Hwang Jin-i (1520c.-1560c.), juga dikenali dengan nama gisaengnya sebagai Myeongwol (secara harfiah bererti bulan terang), ialah gisaeng paling legenda semasa zaman Dinasti Joseon yang hidup semasa era pemerintahan Raja Jungjong. Dia dikatakan amat cantik, kepintaran berjenaka cepat yang mengagumkan dan kepintaran yang luarbiasa. Kehidupan peribadinya hampir keseluruhannya seakan-akan mitos yang memberi inspirasi kepada wayang, siri tv, opera dan banyak novel. Disebabkan ketegasan dan sifat semulajadinya yang bebas, dia menjadi ikon budaya moden yang popular bagi Korea.

Hwang Jini
Fail:200208231202133311 1.jpg
Alleged portrait of Hwang Jin-I.
Nama Korea
Hangul황진이
Hanja黃眞伊
Perumian SemakanHwang Jini
McCune–ReischauerHwang Chini
Nama gisaeng
Hangul명월
Hanja明月
Perumian SemakanMyeong-wol
McCune–ReischauerMyŏngwŏl
Fail:Hwang jini 4.JPG
Hwang Jini menjadi ikon popular yang digambarkan oleh artis-artis serata dunia.

Karya-karya sunting

Walaupun hanya sebilangan kecil cebisan sijo dan geomungo yang wujud hari ini, semua itu mempamerkan ketukangan dan kemahiran kata-kata dan gubahan muzik. Sijonya kerap kali menggambarkan keindahan semulajadi Gaeseong dan tapak-tapak terkenalnya seperti Istana Manwoldae dan air terjun Bagyeon Pokpo. Yang lainnya memberi petunjuk mengenai tragedi kehilangan cintanya. Sesetengahnya juga menjawab sebilangan puisi dan sastera Cina klasik yang terkenal, sebahagian besarnya memaparkan cinta yang hilang. Dua daripada sijonya yang paling terkenal adalah:

"동짓달 기나긴 밤을.."
동짓달 기나긴 밤을 한 허리를 버혀 내어
춘풍 니불 아래 서리서리 넣었다가
어론님 오신 날 밤이어든 굽이굽이 펴리라
Aduhai, kiranya dapat kutangkap pati malam pertengahan musim sejuk yang dalam ini
Dan kulipatnya dengan lembut menjadi bau semerbak kulit bulan musim bunga,
Kemudian kubuka gelungannya pada malam kepulangan buah hatiku.
"청산리 벽계수(靑山裏 碧溪水)야..."
청산리 벽계수(靑山裏 碧溪水)야 수이 감을 자랑 마라.
일도창해(一到滄海)하면 다시 오기 어려우니
명월(明月)이 만공산(滿空山)할 제 쉬어간들 어떠리.
Byuk Kye-Soo yang dihormati, janganlah cakap besar untuk keluar dengan begitu awal.
Apabila sekali tuan mengharungi lautan, susah untuk pulang kembali.
Bulan penuh yang terang (Myeong-wol) di atas gunung yang kosong, apa kata tuan tinggal berehat di sini.