Ibn Idhari, nama penuh Abu al-Abbas Ahmad ibn Muhammad ibn Idhari al-Marrakushi (Arab: أبو العباس أحمد ابن عذاري المراكشي). Ibn Idhari hidup pada lewat abad ke-13 dan awal abad ke-14 dan merupakan pengarang sebuah teks penting pada Zaman Pertengahan, (Al-Bayan al-Mughrib). Teks yang ditulis pada tahun 1312 M ini berkaitan dengan sejarah Maghreb (Maghribi dan Algeria) dan Semenanjung Iberia.[1]

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan pengarang ini yang dilahirkan di Al-Andalus dan tinggal di Marrakesh. Karya sejarahnya tentang Maghreb dan Iberia (Al-Andalus) disanjungi para penyelidik moden kerana karya tersebut mengandungi maklumat, termasuk petikan daripada karya-karya yang lebih tua dan kini hilang, yang tidak terdapat di tempat-tempat lain.

Nota sunting

  1. ^ This is the form of the name given by Dozy, Colin and Levi-Provençal, editors of the Arabic text of the Bayān, but Siraj (work cited below) gives his kunya and ism as Abū Abd Allah Muhammad

Rujukan sunting

  • Ahmed Siraj: L'Image de la Tingitane. L'historiographie arabe medievale et l'Antiquite nord-africaine. École Française de Rome, 1995. ISBN 2-7283-0317-7. Short biographical note.
  • N. Levtzion & J.F.P. Hopkins, Corpus of early Arabic sources for West African history, Cambridge University Press, 1981, ISBN 0-521-22422-5 (reprint: Markus Wiener, Princeton, 2000, ISBN 1-55876-241-8). Short biographical note and English translation of extracts from Al-Bayan al-Mughrib.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.