Barb

(Dilencongkan dari Ikan Barb)

Ikan Barb cantik, aktif mudah dipelihara dan dibiakkan. Ia berasal dari kawasan Asia dan Afrika. Spesies Asia terdapat di India, Malaysia dan sebahagian China. Terdapat beberapa spesies dalam kumpulan ikan Barb, iaitu Barb Harimau (Barbus tetrazona), barb harimau tempatan (Barbus pentazone), Barb Emas (Barbus schuberti), barb ceri (Barbus conchonius), Black Ruby barb (barbus nigrofasciatus) dan Rosy barb (Barbus conchonius). Ia adalah sejenis maserba kecuali beberapa spesies seperti Lampan Sungai (Puntius Swanenfeldii) dan Lampan Siam (Puntius altus) ialah jenis maun. Ikan Barb boleh menyesuaikan diri dalam semua kualiti air. Ternakan di dalam akuarium memerlukan sistem penapisan dan pengudaraan. Jenis yang biasa diternak dalam akuarium ialah jenis yang kecil. Ikan ini dapat hidup selama 2-3 tahun ia sangat cantik jika dipelihara dalam kumpulan nonospesies. Terdapat beberapa jenis baru di pasaran seperti barb hijau yang mempunyai belang yang besar berwarna hijau berkilat dan jenis "barb albino", yang berwarna kemerah-merahan dari spesies ikan Barb Harimau. Jenis lain ialah Rosy barb yang mempunyai sirip dorsal, ventral dan ekor yang panjang dikenali sebagai ' long-finned Rosy Barb'. Jenis-jenis baru seperti ini biasanya lebih laris dipasaran. panjang ikan barb ialah 10cm

Pautan luar sunting

  • "Barbs fish species profiles". Dicapai pada 2009-09-11.[pautan mati kekal]