Indra Putra Mahayuddin

Pemain bola sepak Malaysia

Indra Putra Mahayuddin (Jawi: ايندرا ڤوترا ماحاي الدين dilahirkan pada 2 September 1981) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang dilihat sebagai seorang pemain serba boleh. Indra boleh bermain sebagai seorang penyerang atau sayap dan banyak bermain di sayap kiri sepanjang kerjayanya.[1] Indra Putra merupakan pemegang rekod penampilan terbanyak dan penjaring terbanyak Liga Super Malaysia.[2]

Indra Putra
Maklumat peribadi
Nama penuh Indra sahril
Tarikh lahir (1981-09-02) 2 September 1981 (umur 42)
Tempat lahir Ipoh, Perak, Malaysia
Ketinggian 1.75 m (5 ka ​8 78 in)
Posisi permainan Penyerang, Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Kelantan United
Nombor 23
Kerjaya remaja
1997–1998 Perak B-21
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2003 Perak 45 (10)
2004–2007 Pahang 54 (29)
2008 Selangor 23 (3)
2009–2010 Kelantan 44 (23)
2011–2012 T-Team 24 (11)
2012–2013 Kelantan 46 (13)
2014–2015 Felda United 39 (16)
2016–2017 Kelantan 38 (5)
2018–2021 Kuala Lumpur City 72 (15)
2022 Perak 9 (0)
2023– Kelantan United 24 (4)
Pasukan kebangsaan
2001–2004 Malaysia B-23
2002–2015 Malaysia 56 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 8 Ogos 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Julai 2020

Latar belakang sunting

Beliau dilahirkan di Ipoh, Perak dan berkahwin tetapi sudah bercerai dengan Norliaton Murni Zainal Abidin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Airil Putra, 8, Ady Ilhan Putra, 5, dan Alya Nur Zahra yang berusia dua bulan.[3]

Kerjaya sunting

Pembabitan awal bersama Perak sunting

Indra Putra bermain untuk Perak B-21 semasa zaman remajanya. Beliau dimasukkan ke pasukan utama Perak pada tahun 1999 di bawah kendalian mendiang Karl Heinz Weigang. Dia membuat penampilan pertamanya dalam pusingan kelayakan Piala Malaysia 1999.[4] Dia menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan menentang Pulau Pinang dalam saingan Piala Malaysia 1999.[5].

Bersama Perak, Indra Putra kerap diletakkan bermain di sayap kiri dan sesekali bermain sebagai penyerang. Pada musim 2002 dan 2003, dia membantu Perak menjuarai Liga Perdana Satu Malaysia.

Berhijrah ke Pahang sunting

Pada tahun 2004, Indra Putra berpindah ke Pahang dalam satu perpindahan berprofil tinggi. Beliau membantu Pahang pada tahun 2004 untuk memenangi edisi pertama Liga Super Malaysia. Selain itu, beliau menjadi pemenang pertama Kasut Emas Liga Super edisi pertama dengan 15 gol dalam 19 penampilan, sekali gus mencipta sejarah gemilang beliau bersama Pahang.

Sehingga kini belum ada pemain tempatan Malaysia selain Indra Putra yang berjaya memenangi kasut emas dengan adanya kuota pemain import.[6]

Indra Putra Mahayuddin dikatakan sebagai pemain bola sepak Malaysia yang terbaik dalam generasinya oleh bekas jurulatih Perak, Steve Darby.

Karier beliau bersama Pahang dilihat tercalar selepas beliau dituduh dalam penyalahgunaan dadah. Tetapi tuduhan itu berjaya ditepis selepas lulus dalam ujian air kencing.[7] Indra Putra turut membawa Pahang memenangi Piala FA pada 2006[8].

Berhijrah ke Selangor sunting

Beliau memulakan langkah ke Selangor pada musim 2007-2008 dengan membawa pasukan mara ke perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia pada 2008, tetapi hajat untuk membawa balik piala tersebut dihalang oleh Kedah[9].

Beliau dilihat kurang menyerlah bersama Selangor dan desas-desus perpindahan beliau mulai timbul.

Menyertai Kelantan sunting

Selepas berakhirnya Liga Malaysia 2007/08, kontrak Indra dan beberapa orang rakan sepasukannya seperti Megat Amir Faisal Al Khalidi Ibrahim dan Muhammad Shukor Adan tidak disambung.[10]

Selepas berakhirnya Pestabola Merdeka 2008, Indra menyertai Kelantan dan bergandingan semula dengan Muhamad Khalid Jamlus.

