Impression, soleil levant

Impression, soleil levant, ("Tanggapan, Terbit matahari") ialah sebuah lukisan oleh Claude Monet. Tajuk ini merupakan punca nama pergerakan Impresionis dalam dunia seni.

Impression, soleil levant
PelukisClaude Monet
Tahun1872
JenisMinyak pada kanvas
LokasiMusée Marmottan Monet, Paris

Sejarah sunting

Bertarikh tahun 1872, subjek lukisan ini ialah pelabuhan Le Havre di Perancis. Ia dihasilkan dengan menggunakan coretan yang longgar yang mencadangkan lukisan lebih daripada menggariskannya. Monet menerangkan tajuk lukisan kemudiannya:

Landskap tidak lain daripada sebuah tanggapan, dan satu tanggapan serta merta, justeru label ini, yang dikenakan ke atas kami, oleh sebab saya. Saya menghantar sebuah lukisan yang dibuat di Le Havre, dari tingkap saya, matahari di dalam kabus pagi dan beberapa tiang layar bot pada latar depan....Mereka meminta tajuk kerja ini bagi dimuatkan ke dalam katalog, ia tidak boleh dikatakan pandangan Le Havre, jadi saya kata: 'Letakkan Impression ("tanggapan").' [1]

Lukisan ini dipamerkan pada tahun 1874 semasa pameran berdikari seni pelukis Impresionis (yang tidak terkenal pada waktu itu). Pengkritik Louis Leroy mendapat ilham daripada tajuk lukisan untuk memberi tajuk ulasan yang mencela pertunjukan tersebut dalam akhbar Le Charivari sebagai, "Pameran Impresionis", dan dengan tidak sengaja memberi nama kepada pergerakan seni baharu. Beliau menulis:

Impression — Saya amat pasti akannya. Saya memberi tahu diri saya bahawa oleh sebab saya tertarik ["impressed"], sudah tentu ada sesuatu yang memberi tanggapan itu di dalam lukisan tersebut.... dan cuba lihat kebebasan, kemahiran buatan di dalamnya! Kertas hias dinding yang baharu nak dibuat pun memiliki kemasan lebih daripada pandangan laut itu.

Lukisan ini dicuri daripada Musée Marmottan Monet pada tahun 1985 oleh Philippe Jamin dan Youssef Khimoun tetapi dapat dikembalikan pada tahun 1990. Ia dipamerkan di sana semenjak tahun 1991.

Ciri menarik sunting

Warna dan luminans sunting

 
Versi nyahtepu lukisan: perhatikan bagaimana matahari hampir tidak kelihatan di dalam versi ini.[2]

Walaupun matahari kelihatan seperti titik yang paling cerah pada kanvas, sebenarnya, apabila diukur dengan alat fotometer (alat untuk mengukur cahaya) kecerahan (atau luminans) matahari sama dengan langit.[2]

Margaret Livingstone, profesor neurobiologi di Universit Harvard berkata, "Jika anada membuat salinan hitam putih lukisan Impression: Sunrise, Matahari akan [hampir] hilang."[2]

Livingstone berkata ini kerana lukisan itu memiliki sifat yang amat realistik. Dari segi neurobiologi, bahagian korteks visual lama otak hanya mengesan luminans dan tidak mengesan warna, jadi matahari pada lukisan itu tidak akan dilihatnya. Warna pula dapat dikesan oleh bahagian korteks visual baharu —yang hanya hadir pada manusia dan primat— dan tidak terdapat banyak lukisan yang bersifat begini.[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Cited by Forge, Andrew, and Gordon, Robert: Monet, page 58. Harry N. Abrams, Inc., 1989.
  2. ^ a b c d D'Alto, Aaron. "Odyssey", Encyclopædia Britannica, December 2007. Retrieved 17 January 2010.