IPC Shopping Centre

Koordinat: 3°09′21″N 101°36′41″E / 3.1559303°N 101.611417°E / 3.1559303; 101.611417

IPC Shopping Centre (dahulunya Ikano Power Centre) ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di Mutiara Damansara, Selangor, Malaysia. Sebelum itu ia dikenali sebagai Ikano Power Centre tetapi ditukar kepada IPC Shopping Centre sejurus pembaharuan penjenamaan pusat beli belah tersebut. Ia dibuka pada tahun 2003 tetapi kerja pembangunan semula pusat beli belah bermula Mac 2017 sejurus menyambut ulang tahun pembukaan ke-15. Pusat beli belah tersebut bersebelahan sebuah gedung borong IKEA dan The Curve. Antara tarikan utamanya ialah taman safari haiwan kesayangan, sebuah kedai buku Popular dan pasar raya mewah Ben's Idependent Store. Di tingkat satu terletaknya gedung perabot/kelengkapan elektrik Harvey Norman. Pusat beli-belah ini dioperasi oleh Ikano Pte. Ltd. yang merupakan sebahagian kumpulan IKANO dari Sweden.[2]

IPC Shopping Centre
Permandangan IPC Shopping Centre
LokasiMutiara Damansara, Selangor, Malaysia
Tarikh pembukaanDisember 2003( sebagai Ikano Power Centre) Mac 2011(penjenamaan semula sebagai IPC Shopping Centre) November 2017(pembukaan semula selepas kerja pembangunan semula IPC Shopping Centre)
Bil. gedung dan perkhidmatan145
Bil. penyewa utama11 [1]

Di tingkat bawah tanahnya terletaknya deretan restoran seperti Manhattan Sea Food, kopitiam Uncle Lim's dan kedai makanan segera. IPC dan IKEA berkongsi tempat letak kereta dua tingkat. IPC disambungkan oleh jejantas dan laluan bawah tanah ke The Curve dan IKEA. Ia berdekatan dengan Stesen MRT Mutiara Damansara.

Lihat Juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Virtual Malaysia. Ikano Power Centre. Retrieved October 19 2007. Diarkibkan 2009-02-01 di Wayback Machine
  2. ^ "Retail / IKANO Pte. Ltd". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-23. Dicapai pada 2010-02-08.