Inspektor Jeneral atau Inspector General adalah pegawai kanan dalam organisasi tentera, pasukan polis atau perkhidmatan awam. Lazimnya peranan inspektor jeneral ialah melaksanakan pemeriksaan dan menganalisa kedudukan semasa pasukan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekurangan di dalam penyediaan, pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah-perintah/arahan-arahan/tindakan daripada semua aspek.

Malaysia sunting

Tentera sunting

Di dalam Angkatan Tentera Malaysia, Inspektor Jeneral Tentera Darat, Inspektor Jeneral Tentera Laut dan Inspektor Jeneral Tentera Udara adalah pegawai kanan yang menentukan semua program Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan aktiviti dilaksanakan secara efisien dan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan. Objektif-objektif kecil untuk mendukung objektif utama adalah seperti berikut:

  • Menilai keupayaan TDM, TLDM dan TUDM berdasarkan keberkesanan dan kecekapan operasi dalam penggunaan sumber dan aset.
  • Menentukan program-program TDM, TLDM dan TUDM mematuhi ketetapan (rules and regulation) kewangan semasa.
  • Mencadangkan langkah-langkah yang sesuai untuk peningkatan keberkesanan operasi TDM, TLDM dan TUDM.
  • Mengaudit dan membuat analisis ke atas laporan keselamatan, trend kemalangan dan pencegahan kemalangan semasa.
  • Menyediakan laporan audit dan laporan pemeriksaan kepada Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara.

Polis sunting

Di dalam Polis Diraja Malaysia, Inspector General of Police (IGP) (atau dalam bahasa Melayu Ketua Polis Negara - KPN) ialah pegawai tertinggi dan ketua pasukan polis Malaysia. Ianya setaraf dengan pangkat Jeneral dan Laksamana empat bintang.

Jerman sunting

Tentera sunting

Sewaktu Perang Dunia II, Kolonel Jeneral Heinz Guderian telah dilantik sebagai Inspektor Jeneral Pasukan Armor (Generalinspekteur der Panzertruppen) pada 1 Mac 1943 dan melapor terus kepada Adolf Hitler.

Sejak penubuhan semula angkatan tentera Jerman selepas Perang Dunia II, Inspektor Jeneral Tentera Persekutuan (Generalinspekteur der Bundeswehr) merupakan pegawai tertinggi tentera, bertanggungjawab bagi keseluruhan perancangan tentera dan penasihat ketenteraan utama kepada Menteri Pertahanan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan. Selaku Ketua Staf Operasi Angkatan Tentera (Führungsstab der Streitkräfte), posisinya setaraf dengan Pengerusi Ketua-Ketua Turus Bersama Amerika, Ketua Turus Pertahanan (United Kingdom) Britain dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Polis sunting

Dalam pasukan polis persekutuan Jerman (Bundespolizei), pegawai tertinggi polis dipanggil sebagai Inspektor Polis Persekutuan, namun posisi ini lebih kepada penyelarasan daripada penguasaan. Bagi semua 16 negeri di Jerman, setiap jabatan polisnya diketuai oleh seorang Inspektor Polis Negeri (Inspekteur der Bereitschaftspolizeien der Länder), selaku pegawai polis yang tertinggi. Presiden polis negeri kebiasaannya bukanlah pegawai polis, mereka hanyalah pegawai pentadbiran. Kecekapan pasukan polis di Jerman diberikan kepada kerajaan negeri Jerman. Polis persekutuan adalah jabatan penyelarasan polis dengan hanya sedikit kecekapan, sebagai contoh dalam kawalan sempadan atau lapangan terbang dan ujian keselamatan.

Dalam skop tanggungjawab jabatan polis negeri, polis persekutuan hanya boleh bertindak dengan izin atau permintaan daripada polis tempatan negeri.

United Kingdom sunting

Tentera sunting

Dalam tradisi British, seorang inspektor jeneral lazimnya adalah pegawai kanan tentera yang bertanggungjawab bagi pemeriksaan unit tentera untuk memastikan mereka mengikut kesesuaian standard latihan dan efisiennya. Tidak seperti Inspektor Jeneral Amerika, mereka biasanya tidak mempunyai fungsi siasatan atau penguatkuasaan undang-undang.

Selama bertahun-tahun Tentera Udara Diraja mengekalkan jawatan Inspektor Jeneral.

Polis sunting

Pegawai Memerintah Pasukan Konstabel Diraja Ireland (dan kemudian Pasukan Konstabel Diraja Ulster sehingga digantikan oleh Ketua Konstabel) dan kebanyakkan pasukan polis Komanwel juga menggunakan gelaran Inspektor Jeneral Polis dan ia masih digunakan di India dan sebilangan negara bekas jajahan British.

Nama Inspektor Jeneral juga diberikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Pasukan Insolvensi.

Inspektor dan variasinya merupakan pangkat pegawai dalam Penguatkuasaan polis di United Kingdom dan kebanyakkan Negara-Negara Komanwel.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting