Hani Farhana binti Mohd Hatim (lahir 1 April 1984) atau lebih terkenal sebagai Hunny Madu atau Hani Hatim, ialah seorang Pengacara, penyampai radio, model, penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1]

Hunny Madu
Kelahiran
Hani Farhana binti Mohd Hatim

(1984-04-01) 1 April 1984 (umur 40)
Nama lainHani Hatim
Pekerjaan
  • Pengacara
  • penyanyi
  • penyampai radio
  • pelakon
  • model
  • emcee
Tahun aktif2002–kini
Pasangan
  • Khairul Azhar Abd Wahid (k. 2010; c. 2018)
  • Francesco Fedrighi (k. 2020)
Anak-anak2
SaudaraHafiz Hatim (abang)
Kerjaya muzik
GenreHip-hop, Rap
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Mtertain

Kerjaya sunting

Hunny pernah muncul dengan album studio pertama, Pulau Janji pada 2011. Pada tahun 2014, beliau bersama Kayda Aziz muncul bersama single "Go Hard Gostan".[2][3]

Beliau juga pernah berlakon dalam drama 5 Jingga di 8TV antara lain turut dibintangi oleh Siti Saleha dan Eina Azman. Selain itu, Hunny juga pernah bertugas sebagai juruhebah Fly FM dari 2008 sehingga 2013.

Kehidupan peribadi sunting

Hunny Madu ialah anak kedua daripada empat beradik kepada pasangan Mohd Hatim Abdullah, berasal dari Kelantan dan Molina Musa yang berasal dari Johor.[1] Abang sulungnya ialah Hafiz Hatim yang juga pengacara dan penyampai radio.[1]

Beliau berkahwin dengan Khairul Azhar Abd Wahid pada tahun 2010 dan bercerai pada 2018.[4] Pasangan ini dikurniakan dua anak, iaitu Eva Medina dan Adam Musa.[5]

Hunny berkahwin kali kedua dengan cef Itali, Francesco Fedrighi pada 2 Mei 2020.[6]

Diskografi sunting

Album studio sunting

EP sunting

  • Hunny Madu (2018)

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Radiografi sunting

Radio sunting

Tahun Tajuk Stesen
2007–2008 Hitz
2008–2013 Fly FM

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "In Conversation with Hunny Madu". Malaysia: New Straits Times. 8 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-10-10. Dicapai pada 2010-01-27.
  2. ^ Liyana (8 Oktober 2014). "Hunny Madu luah perasaan dalam lagu". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-14. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  3. ^ Liyana (29 Mei 2014). "Hunny Madu mahu luaskan lagi bidang muzik". Mangga. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-07. Dicapai pada 10 Mac 2018.
  4. ^ Georgie Joseph (19 Oktober 2019). "Hunny Madu yakin ada hikmah". Harian Metro. Dicapai pada 18 Jun 2020.
  5. ^ Hanisah Selamat (19 Ogos 2018). "Tiada niat rahsia masalah jantung anak: Hunny Madu". Berita Harian. Dicapai pada 18 Jun 2019.
  6. ^ Sudirman Mohd Tahir (10 Oktober 2020). "Hunny Madu dah kahwin kali kedua". Harian Metro. Dicapai pada 6 Mac 2021.

Pautan luar sunting