Indra Putra agak menyerlah dalam musim pertamanya bersama Kelantan. Dia menjaringkan 14 gol dalam 21 penampilan Liga Super Malaysia. Dia turut meledak 4 gol pada pertandingan Piala FA Malaysia tetapi gagal membantu Kelantan menjuarai piala tersebut setelah dia gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan akhir.

Pada kempen Piala Malaysia, Indra muncul selaku penjaring terbanyak Piala Malaysia 2009 dengan 11 gol dalam 10 penampilan.[11]

Bersama T-Team (2011) sunting

Beliau memulakan langkah ke sebuah pasukan berstatus kelab[12], T-Team bersama Norfarhan dan Azizi Mat Rose walaupun mereka mengecap kemasyhuran bersama Kelantan. Tindakan ini dikecam oleh Datuk Anuar Musa, tetapi tiada tindakan yang dapat dilakukan selepas dibawa ke Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Beliau akhirnya sah bersama pasukan barunya.[13]

Bersama T-Team, gandingan beliau bersama Haris Safwan berjaya memberi saingan tetapi permulaan yang baik kurang menyerlah apabila menamatkan saingan Liga Super ditangga ke-9 dan tersingkir di pusingan awal Piala FA 2011. Beliau memanfaat pengalaman bermain bersama Kelantan dengan membantu pasukan menang keatas bekas pasukannya, selain membantu pasukan memenangi setiap perlawanan dengan Selangor dalam setiap pertemuan musim ini (Liga Super dan Piala Malaysia). Kejutan berlaku dalam kancah Piala Malaysia apabila berjaya mara ke pusingan separuh akhir tetapi dihampakan oleh Negeri Sembilan.

Kelantan (2012–2013) sunting

Pada Akhir tahun 2011 beliau telah kembali beraksi bersama-sama dengan kelab bola sepak Kelantan bersama-sama Azizi Mat Rose dan Norfarhan Mohamad.[14] Indra Putra mengecapi treble bersama Kelantan pada musim 2012. Musim 2013, dia membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala FA.

FELDA United sunting

Indra Putra menyertai Felda United pada musim 2014. Dia membantu FELDA United naik ke Liga Super 2015 selepas FELDA United menamatkan saingan liga di tempat kedua. Prestasinya pada musim 2014 membantu dia kembali dipanggil ke skuad kebangsaan.

Kelantan (2016–2017) sunting

Indra Putra kembali ke Kelantan selama 2 musim pada 2016 dan 2017. Dia bermain sebanyak 54 perlawanan dan menjaringkan 7 gol dalam semua pertandingan kompetitif yang disertai Kelantan. Dia dilepaskan selepas berakhirnya musim 2017.

Kuala Lumpur sunting

Indra Putra seterusnya berpindah ke Kuala Lumpur. Ketika bertemu PKNS, Indra Putra menjaringkan gol ke-100 dalam saingan Liga Super.[15] Pada musim 2021, Indra Putra memenangi Piala Malaysia bersama Kuala Lumpur selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim di perlawanan akhir.[16]

Perak dan Kelantan United sunting

Indra Putra kembali ke Perak selepas kontraknya bersama Kuala Lumpur tidak disambung. Dia hanya sempat bermain 9 perlawanan Liga Premier bersama Perak. Musim berikutnya dia berpindah ke Kelantan United.

Bersama Skuad Kebangsaan sunting

Pemain kaki kiri ini mewakili Malaysia B-23 ke Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur, Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selantan, Sukan SEA 2003 di Hanoi, Vietnam, dan pusingan akhir kelayakan Olimpik Athens 2004 zon Asia.

Pada 2002, Indra Putra bermain mewakili pasukan senior kebangsaan dalam perlawanan persahabatan menentang Brazil. Dalam saingan Piala Tiger 2002 di Singapura, Indra Putra beraksi cemerlang apabila meledak gol ketika bertemu Singapura (Malaysia menang 4-0) dan Thailand (Malaysia menang 3-1). Aksinya itu membuatkan media berpangkalan di Singapura memberinya gelaran 'Ryan Giggs Asia'.[17][18] Pada 2003 dia turut bermain di Piala Liga Perdana Inggeris Asia menentang Birmingham City dan Chelsea.

