Ilham Heydar oglu Aliyev (bahasa Azerbaijan: İlham Heydər oğlu Əliyev) (lahir 24 Disember 1961; umur 62 tahun) adalah Presiden Azerbaijan saat ini. Ia juga Ketua Parti Azerbaijan Baru atau Yeni Azərbaycan Partiyası.

Ilham Heydar oglu Aliyev
İlham Heydər oğlu Əliyev
Presiden Azerbaijan ke-4
Dalam jawatan
31 Oktober 2003 – Sekarang
Perdana MenteriArtur Rasizade
Didahului olehHeydar Aliyev
Digantikan olehSedang Berkhidmat
Perdana Menteri Azerbaijan
Dalam jawatan
4 Ogos 2003 – 4 November 2003
PresidenHeydar Aliyev
Didahului olehArtur Rasizade
Digantikan olehArtur Rasizade
Butiran peribadi
Lahir (1961-12-24) 24 Disember 1961 (umur 62)
Baku, RSS Azerbaijan, Uni Soviet (kini Azerbaijan)
KerakyatanAzerbaijan
Parti politikParti Azerbaijan Baru
PasanganMehriban Pashayeva

Biografi sunting

 
Ilham Aliyev bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad, 26 Oktober 2019
 
Ilham Aliyev bertemu Mahathir, 2 Mac 2012

Ia lahir 24 Disember 1961 di Baku dalam keluarga yang mempunyai keistimewaan hidup. Tempoh 1967-1977, ia mendapat pendidikan sekolah dan memasuki Universiti Negara Moscow pada Hubungan Antarabangsa (MSUIR) pada tahun 1977. Setelah lulus pada 1982, ia melanjutkan pendidikan pasc-asarjananya di MSUIR dan mengajar di sana selama 5 tahun. Ia menyelesaikan kajiannya dan menerima Ph.D. dalam ilmu politik dan sejarah pada tahun 1985.

Tempoh 1985-1990, ia menjadi pensyarah Universiti Negara Moscow pada Hubungan Antarabangsa dan memimpin kumpulan syarikat swasta industri-perdagangan pada tempoh 1991-1994. Tahun 1991, dia meninggalkan profesion mengajar. Menurut biografinya, dia terlibat aktiviti perniagaan di Moscow dan Istanbul. Tidak banyak diketahui tentang aktiviti perniagaan, tetapi pada tempoh itu dia dikenali sebagai seorang playboy. Isu-isu yang beredar, dia sering mengunjungi kasino dan sering terjerat hutang besar dalam perjudian, namun selamat kerana kekuasaan ayahnya. Sikap dan peribadinya sungguh sangat kontras dengan ayahnya.

Tahun 1994, dia mula berubah dan diangkat sebagai Naib Presiden Naib Presiden dan kemudian menjadi wakil pimpinan pertama Syarikat Minyak Negara Republik Azerbaijan (SOCAR) pada tempoh 1994-2003. Secara aktif ia terlibat dalam pelaksanaan "strategi minyak Heydar Aliyev". Dua kali terpilih dalam Milli Majlis (Parlimen) pada tahun 1995 dan 2000.

Sejak 1997, ia merupakan pemimpin Jawatankuasa Olimpik Nasional Azerbaijan sebagai sumbangan besarnya pada pembangunan sukan dan Olimpik, sehingga ia layak mendapat hadiah pingat tertinggi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Kerana kesihatan Presiden Heydar Aliyev (ayahnya) memburuk, kemudian dia merancang penciptaan sebuah dinasti politik. Ilham kemudian beralih haluan menjadi ahli politik walaupun diragukan banyak orang.

Poster-poster perseorangan ayahnya diganti dengan poster yang menunjukkan wajah bapa dan kanak-kanak di bandar-bandar dan di desa-desa. Pada pertarungan kedudukannya sebagai ahli politik, dia turut berkempen soal pemilihan anggota parlimen tahun 1999. Dia gagal menunjukkan kemampuannya. Parti Azerbaijan Baru (Yeni Azərbaycan Partiyası / YAP) menang mudah, namun itu adalah akibat perhitungan suara yang direkayasa.

