Ibu pejabat (Bahasa Inggeris Headquarters atau singkatan HQ) menandakan lokasi dimana hampir kesemua fungsi-fungsi penting sesebuah pertubuhan di selaraskan. Di Amerika Syarikat, ibu pejabat korporat mewakili entiti di bahagian pusat atau dibahagian atas sesebuah perbadanan yang bertanggungjawab penuh bagi mengurus semua aktiviti perniagaan. Di UK, istilah Head Office (Bahasa Melayu Pejabat Besar) paling biasa digunakan untuk HQ perbadanan yang besar. Istilah Markas juga diguna untuk menandakan ibu pejabat sesebuah organisasi tentera.

Ibu pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu di Bandar Raya New York.
Menara KBR, ibu pejabat KBR dan sebahagian daripada Pusat Cullen, di Downtown Houston

Korporat sunting

Ibu pejabat adalah entiti dibahagian atas sesebuah perbadanan yang memikul tanggungjawab penuh bagi keseluruhan kejayaan korporat, dan memastikan tadbir urus korporat. Ibu pejabat korporat ialah satu elemen penting sesebuah struktur korporat dan meliputi fungsi korporat yang berbeza seperti perancangan strategik, komunikasi korporat, cukai, undang-undang, pemasaran, pembiayaan, sumber manusia, teknologi maklumat, dan pemerolehan. Entiti ini termasuklah ketua pegawai eksekutif (CEO) sebagai orang utama dan kakitangan sokongan seperti pejabat CEO dan lain-lain fungsi CEO yang berkaitan; fungsi "pembuat dasar korporat", termasuk semua fungsi korporat diperlukan untuk mengemudi firma itu dengan menentukan dan mewujudkan dasar korporat; perkhidmatan korporat menggabungkan aktiviti-aktiviti yang menyatukan perkhidmatan sokongan tertentu yang diperlukan seluruh perusahaan, dengan syarat berdasarkan pengetahuan khusus, latihan terbaik, dan teknologi untuk melayan pelanggan dalaman (dan kadangkala luaran) dan rakan-rakan perniagaan; dan pertemuan dua hala antara ibu pejabat korporat dan unit bisnes.

Pejabat berdaftar sunting

Banyak syarikat mempunyai sebuah pejabat berdaftar di alamat yang berbeza ke pejabat korporat mereka.[1][2]

Unit bisnes sunting

Ibu pejabat biasanya mengandungi pemimpin unit bisnes dan kakitangan masing-masing dan juga semua fungsi mengurus unit bisnes dan aktiviti-aktiviti operasi. Ketua Unit Bisnes bertanggungjawab bagi keseluruhan hasil unit bisnes.

Serantau sunting

 
Ibupejabat Randall's Food Markets di Westchase, Houston; Randall adalah anak syarikat Safeway Inc.

Ibu pejabat kadangkala berfungsi di bahagian atas unit serantau, termasuk semua aktiviti pelbagai unit perniagaan, memikul tanggungjawab penuh bagi keseluruhan keuntungan dan kejayaan unit serantau ini.

Markas tentera sunting

Markas tentera mempunyai banyak bentuk bergantung pada saiz dan jenis unit atau formasi yang mereka kuasai. Biasanya, mereka dipecahkan kepada komponen hadapan, utama dan belakang, didalam negara-negara NATO, dan mereka yang mengikuti organisasi itu dan doktrin bekas Soviet Union (lihat Isby, 1988).

Markas (singkatan MK) hadapan atau taktikal (dikenali sebagai singkatan 'Tac') adalah sekumpulan kecil staf dan komunikator. Biasanya sangat mudah alih, ia wujud untuk membolehkan komander bergerak ke hadapan dalam sesuatu operasi, dan memerintah bahagian utama daripada sesuatu posisi di mana mereka boleh melihat kawasan tanggungjawab dan mempengaruhi orang bawahan terdekatnya.

MK utama (dikenali sebagai 'Utama') adalah kurang bergerak dan terlibat didalam perancangan dan pelaksanaan operasi. Terdapat sejumlah staf berkumpul disini dari pelbagai cabang staf bagi menasihati komander, dan bagi mengawal pelbagai aspek perancangan dan pelaksanaan operasi yang berbeza-beza. MK utama bagi formasi besar akan mempunyai seorang ketua staf (CoS) yang menyelaras kerja staf; untuk MK yang lebih kecil kerja ini mungkin dilakukan oleh second-in-command.

MK logistik atau bahagian belakang ('Rear') adalah jauh dari pertempuran atau garisan depan dalam operasi konvensional. Fungsinya ialah memastikan bantuan logistik untuk pasukan garisan depan, iaitu dengan menguruskan penghantaran bekalan tempur, material dan kelengkapan ke mana-mana sahaja yang diperlukan, dan dengan mengurus perkhidmatan seperti perubatan kombat, pemulihan peralatan dan pembaikan.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-28. Dicapai pada 2016-01-13.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  2. ^ "DLF Building India | Contact us | Corporate Office". Dlf.in. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-02. Dicapai pada 2014-01-08.
  3. ^ "HQDA agencies". army.mil. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-29. Dicapai pada 2016-01-13.

Nota sunting

  • Isby, David C. (1988) Weapons and Tactics of the Soviet Army Jane's, London: 516 pp.
  • Wanner, Herbert (2006) Global and regional corporate headquarters in: Kählin, Christian, H. (Editor): Switzerland Business & Investment Handbook; Orell Füssli and Wiley.
  • Wanner, Herbert; LeClef, Xavier, & Shimizu, Hiroshi (2004) Global Headquarters on the Move: From Administrators to Facilitators Prims Second Semester 2004; Arthur D. Little.