Pada tahun 2007, beliau dipanggil oleh ketua jurulatih Malaysia Norizan Bakar untuk Piala Asia 2007 pada bulan Julai, yang diadakan di Negara Thai, Indonesia, Vietnam, dan Malaysia. Di kejohanan ini, dia menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang berjaya menjaringkan gol. Pada tahun 2008, Indra Putra mewakili pilihan Malaysia atau Malaysia XI untuk perlawanan menentang Chelsea. Pada perlawanan ini, Malaysia XI tewas 0-2.[19]

Indra Putra kembali ke skuad kebangsaan pada 2014 dalam perlawanan persahabatan menentang Indonesia. Dalam saingan Piala AFF 2014, Indra Putra menjaringkan gol ketiga Malaysia dalam kemenangan 3-1 ke atas tuan rumah Singapura. Gol itu menjadi meme tular selepas tamatnya perlawanan antara Malaysia dan Singapura.[20] Dalam perlawanan final kedua bertemu Thailand, Indra Putra menjaringkan gol kedua Malaysia sebelum tamat separuh masa pertama untuk menyamakan aggregate 2-2 berdepan Thailand.[21] Walaupun menang 3-2, Malaysia tewas 3-4 secara aggregate.[21]

Pakar sepakan percuma sunting

Indra Putra memiliki kemahiran untuk melakukan jaringan gol melalui sepakan percuma. Antara gol yang dijaringkannya menerusi sepakan percuma adalah perlawanan menentang Myanmar pada Pestabola Merdeka 2008, Piala AFF Suzuki menentang Vietnam, dan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 menentang Negeri Sembilan.[22]

Statistik sunting

Kelab sunting

Sehingga 4 November 2023[23][24]
Kelab Musim Liga[a] Piala[b] Piala Liga[c] Lain² Jumlah
pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol Pen. Gol
Perak 1999 0 0 6 2 4[d] 0 10 2
2000 1 0 0 0 5 0 6 0
2001 10 0 3 0 8 2 21 2
2002 22 5 8 6 9 5 39 16
2003 12 5 1 0 7 1 3[e] 1 23 7
Jumlah 45 10 12 6 35 10 7 1 99 27
Pahang 2004 19 15 6 4 9 4 34 23
2005 18 11 1 0 7 3 6[f] 4 32 18
2005–06 15 3 7 7 2 1 24 11
2006–07 2 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 54 29 14 11 18 8 6 4 92 52
Selangor 2007–08 23 3 8 0 14 4 45 7
Jumlah 23 3 8 0 14 4 45 7
Kelantan 2009 19 14 8 4 9 11 36 29
2010 25 9 2 1 11 3 38 13
Jumlah 44 23 10 5 20 14 74 42
T-Team 2011 24 11 1 1 9 5 34 17
Jumlah 24 11 1 1 9 5 34 17
Kelantan 2012 25 7 7 2 10 3 7[g] 1 49 13
2013 21 6 6 2 11 5 7[h] 2 45 15
Jumlah 46 13 13 4 21 8 14 3 94 28
Felda United 2014 18 10 6 2 9 2 33 14
2015 21 6 1 0 9 1 31 7
Jumlah 39 16 7 2 18 3 64 21
Kelantan 2016 17 3 2 0 7 1 26 4
2017 21 2 1 1 6 0 28 3
Jumlah 38 5 3 1 13 1 54 7
Kuala Lumpur 2018 20 6 4 0 6 0 30 6
2019 21 6 4 3 5[i] 0 30 9
2020 11 3 11 3
2021 20 0 0 0 7 0 27 0
Jumlah 72 15 8 3 13 0 5 0 98 18
Perak 2022 9 0 9 0
Jumlah 9 0 9 0
Kelantan United 2023 24 4 1 0 2 1 3[j] 1 30 6
Jumlah 24 4 1 0 2 1 3 1 30 6
Jumlah kerjaya 418 129 77 33 163 54 35 9 693 225
  1. ^ Liga Perdana 1, Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia
  2. ^ Piala FA Malaysia
  3. ^ Piala Malaysia
  4. ^ Penampilan di pusingan kelayakan Piala Malaysia 1999.
  5. ^ Penampilan di Kejohanan Kelab ASEAN 2003.
  6. ^ Penampilan di Piala AFC 2005.
  7. ^ Penampilan di Piala AFC 2012 dan Piala Sumbangsih 2012.
  8. ^ Penampilan di Piala AFC 2013 dan Piala Sumbangsih 2013.
  9. ^ Penampilan di Piala Cabaran Malaysia 2019
  10. ^ Penampilan di Piala Cabaran Malaysia 2023

