Ingatan difahamkan sebagai kebolehan minda seseorang menyimpan maklumat yang diraih dan menyimpannya agar ia dapat dikelarkan semula untuk kegunaan kemudian.

Jenis sunting

  • Ingatan jangka pendek: merujuk kepada ingatan yang boleh dicapai semula dalam suatu tempoh yang singkat. Ia dipercayai bergantung kepada suatu isyarat audio bahkan juga visual untuk menyimpan maklumat yang ingin diingati. Ingatan jenis ini dianggarkan mempunyai keupayaan menyimpan maklumat mengenai sebanyak 4 hingga 5 benda;[1] walau bagaimanapun keupayaan sebegini boleh dipertingkatkan lagi melalui pembahagian suatu maklumat yang besar kepada kelompok yang boleh dimuatkan serta dikendalikan (chunking).[2]
  • Ingatan jangka panjang: menyimpan maklumat yang diperolehi secara berterusan dan mempunyai jangka hayat yang lama. Ia juga cenderung menyimpan maklumat yang ada secara tersirat atau semantiknya berbanding dengan ingatan jangka pendek yang lebih menangkap apa yang berlaku dalam persekitaran buat sementara waktu.

Ingatan jangka pendek didokong corak transien (sementara) komunikasi dalam neuron bergantung kepada kawasan lobus frontal (terutamanya korteks dorsolateral prahadapan) dan lobus parietal, manakala ingatan jangka panjang dikekalkan oleh perubahan yang lebih kekal dan stabil dalam hubungan neural yang tersebar di serata otak. Hipokampus tidak berfungsi menyimpan maklumat dengan sendirinya, namun sangat penting dalam proses menggabungkan atau merubah ingatan jangka pendek kepada ingatan jangka panjang dalam tujuan mempelajari maklumat yang baru.

Rujukan sunting

  1. ^ Cowan, N (Februari 2001). "The magical number 4 in short-term memory: a reconsideration of mental storage capacity" (PDF). Behav Brain Sci. 24 (1): 87–114, discussion 114–85. doi:10.1017/S0140525X01003922. PMID 11515286.
  2. ^ Miller, G.A. (Mac 1956). "The magical number seven plus or minus two: some limits on our capacity for processing information". Psychol Rev. 63 (2): 81–97. doi:10.1037/h0043158. PMID 13310704.

Bacaan lanjut sunting