

Pada 9 Julai 1902, kerajaan Siam telah membuat perjanjian dengan kerajaan British untuk menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris. Perjanjian tersebut telah ditandatangani di Bangkok oleh Sir John Anderson iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat dan Setiausaha Luar Negeri Siam. Antara syarat dalam perjanjian itu, kerajaan Siam hendaklah menyerahkan semula daerah Gerik yang telah diambil oleh Raja Reman dahulu kepada kerajaan negeri Perak. Istiadat penyerahan daerah Gerik itu telah berlangsung di Kroh (Pengkalan Hulu) pada 16 Julai 1909.[2]

Pentadbiran sunting

Pusat pentadbiran daerah Hulu Perak terletak di Bandar Gerik. Terdapat tiga pihak berkuasa tempatan di daerah ini iaitu;

  • Majlis Daerah Gerik
  • Majlis Daerah Lenggong
  • Majlis Daerah Pengkalan Hulu

Mukim dan bandar sunting

Daerah Hulu Perak terbahagi kepada 10 buah mukim dan lima buah bandar;

Bil Mukim/Bandar Penduduk (2020)[3]
1 Gerik 20,746
2 Pengkalan Hulu 14,661
3 Lenggong 12,722
4 Kenering 9,532
5 Kerunai 7,739
6 Temengor 6,301
7 Durian Pipit 3,913
8 Temelong 3,756
9 Belukar Semang 1,730
10 Belum 1,014
11 Bandar Gerik 10,122
12 Bandar Pengkalan Hulu 2,360
13 Bandar Kelian Intan 232
14 Bandar Lenggong 204
15 Bandar Lawin 44

Kawasan Parlimen dan DUN sunting

Wakil rakyat daerah Hulu Perak dalam Dewan Parlimen;

Parlimen Kerusi Ahli Parlimen Parti
P54 Gerik Fathul Huzir Ayob Perikatan Nasional (PN)
P55 Lenggong Shamsul Anuar Nasarah Barisan Nasional (UMNO)
P62 Sungai Siput Kesavan Subramaniam Pakatan Harapan (PKR)

Wakil rakyat daerah Hulu Perak dalam Dewan Undangan Negeri Perak (DUN);

Parlimen DUN Kerusi Ahli DUN Parti
P54 N01 Pengkalan Hulu Aznel Ibrahim Barisan Nasional (UMNO)
P54 N02 Temengor Salbiah Mohamed Barisan Nasional (UMNO)
P55 N03 Kenering Mohd Tarmizi Idris Barisan Nasional (UMNO)
P55 N04 Kota Tampan Saarani Mohamad Barisan Nasional (UMNO)
P62 N21 Lintang Mohd Zolkafly Harun Barisan Nasional (UMNO)

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
197061,139—    
198071,372+16.7%
199181,636+14.4%
200082,551+1.1%
201089,926+8.9%
202095,076+5.7%
Sumber: [3]

Mengikut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Hulu Perak ialah seramai 95,076 orang dengan kepadatan 14 orang perkilometer persegi. Majoriti penduduk merupakan bumiputera iaitu 88.9 peratus dari jumlah penduduk. 97.2 peratus penduduk merupakan warganegara Malaysia.[3]

Kumpulan etnik (2020)[3]
Kewarganegaraan Etnik Jumlah %
Warganegara Bumiputera 82,179 86.4
Cina 6,949 7.3
India 1,746 1.8
Lain-lain 1,582 1.7
Bukan warganegara N/A 2,620 2.8
Agama di Perak[3]
Agama 1991 2000 2010 2020
Jumlah % Jumlah % Jumlah % Jumlah %
Islam 60,264 73.9 64,273 77.9 71,608 79.6 76,536 80.5
Buddha 10,463 12.8 8,343 10.1 4,066 4.5 7,920 8.3
Hindu 2,601 3.2 1,727 2.1 1,506 1.7 1,374 1.4
Kristian 5,198 6.4 844 1 6,593 7.3 1,499 1.6
Lain-lain 3,162 3.8 2,926 3.3 909 1
Tiada agama 2,532 3.1 4,192 5.1 2,672 3 6,077 6.4
Tidak diketahui 0 0 0 0 555 0.6 761 0.8

Rujukan sunting

  1. ^ "Warisan Arkeologi Lenggong". Harian Metro. 9 Ogos 2019. Dicapai pada 8 September 2022.
  2. ^ "Sejarah Grik". Dicapai pada 8 September 2022.
  3. ^ a b c d e "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan". Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020.