Dia kemudian dipilih sebagai Naib Ketua Parti Azerbaijan Baru yang sedang berkuasa. Dia mewakili ayahnya pada setiap pertemuan dengan pegawai asing yang berkunjung dan membuka pusat sukan yang berkaliber Olimpik baru di Azerbaijan untuk menyokong kedudukannya sebagai ahli politik.

Pada 1999, ia dilantik sebagai timbalan dan timbalan pertama parti yang berkuasa Parti Azerbaijan Baru pada tahun 2001. Tempoh 2001-2003, ia menjabat ketua delegasi parlimen Azerbaijan pada Majlis Parlimen Dewan Eropah (PACE) dan dilantik sebagai Ketua Timbalan Majlis Parlimen Dewan Eropah dan anggota pejabat PACE pada Januari 2003. Pada 2003 tersebut, ia menghentikan kegiatannya sebagai ahli parlimen kerana dilantik sebagai Perdana Menteri pada 4 Ogos 2003.

Pelantikannya sebagai Perdana Menteri diterjemahkan oleh penganalisis sebagai jalan menuju kedudukan presiden. Berdasarkan perlembagaan Azerbaijan, Perdana Menteri automatik berperanan sebagai ketua negara jika presiden tidak mampu menjalankan tugas. Heidar Aliyev memang dilaporkan sakit teruk di rumah sakit di Turki. Mereka yang mengenal Ilham dengan baik meragukan kemampuannya. Ilham sendiri dikenali tidak punya taktik kuat untuk menjawat jawatan sebagai presiden di negara yang berpecah-belah dan susah diajak kompromi. Azerbaijan berjiran dengan Iran dan Turki.

"Mudah bagi Ilham untuk naik ke kekuasaan, tetapi akan sukar bagi dia bertahan," kata Elmar Husseinov yang seorang penganalisis politik. "Siapa Ilham Aliyev? Dia adalah anak presiden. Jika Heydar Aliyev tidak lagi ada di sekitarnya, dia tidak akan menjadi seseorang," kata Zardusht alizade yang pembangkang.

Pada April 2004 kerana penglibatan aktifnya dalam PACE dan komitmen ke Eropah, ia dihadiahi pingat dan diploma sebagai ahli penting dalam PACE. Ia menjadi Presiden Azerbaijan pada 15 Oktober 2003. Pada pilihan raya ini, ia meraih 2.438.787 suara (76,8%). Ia unggul atas tujuh calon lain, iaitu Isa Qambar, Lala Sövket Hacıyeva, Etibar Mammadov, Ilyas Ismayılov, Sabir Rüstamxanlı, Qudrat Hasanquliyev, dan Hafiz Hacıyev. Isa Qambar yang dicalonkan oleh Parti Kesetaraan (Müsavat Partiyası) menduduki tempat kedua dengan 372.385 (14%) suara. Dengan kemenangan ini, Ilham meneruskan jawatan presiden pada 31 Oktober 2003 dan layak menggantikan bekas Presiden Heydar Aliyev yang adalah ayahnya sendiri.

Maklumat Peribadi sunting

Ia menulis sejumlah penyelidikan aspek geopolitik strategi minyak kekuasaan Azerbaijan. Ilham Aliyev fasih berbahasa Azeri, bahasa Rusia, bahasa Perancis, bahasa Inggeris, dan bahasa Turki. Ia berkahwin dan dikurniakan tiga anak; iaitu Heidar yang termuda dan masih sekolah di peringkat Sekolah Menengah Pertama (SMP). Kenalan menyebutnya sebagai peribadi yang hangat, bijak, dan jenaka.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Artur Rasizade
Perdana Menteri Azerbaijan
2003
Diikuti oleh:
Artur Rasizade
Didahului oleh
Heydar Aliyev
Presiden Azerbaijan
2003 – Sekarang
Diikuti oleh:
Sedang Berkhidmat