Institusi Raffles ialah sebuah sekolah lelaki yang bebas yang terkenal sebagai salah satu sekolah menengah yang terbaik di Singapura dalam pemeringkatan tahunan rasmi yang diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Singapura. Antara anugerah-anugerah lain, Institusi Raffles telah diberikan "Anugerah Kecemerlangan Sekolah" pada tahun 2004, satu anugerah yang tertinggi dalam pelan induk Kementerian Pendidikan.

Diasaskan pada tahun 1823 sebagai Institusi Singapura oleh Sir Thomas Stamford Raffles, pengasas Singapura moden, Institusi Raffles merupakan sekolah yang mempunyai sejarah yang paling lama di Singapura. Sekolah ini digelarkan "Institusi Raffles" pada tahun 1868 sebagai penghormatan kepada Raffles.

Institusi Raffles menawarkan program bersepadu, juga dikenali sebagai Program Raffles (RP), bersama-sama dengan Sekolah Perempuan Raffles (Menengah), dan Maktab Rendah Raffles. Sekolah ini juga menawarkan Program Pendidikan Bergeliga (GEP/RP) dalaman, tetapi GEP semakin digabungkan dengan aliran utama untuk dijadikan satu aliran tunggal sejak Bob Koh Chin Nguang menjadi Guru Besar pada akhir tahun 2004.

Sejarah sunting

Kampus asal Institusi Raffles terletak di Jalan Bras Basah yang kini diambil alih oleh Raffles City, sebuah hotel dan pusat membeli belah. Sekolah ini dipindah ke Jalan Grange pada tahun 1973, dan sekali lagi pada tahun 1990 ke tempat kini di Bishan, Singapura tengah. Alamatnya ialah 1 Raffles Institution Lane, dan merupakan sekolah menengah yang tunggal di Singapura untuk mempunyai sebatang jalan yang dinamakan sempena namanya. Kampus Jalan Granger kini digunakan oleh Rangkaian Guru (Teacher's Network) untuk memberi kursus-kursus kepada guru-guru.

Institusi Raffles juga mempunyai satu alumni yang digelarkan ORA (Persatuan Murid-murid Raffles Lama) yang dikenali untuk minat dan penyertaan yang aktif dalam dunia politik Singapura. Alumni-alumni ini termasuk Lee Kuan Yew, Menteri Mentor kini, Goh Chok Tong, Menteri Kanan, dan tiga bekas presiden Singapura. Dinding Kemasyhuran di Blok Pentadbiran sekolah mempunyai gambar-gambar foto untuk bekas murid-murid RI yang telah mencapai pengiktirafan dalam bidang masing-masing.

Institusi Raffles mempunyai sebanyak 24 orang guru besar sehingga hari ini. Sejarah Institusi Raffles sehingga 1985 telah didokumenkan dalam sebuah buku bertajuk Burung Helang Membiak Seekor Grifon (The Eagle Breeds a Gryphon) yang ditulis oleh bekas guru besar, Eugene Wijeysingha. Buku ini yang kini mempunyai tiga edisi telah dikemaskinikan sehingga tahun 2003.

Institusi Raffles kini mempunyai 1,900 orang murid dan hanya menerima 2-3% daripada murid-murid di Singapura berdasarkan Peperiksaan Berhenti Sekolah Rendah (PSLE). Sebilangan besar murid-murid Pendidikan Bergeliga Singapura (1% daripada murid-murid di seluruh negara) diajar dalam kelas-kelas khusus di sekolah ini.

Alumni yang terkenal sunting

Dari Singapura sunting

Dari Malaysia sunting

Pautan luar sunting