Hyundai Engineering & Construction

Hyundai Engineering and Construction Co., Ltd. KSE: 000720 (singkatan: HDEC) ialah sebuah syarkat pembinaan Korea Selatan. Syarikat ini ditubuhkan oleh Chung Ju-yung pada tahun 1947 sebagai Hyundai Civil Works Company dan merupakan sebahagian dari Hyundai Group. Hyundai Construction dan Hyundai Engineering bergabung secara rasmi pada tahun 1999.[1]

Hyundai Engineering & Construction Co., Ltd.
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriTeknik, pembinaan
Ditubuhkan1947; 77 tahun yang lalu (1947)
PengasasChung Ju-yung Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatSeoul, Korea Selatan
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingSoo Hyun Jung (Presiden & CEO)
Pendapatan bersih295,656,000 (2007) Sunting ini di Wikidata
PemilikHyundai Mobis, Hyundai Motor Company Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukHyundai Motor Company
Tapak webhttp://www.hdec.co.kr/
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Hyundai Engineering & Construction
Hangul현대 건설
Hanja現代建設
Perumian SemakanHyeondae Geonseol
McCune–ReischauerHyŏndae Kŏnsŏl

Hyundai Construction memainkan peranan penting dalam menghantar tenaga kerja Korea ke Timur Tengah untuk membina sejumlah projek pembinaan di sana pada dekad 1970-an dan 1980-an. Seperti pada tahun 1975, semasa Hyundai menandatangani kontrak pertamanya di wilayah itu untuk membangunkan sebuah pekarangan kapal untuk Tentera Laut Iran di dekat Bandar Abbas. 800.000 warga Korea juga dihantar untuk bekerja di Arab Saudi, sementara 25.000 warga Korea yang lain dihantar ke Iran, di mana Hyundai menjadi tempat kerja bagi sebahagian besar tenaga kerja tersebut.[2][3]

Di bawah pengurusan pemiutang, dengan Korea Exchange Bank sebagai pemiutang terbesar, Kumpulan Hyundai dipecah menjadi beberapa syarikat dari tahun 2001 hingga 2006.[4] Sehingga Mac 2007, HDEC menjadi pemegang semua saham Hyundai Merchant Marine, yang merupakan anak syarikat induk de facto Hyundai Group. Hyundai dan Hyundai Motor Group (hasil pecahan lain dari Hyundai Group) pun bersaing ketat untuk membeli HDEC.[4]

Pada tahun 2011, Hyundai Motor Group menjadi pemilik Hyundai Eng. & Const.,co.,Ltd, setelah berjay mengalahkan Hyundai Group.

Projek utama sunting

  • Jambatan Bangabandhu, Bangladesh
  • Jalan tol Kyeong-bu (Seoul-Busan)
  • Bendungan pelbagai fungsi Soyanggang pada Sungai Han Utara
  • Pengenalan apartmen di Gangnam, Korea Selatan selama tahun 1970
  • Galangan kapal Hyundai Ulsan
  • Kompleks Hyundai Motor Ulsan
  • Kawasan Industri Ulsan
  • Konstruksi pelabuhan industrial Jabel Ali
  • Proyek menara Suntec City, Singapura
  • Jembatan besar Ulsan
  • Jembatan besar Geogeum
  • Jembatan besar Masan Changwon
  • Jalan Layang Sheikh Jaber Al-Ahmad Al-Sabah, Kuwait

Ahli Hyundai Group sunting

Anggota Hyundai E&C Group sunting

  • Hyundai Engineering & Construction (HDEC / Hyundai Engineering & Construction Co. Ltd )
  • Hyundai Engineering (HEC), HEC atau Hyundai Engineering Co. Ltd
  • Hyundai Equipment & Steel Industries
  • Hyundai Design
  • Hyundai Farm
  • Hyundai CNI
  • Hyundai Hillstate
  • Hyundai Education

Tokoh penting sunting

 
Lee Myung-bak

Bekas Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak, merupakan bekas CEO Hyundai Engineering and Construction.

Rujjkan sunting

  1. ^ "Hyundai E & C, Engineering merger". Brl.pe.kr. May 15, 1999. Dicapai pada 11 November 2017.
  2. ^ Seok, Hyunho (1991). "Korean migrant workers to the Middle East". In Gunatilleke, Godfrey (ed.). Migration to the Arab World: Experience of Returning Migrants. United Nations University Press. m/s. 56–103. ISBN 9280807455.
  3. ^ Steers, Richard M. (1999). Made in Korea: Chung Ju Yung and the Rise of Hyundai. United Kingdom: Routledge. m/s. 109–117. ISBN 978-0-415-92050-6.
  4. ^ a b [1] [pautan mati]

Pautan luar sunting