Ikrimah ibn Abu Jahal

Ikrimah ialah anak lelaki Abu Jahal (salah seorang bangsawan Quraisy dan juga musuh ketat Islam). Pada awal kemunculan Islam, beliau seperti bapanya juga, merupakan musuh ketat Nabi Muhammad s.a.w. Selepas Nabi Muhammad menakluki kota Makkah, beliau memasuki Islam dan berjuang bersama tentera Islam.

Jasa sunting

Antara jasanya ialah terlibat dalam peperangan menentang kelompok pemberontak yang murtad dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Yamamah. Beliau ketika itu dilantik sebagai panglima tentera Islam.

Sumbangannya yang terbesar adalah ketika Perang Yarmuk di mana ketika itu tentera Islam berhadapan dengan tentera Rom Byzantine. Ketika tentera Rom memulakan serangan dalam satu kelompok yang besar, Ikrimah bertindak untuk memecahkan angkatan besar itu dengan serangan hendap tentera berkuda beliau yang dianggotai oleh 400 orang tentera Islam.

Beliau terkorban syahid dalam serangan hendap itu lantaran anggota tentera Rom berjumlah sekitar 240,000 orang.