iPad Mini (dipasarkan menggunakan nama iPad mini) adalah sebuah komputer tablet mini direka bentuk, dibangun dan dipasarkan oleh Apple Inc. Ia diumumkan pada 23 Oktober 2012 sebagai model kelima dalam keluarga iPad. Ia mempunyai segala ciri yang ada pada iPad 2 tetapi dengan saiz skrin yang berbeza iaitu 7.9 in (200 mm), lebih kecil dari iPad yang lain yang mempunyai skrin bersaiz 9.7 in (250 mm).

iPad Mini
iPad Mini
PembangunApple Inc.
PengilangFoxconn
Keluarga produkiPad
JenisTablet
Tarikh jualan02 November 2012 (2012-11-02) (Amerika Syarikat)[1]
7 Disember 2012 (2012-12-07) (Malaysia)[2]
Sistem pengendalianiOS 6.0.2
KuasaBateri cas semula litium-polimer terbina dalam
16.3 W·h (59 kJ),jangka penggunaan 10 jam
Sistem-atas-cipApple A5
CPU1GHz dual-core ARM Cortex-A9
Muatan storanIngatan kilat
16 GB, 32 GB atau 64 GB
Ingatan512MB DDR2
Paparan7.9 in (200 mm)

1024 × 768 px; 163 ppi

IPS LCD
GrafikPowerVR SGX543MP2
Input Skrin sesentuh (multisentuh), penderia hampir jarak dan penderia cahaya sekitar, meter pecut 3-paksi, kompas digital
KameraDepan: 1.2MP, 720p HD
Belakang: 5.0MP dengan AF, iSight dengan lima elemen kanta, Penapis IR hibrid, penstabilan video, apertur ƒ/2.4
KetersambunganWi-Fi (802.11 a/b/g/n)

Bluetooth v4.0
Model A1454:
GSM/EDGE
(850, 900, 1800 ,1900 MHz)
UMTS/HSPA+/DC-HSDPA
(850, 900, 1900, 2100 MHz)
LTE
(700, 1700 MHz)
Model A1455
CDMA EV-DO Rev.A/Rev.B
(800, 1900, 2100 MHz)
GSM/EDGE
(850, 900, 1800, 1900 MHz)
UMTS/HSPA+/DC-HSDPA
(850, 900, 1900, 2100 MHz)
LTE

(700, 850, 1800, 1900, 2100 MHz)
Perkhidmatan
dalam talian
iTunes Store, App Store, MobileMe, iBookstore, Safari, iCloud, Photo Booth
Dimensi7.87 in (200 mm) (t)

5.30 in (135 mm) (l)

0.28 in (7.1 mm) (d)
BeratWi-Fi: 0.68 lb (310 g)
Wi-Fi + 3G: 0.69 lb (310 g)
Rencana berkaitiPhone, iPad, iPod Touch
Laman sesawangapple.com/ipad

iPad Mini mula dijual di Amerika Syarikat pada 2 November 2012.

Sejarah sunting

Pada awalnya, Apple tidak mempunyai cadangan untuk memperkenalkan komputer tablet berukuran 7 inci. Ini disokong oleh kenyataan Steve Jobs pada tahun 2010 bahawa tablet berukuran 7 inci adalah "terlalu besar" untuk bersaing dengan telefon pintar dan "terlalu kecil" untuk bersaing dengan iPad. Pada tahun 2011, Apple mula melihat segmen tablet 7 inci ini sebagai satu pasaran yang mempunyai potensi.[3]

Khabar angin mengenai generasi iPad seterusnya mula didengari tidak lama selepas pelancaran iPad (Generasi ketiga). Pada waktu tersebut, iPad yang baru dikatakan akan mempunyai saiz yang lebih kecil.[4] Lebih banyak khabar angin muncul termasuklah beberapa maklumat dalaman terutama gambar-gambar komponen, bocor.[5] Pada 16 Oktober 2012, Apple telah mengumumkan satu acara di California yang akan diadakan pada 23 Oktober tetapi tiada maklumat lanjut diberitahu.[6][7]

Pada acara tersebut, CEO Apple memperkenalkan beberapa produk baru termasuklah generasi baru MacBook Pro, Mac Mini, dan juga iMac sebelum memperkenalkan iPad Mini dan iPad (generasi keempat).[8] Apple juga menyatakan bahawa iPad yang baru ini akan mula dijual pada 2 November 2012 dengan tempahan dalam talian bermula 26 Oktober di negara-negara terpilih.[1]

Ciri-ciri sunting

iPad Mini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan iPad 2. Tetapi terdapat beberapa perbezaan.[9] iPad Mini mempunyai kepadatan piksel yang berlainan, dok Lightning dan juga dilengkapi perisian Siri.[10]

 
Perbandingan saiz antara iPad Mini (putih) dengan iPad generasi ketiga

Spesifikasi sunting

iPad Mini mempunyai SoC yang sama dengan iPad 2 iaitu Apple A5 yang mengandungi CPU 1.0 GHz, pemproses grafik PowerVR SGX543MP2 dan ingatan capaian rawak 512 MB. Berbeza denga iPad 2, ia mempunyai 2 kamera seperti iPad selepas iPad 2. Ia mempunyai kamera belakang 5.0 MP yang dipanggil iSight dengan kamera depan 1.2 MP yang berupaya mengambil video 720 HD yang direka untuk FaceTime. Kamera ini sama dengan iPad generasi keempat. Resolusi paparan adalah sama dengan iPad 2 iaitu 1024 x 768, akan tetapi oleh kerana saiz skrin yang lebih kecil (7.9 inci (200 mm)) kepadatan pikselnya menjadi 163 PPI. Ini membuktikan bahawa iPad Mini tidak dilengkapi dengan paparan Retina. iPad Mini juga seperti iPad generasi keempat mempunyai dok Lightning.[9]

Saiz iPad Mini adalah 7.87×5.30×0.28 in (200×135×7.1 mm), lebih nipis daripada iPad yang lain. Beratnya juga separuh daripada berat iPad generasi keempat.

