Illacme plenipes ialah ulat gonggok yang ditemui di Central California di negeri California, Amerika Syarikat. Ia mempunyai sehingga 750 kaki, lebih banyak daripada ulat gonggok lain. Ia pertama kali dilihat pada 1926, namun hanya ditemui semula pada 2005.

Illacme plenipes
I. plenipes betina dengan 662 kaki
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Illacme
Spesies:
I. plenipes
Nama binomial
Illacme plenipes
Cook & Loomis, 1928
Jangkaan habitat yang sesuai (maksimum warna biru) untukI. plenipes berdasarkan pembolehubah iklim

Kaki sunting

I. plenipes betina dengan 618 kaki

Walaupun tiada ulat gonggok yang diketahui mempunyai seribu kaki, Illacme plenipes paling hampir dengan satu spesimen direkodkan mempunyai 750 kaki.[1] Puratanya ia mempunyai lebih daripada 600 kaki, dua kali ganda purata berbanding spesies ulat gonggok lain. Walaupun mempunyai lebih banyak kaki daripada hidupan lain di Bumi ini, ia sebenarnya agak kecil, walaupun berbanding ulat gonggok lain. Betina membesar hanya lebih seinci; jantan pula lebih kecil dan mempunyai lebih sedikit kaki.

Sejarah sunting

Spesies ini pertama kali ditemui di San Benito County, bahagian California Floristic Province, pada 1926 oleh saintis kerajaan.[2] Walau bagaimanapun, spesies ini tidak dilihat lagi sehinggalah ia dijumpai semula hampir lapan puluh tahun kemudian, pada November 2005, oleh Paul Marek, pelajar Ph.D. di Universiti East Carolina, semasa dia melakukan kajian terhadap sistematik dan evolusi ulat gonggok di San Benito County.[3] Paul Marek menyiarkan penemuannya di jurnal Nature.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ doi:10.3897/zookeys.241.3831
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  2. ^ O. F. Cook & H. F. Loomis (1928). "Millipedes of the order Colobognatha, with descriptions of six new genera and type species, from Arizona and California". Proceedings of the United States National Museum. 72 (18): 1–26, f. 1–6, pls. 1–2.
  3. ^ "ECU students rediscovers rare millpede". East Carolina University. June 15, 2006. Dicapai pada August 27, 2010.
  4. ^ Paul E. Marek and Jason E. Bond (2006). "Biodiversity hotspots: rediscovery of the world's leggiest animal". Nature. 441 (7094): 707. doi:10.1038/441707a. PMID 16760967.

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Illacme plenipes di Wikimedia Commons