Ikan (Jawi: ايكن) ialah haiwan akuatik, berkraniat, mempunyai insang yang tidak mempunyai anggota sisi dengan jejari. Haiwan yang tergolong bawah pentakrifan ini termasuklah ikan hag, ikan lamprei, ikan berawan, ikan bertulang serta pelbagai kumpulan berkaitan yang telah pupus. Kira-kira 95% spesies ikan hidup ialah ikan bersirip tulang yang tergolong di bawah kelas Actinopterygii, dengan kira-kira 99% daripadanya adalah teleos.

Ikan
Julat fosil: Ordovician–Neogene
Kerapu gergasi di Akuarium Georgia, dilihat berenang bersama-sama sekumpulan ikan lain
Kerapu gergasi di Akuarium Georgia, dilihat berenang bersama-sama sekumpulan ikan lain
Ikan lepu merah dilihat di depannya
Ikan lepu merah dilihat di depannya
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
(unranked) Craniata
Kumpulan termasuk
Ikan tanpa rahang
Ikan berperisai
Cartilaginous fish
Ray-finned fish
Lobe-finned fishes
Kumpulan tidak termasuk
Tetrapod
Ikan Hering
Ikan Hering
Ikan Gupi (Poecilia reticulata) ialah salah satu spesies ikan akuarium air tawar yang paling popular di dunia.

Organisma terawal yang boleh dikelaskan sebagai ikan ialah haiwan kordat bertubuh lembut yang mula-mula muncul semasa zaman Kambria. Walaupun haiwan ini tidak mempunyai tulang belakang yang sebenar, mereka memiliki notokord yang membolehkan mereka menjadi lebih tangkas berbanding rakan invertebrata mereka. Ikan terus berkembang merentasi era Paleozoik dengan kepelbagaian bentuk. Banyak ikan pada zaman Paleozoik mempunyai perisai tulang membaluti luar tubuh badan mereka yang melindungi mereka daripada pemangsa. Ikan berahang pertama muncul pada zaman Silures, selepas itu banyak ikan berahang menjadi pemangsa marin yang menggerunkan dan bukannya mangsa arthropoda sahaja, contohnya seperti jerung.

Kebanyakan ikan adalah bersifat ektoterma ("berdarah sejuk"), membenarkan suhu badannya berubah-ubah apabila suhu persekitarannya berubah, walaupun beberapa ikan aktif besar seperti jerung putih dan tuna boleh menahan suhu teras yang lebih tinggi.[1][2] Ikan boleh berkomunikasi secara akustik antara satu sama lain, selalunya untuk tujuan pemakanan, pertelingkahan atau pembiakan.[3]

Ikan banyak ditemui dalam kebanyakan badan air. Ia boleh ditemui di hampir semua persekitaran akuatik, setinggi aliran sungai di pergunungan (contoh seperti genus Salvelinus dan ikan sendi) ke sedalam zon abis dan zon hadal di dasar lautan (contoh seperti famili Ophidiidae dan Liparidae), walaupun belum ada spesies yang didokumenkan pada kedalaman 25% dari dasar lautan.[4] Dengan 34,300 spesies yang berhuraian, ikan mempamerkan kepelbagaian spesies yang lebih besar berbanding mana-mana kumpulan vertebrata lain.[5]

Ikan merupakan sumber alam yang penting bagi manusia di seluruh dunia, terutamanya sebagai makanan. Nelayan komersial dan nelayan sara diri memburu ikan di kawasan perikanan liar, atau menternak ikan di dalam kolam atau di dalam sangkar di kawasan lautan (melibatkan bidang akuakultur). Ikan juga ditangkap oleh nelayan rekreasi, dipelihara sebagai haiwan peliharaan, dibesar oleh pembela ikan, dan dipamerkan di akuarium awam. Ikan mempunyai peranan dalam kebudayaan sepanjang zaman, dari dijadikan sebagai dewa atau simbol agama, sehingga ke dijadikan sebagai subjek dalam seni, buku dan filem.