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Tempat Lawan Jaringan Keputusan Perlawanan
1. 11 Disember, 2002 Petaling Jaya, Malaysia   Kemboja 5-0 Menang Persahabatan
2. 18 Disember, 2002 Singapura, Singapura   Singapura 0-4 Menang Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2002
3. 18 Disember, 2002 Singapura, Singapura   Singapura 0-4 Menang Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2002
4. 20 Disember, 2002 Singapura, Singapura   Thailand 3-1 Menang Peringkat Kumpulan Piala Tiger 2002
5. 29 Disember, 2002 Singapura, Singapura   Vietnam 2-1 Kalah Tempat Ke-3/4 Piala Tiger 2002
6. 22 Oktober, 2003 Manama, Bahrain   Bahrain 3-1 Kalah Kelayakan Piala Asia 2004
7. 23 Ogos, 2006 Shah Alam, Malaysia   Myanmar 1-2 Kalah Pestabola Merdeka 2006
8. 10 Julai, 2007 Kuala Lumpur, Malaysia   China 1-5 Kalah Peringkat Kumpulan Piala Asia 2007
9. 22 Julai, 2008 Hyderabad, India   India 1-1 Seri Persahabatan
10. 15 Oktober, 2008 Petaling Jaya, Malaysia   Nepal 4-0 Menang Pestabola Merdeka 2008
11. 23 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia   Myanmar 4-0 Menang Pestabola Merdeka 2008
12. 23 Oktober, 2008 Kuala Lumpur, Malaysia   Myanmar 4-0 Menang Pestabola Merdeka 2008
13. 6 Disember, 2008 Phuket, Thailand   Laos 3-0 Menang AFF Piala Suzuki 2008
14. 8 Disember, 2008 Phuket, Thailand   Vietnam 2-3 Kalah AFF Piala Suzuki 2008
15. 8 Disember, 2008 Phuket, Thailand   Vietnam 2-3 Kalah AFF Piala Suzuki 2008
16. 29 November, 2014 Kallang, Singapura   Singapura 1-3 Menang Piala Suzuki AFF 2014
17. 20 Disember, 2014 Kuala Lumpur, Malaysia   Thailand 3-2 Menang Piala Suzuki AFF 2014

Pencapaian sunting

Malaysia B-23 sunting

Malaysia sunting

Perak FA sunting

Pahang FA sunting

Selangor FA sunting

Kelantan FA sunting

Kuala Lumpur City sunting

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "9 pemain terima pingat sempena hari keputeraan Sultan Kelantan". Sinar Harian. 11 November 2012. Dicapai pada 9 March 2017.
  2. ^ HarimauMYstats - Twitter, 7 Julai 2023.
  3. ^ " Bekas isteri Indra Putra tuntut nafkah", Utusan Online. 26 Mei 2011.
  4. ^ Perak Ada Pengganti - Harian Metro, 24 Ogos 1999.
  5. ^ Indra, Khalid Perak Heroes - New Straits Times, 26 September 1999.
  6. ^ Shahrel poised for Golden Boot - New Straits Times, 27 September 2020.
  7. ^ http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20060204/pahang-indra-putra/ai_n44314486/
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-07. Dicapai pada 2011-10-31.
  9. ^ http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=LigaM2008&y=2008&dt=0824&pub=LigaM2008&sec=Berita&pg=lm_01.htm[pautan mati kekal]
  10. ^ "Selangor umum 16 pemain skuad 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-21. Dicapai pada 2008-09-18.
  11. ^ "Indra sah wakili pasukan Kelantan". Utusan Malaysia. 29 October 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-12. Dicapai pada 29 October 2008.(Melayu)
  12. ^ http://berita-harian-online.com/indra-putra-mungkin-akan-sertai-t-team-musim-depan/
  13. ^ http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-201925.html
  14. ^ "Kelantan FA secure two more imports, Kuala Lumpur FA sign ex-Malaysia International". Goal.com. 4 December 2017. Dicapai pada 4 January 2018.
  15. ^ Indra ledak gol ke-100 Liga Super - Berita Harian, 28 April 2019.
  16. ^ Indra Putra, 42 tahun, sangkal tanggapan dia “manusia hebat” - Majoriti, 25 Mei 2023.
  17. ^ Malaysia tidak rela Laos calar maruah - Berita Minggu, 22 Disember 2002.
  18. ^ Aksi Akmal, Indra makin mengancam - Berita Harian, 16 Mei 2003.
  19. ^ "Newly-rebranded Kelantan 'warriors' promise to give their best". Malay Mail. 6 February 2016. Dicapai pada 26 August 2016.
  20. ^ Fenomena “Keeper Kat Mana” Sungguh Melucukan. Tapi Tunggu Dulu Kerana Anda Belum Lihat Ini - Vocket, 4 December 2014.
  21. ^ a b AFF Suzuki Cup 2014 Final Leg 2: Malaysia 3-2 Thailand (Thailand Win 4-3 on aggregate) - Football Association of Malaysia, 20 December 2014.
  22. ^ "Pergi bukan sebab wang". Sinar Harian. 9 November 2013. Dicapai pada 26 August 2016.
  23. ^ "Indra Putra Mahayuddin". Soccerway. Perform Group. Dicapai pada 1 October 2016.
  24. ^ INDRA PUTRA MAHAYUDDIN - Malaysia Football League.

Pautan luar sunting