Perisian sunting

iPad Mini didatangkan dengan sistem pengendalian iOS 6.0.1. Selain mempunyai perisian asas seperti Safari, Mel, Foto, Video, Youtube, iTunes, Muzik, App Store, Peta, Nota, Pusat Permainan, Photo Booth, Kenalan dan Kalendar, ia juga mempunyai perisian kawalan suara, Siri. Seperti peranti iOS yang lain, iPad boleh menyelaraskan kandungan dan lain-lain data dengan Mac atau PC menggunakan iTunes. Walaupun iPad tidak direka untuk membuat panggilan telefon menggunakan jaringan selular, pengguna boleh menggunakan perisian VoIP seperti Skype untuk membuat panggilan.

Perisian kawalan suara Siri,[10] adalah iPad yang pertama untuk keluarga iPad yang dilengkapi Siri tanpa memerlukan pengguna menaiktaraf iOS mereka. Ini membolehkan pengguna menggunakan arahan suara untuk membuka aplikasi, permainan, mengarang mel, atau bertanya sesuatu mengenai pelbagai maklumat seperti cuaca dan pengetahuan am.

Aksesori sunting

Smart Cover, pelindung skrin yang diperkenalkan untuk semasa pengumuman iPad 2 mempunyai saiz yang kecil khas utuk iPad Mini.[11] Aksesori yang direka untuk iPad samada menggunakan sambungan Bluetooth atau dok 8-pin Lightning, boleh digunakan untuk iPad Mini.

Penerimaan sunting

Secara keseluruhannya iPad Mini banyak menerima reaksi positif. iPad Mini didapati boleh memberikan saingan kepada tablet 7 inci yang lain seperti Kindle Fire HD, Nexus 7 dan Nook HD.[12] Meskipun begitu, ia menerima kritikan kerana tidak mempunyai paparan Retina, muatan storan yang tetap dan juga harganya yang dikatakan agak tinggi.[13]

Jualan di Malaysia sunting

Apple tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai tarikh jualan di Malaysia. Pada 6 Disember 2012, terdapat maklumat bahawa stok iPad (generasi keempat) mula diterima oleh penjual semula rasmi.[14] Ini dikukuhkan lagi dengan komen yang dikeluarkan oleh salah satu penjual semula rasmi, Machines di laman Facebook mereka ia akan dijual pada 7 Disember tetapi tidak memberitahu harga.[15]

Pada 7 Disember, Apple Online Store mula menerima tempahan iPad generasi keempat dan iPad Mini dengan waktu penghantaran 1-3 hari untuk model Wi-Fi dan beberapa minggu bagi model selular.[2]

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Wi-Fi

  • 16GB - RM999
  • 32GB - RM1299
  • 64GB - RM1599

Wi-Fi + Selular

  • 16GB - RM1499
  • 32GB - RM1699
  • 64GB - RM1999

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Apple Introduces iPad mini" (Siaran akhbar). Apple Inc. 23 oktober 2012. Dicapai pada 14 November 2012. Check date values in: |date= (bantuan)
  2. ^ a b "Apple Online Store Malaysia offers iPad mini & 4th gen iPad". Soya Cincau. 7 Disember 2012. Dicapai pada 10 Disember 2012.
  3. ^ "How Steve Jobs' 7-inch flip-flop worked to Apple's advantage". 24 Oktober 2012. Dicapai pada 15 Disember 2012. Text "publisher CNET" ignored (bantuan)
  4. ^ "iPad 4 rumor rollup for the week ending April 16". Network World. 17 April 2012. Dicapai pada 11 Disember 2012.
  5. ^ "Images of alleged 'iPad 4' screen show larger hole for FaceTime camera". Apple Insider. 22 Oktober 2012. Dicapai pada 11 Disember 2012.
  6. ^ "Apple sends out invitations for iPad mini event". BGR. 16 Oktober 2012. Dicapai pada 11 Disember 2012.
  7. ^ "iPad Mini, anyone? Apple sets Oct. 23 event". CNet. 16 Oktober 2012. Dicapai pada 11 Disember 2012.
  8. ^ "Apple announces iPad 4 with Lightning and enhanced LTE". ZDNet. 23 Oktober 2012. Dicapai pada 11 Disember 2012.
  9. ^ a b "iPad mini Vs iPad 4 Vs iPad 2 – A Detailed Comparison". Redmond Pie. 24 Oktober 2012. Dicapai pada 16 Disember 2012.
  10. ^ a b "iPad Mini Supports Siri, iPad 2 Still Doesn't". Mac Rumors. 23 Oktober 2012. Unknown parameter |accesdate= ignored (|access-date= suggested) (bantuan)
  11. ^ "iPad mini Smart Cover Review". Mac Life. 7 November 2012. Dicapai pada 16 Disember 2012.
  12. ^ "iPad Mini review: More than just a smaller face". CNN. 6 November 2012. Dicapai pada 16 Disember 2012.
  13. ^ "Review: iPad Mini beats competition, but you may want to wait". NBC News. 2 November 2012. Dicapai pada 16 Disember 2012.
  14. ^ "Eksklusif: iPad 4 dan iPad Mini di Malaysia, Harga bermula Rm 999". Oh! Geekz. 6 Disember 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-09. Dicapai pada 10 Disember 2012.
  15. ^ "iPad mini and iPad 4 Now Available". Soya Cincau. 7 Disember 2012. Dicapai pada 10 Disember 2012.

Pautan luar sunting