Haiwan tetrapod (seperti amfibia, reptilia, burung dan mamalia) berevolusi dari ikan bersirip cuping, jadi secara kladistiknya mereka turut merupakan sejenis ikan. Namun, secara tradisinya ikan (pisces atau ichthyes) dijadikan parafili dengan mengecualikan tetrapod, oleh itu ikan tidak dianggap sebagai kumpulan taksonomi formal dalam biologi sistematik, melainkan ia digunakan dalam pengertian kladistik yang termasuk tetrapod,[6][7] walaupun biasanya istilah "vertebrata" lebih digemari dan sebaliknya digunakan untuk tujuan ini (yang membawa maksud "gabungan ikan dan tetrapod"). Tambahan pula, setasea, walaupun merupakan mamalia, sering dianggap sebagai ikan oleh pelbagai budaya merentasi beberapa tempoh masa.

Contoh-contoh haiwan dari keluarga ikan :-

  1. Ikan Angel
  2. Ikan arowana
  3. Ikan Barb
  4. Ikan baung
  5. Ikan cencaru
  6. Ikan gelama Papan
  7. Ikan jelawat
  8. Ikan kalui Sabah
  9. Ikan patin
  10. Ikan pelaga
  11. Ikan tilapia
  12. Ikan tapah
  13. Ikan Semilang Laut
  14. Ikan Bujuk
  15. Ikan Sebelah Laut
  16. Ikan Kap Kepala Besar
  17. Ikan mas
  18. Ikan pari
  19. Ikan sia
  20. Ikan belida
  21. Ikan kerapu
  22. Ikan pelaga Siam
  23. Ikan sepilau
  24. Ikan sekila
  25. Ikan siakap
  26. Ikan siakap merah
  27. Ikan tilapia merah
  28. Ikan keli
  29. Ikan lomah
  30. Ikan ketutu
  31. Ikan lampam sungai
  32. Ikan temperas
  33. Ikan sia
  34. Ikan terbul
  35. Ikan seluang
  36. Ikan tengalan
  37. Ikan tengas
  38. Ikan kelabau
  39. Ikan toman
  40. Ikan Ketutu
  41. Ikan sebarau
  42. Ikan temakang
  43. Ikan jelawat
  44. Ikan Lampan sungai
  45. Ikan lomah
  46. Ikan tengalan
  47. Ikan sebarau
  48. Ikan Lampam Sungai
  49. Ikan gupi
  50. Ikan tengas
  51. Ikan kelah
  52. Ikan Baung
  53. Ikan tengas
  54. Ikan seluang
  55. Ikan Biji durian
  56. Ikan Diskus
  57. Ikan kepar
  58. Ikan puyu
  59. Ikan yu

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Goldman, K.J. (1997). "Regulation of body temperature in the white shark, Carcharodon carcharias". Journal of Comparative Physiology. B Biochemical Systemic and Environmental Physiology. 167 (6): 423–429. doi:10.1007/s003600050092. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 April 2012. Dicapai pada 12 October 2011.
  2. ^ Carey, F.G.; Lawson, K.D. (February 1973). "Temperature regulation in free-swimming bluefin tuna". Comparative Biochemistry and Physiology A. 44 (2): 375–392. doi:10.1016/0300-9629(73)90490-8. PMID 4145757.
  3. ^ Weinmann, S.R.; Black, A.N.; Richter, M. L.; Itzkowitz, M; Burger, R.M (February 2017). "Territorial vocalization in sympatric damselfish: acoustic characteristics and intruder discrimination". Bioacoustics. 27 (1): 87–102. doi:10.1080/09524622.2017.1286263.
  4. ^ Yancey, PH; Gerringer, ME; Drazen, JC; Rowden, AA; Jamieson, A (2014). "Marine fish may be biochemically constrained from inhabiting the deepest ocean depths". Proc Natl Acad Sci USA. 111 (12): 4461–4465. Bibcode:2014PNAS..111.4461Y. doi:10.1073/pnas.1322003111. PMC 3970477. PMID 24591588.
  5. ^ "FishBase Search". FishBase. March 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2020. Dicapai pada 19 March 2020.
  6. ^ "Zoology" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 28 June 2021. Dicapai pada 19 October 2018.
  7. ^ Greene, Harry W. (1998-01-01). "We are primates and we are fish: Teaching monophyletic organismal biology". Integrative Biology (dalam bahasa Inggeris). 1 (3): 108–111. doi:10.1002/(sici)1520-6602(1998)1:3<108::aid-inbi5>3.0.co;2-t. ISSN 1520-6602.

Pautan luar sunting