InuYasha (犬夜叉), ( judul penuh dalam bahasa Jepun Sengoku Otogi Zōshi InuYasha, 戦国お伽草子ー犬夜叉), ataupun dalam bahasa Malaysia, InuYasha, Kisah Dongeng Feudal merupakan judul manga ataupun anime Jepun berbentuk shōnen, pengembaraan romantis dan komedi yang merupakan karya Rumiko Takahashi. Kisahnya mengenai pengembaraan seorang gadis yang sedang belajar di sekolah tinggi era moden, Kagome Higurashi, seorang gadis yang boleh merentasi zaman silam melalui perigi misteri di rumahnya. Kagome ialah kelahiran semula, bagi Kikyo dan oleh sebab itu Kagome mempunyai kuasa istimewa. Kagome telah ditakdirkan bertemu dengan Inuyasha di zaman silam dan menggembara bersama-sama untuk mengumpulkan serpihan Shikon No Tama (Permata Shikon).

InuYasha
Watak-watak yang terdapat dalam siri Inuyasha
GenrePengembaraan, Komedi, Drama, Fantasi, Sejarah, Romantik, Shōnen
Diciptakan olehRumiko Takahashi
Manga
PengarangRumiko Takahashi
PenerbitJepun Shogakukan
Penerbit LainKanada Amerika Syarikat VIZ Media

Brazil Editora JBC
Perancis Kana
Finland Egmont Kustannus
Sepanyol Glénat
Jerman Egmont
Norway Egmont Serieforlag
Indonesia Elex Media Komputindo
Mexico Editorial Vid


Israel Aruts Hayeladim
Majalah AsalWeekly Shōnen Sunday
Tarikh Pengeluaran13 November 199618 Jun 2008
Jilid156
Siri televisyen anime
PengarahMasashi Ikeda (1-44) Yasunao Aoki (44 - 167)
StudioSunrise
Penyiaran AsalBrazil Cartoon Network
Jepun Animax, Nippon TV
Hong Kong Taiwan India Pakistan Afrika Selatan Animax


Amerika Syarikat Cartoon Network/Adult Swim
Kanada YTV
United Kingdom BBC
Republik Ireland RTE
Israel Arutz Hayladim
Syria Emiriah Arab Bersatu Spacetoon
Perancis NT1
Itali MTV Italia, Rai 2
Norway TV2
Finland MTV3
Sepanyol Antenna 3, K3, TVG, ETB1
Portugal SIC
Argentina Brazil Mexico Panama Cartoon Network
Chile Chilevisión
Australia ABC , 7
Filipina ABS-CBN , Hero TV, TV5
Latvia Moldova Rusia Ukraine Lithuania Belarus Estonia MY3TB
Korea Selatan Champ TV Tooniverse
Hungary A+, RTL Klub
Indonesia Indosiar, TV7, Spacetoon, RTV
Jerman Switzerland Austria RTL II


Malaysia NTV7, TV9
Tarikh tayangan16 Oktober 200013 September 2004
Episod1167
Siri televisyen anime
InuYasha: The Final Act (Akta Akhir)
PengarahYasunao Aoki
Skrip/PenulisKatsuyuki Sumisawa
StudioSunrise
Penyiaran AsalJepun Yomiuri TV, Nippon TV
MalaysiaSingapuraFilipina Animax
Tarikh tayangan3 Oktober 200929 Mac 2010
Episod1~26
Senarai Filem
  1. Filem InuYasha: Pemikiran yang Melangkaui Masa
  2. Filem InuYasha: Kota Impian Tersembunyi dalam Cermin
  3. Filem InuYasha: Pedang yang Menguasai Dunia
  4. Filem InuYasha: Kepulauan Guren Horai
Portal Anime dan Manga

Terdapat 167 episod anime ini telah dihasilkan oleh Sunrise Inc. yang mulanya disiarkan di Nippon TV di Jepun sejak 16 Oktober 2000 hingga 13 September 2004. Biarpun episod terakhirnya mencecah 167 episod, namun siri anime ini tergantung dan tiada penyelesaiannya. Maka siri baru, iaitu Inuyasha Kanketsuhen (犬夜叉完結編, InuYasha Akta Akhir)[1] sebanyak 26 episod telah dihasilkan untuk mencari penamat kepada jalan keseluruhan cerita. Terdapat manga, filem serta permainan turut dihasilkan. Siri anime ini pernah disiarkan di Malaysia menerusi saluran Ntv7, hanya selama setahun dan juga di TV9 selama beberapa bulan.

Siri ini dinamakan berasaskan watak utamanya, InuYasha. Nama "InuYasha" bermaksud "syaitan anjing". Inu () dalam bahasa Jepun bermaksud "anjing". Yasha (夜叉) pula merupakan istilah berkaitan agama Buddha yang merujuk kepada pahlawan syaitan.

Keistimewaan dan Penekanan sunting

Anime Inuyasha mempunyai banyak keistimewaan, antaranya :

  • Anime ini menekankan mengenai keberanian dalam mengharungi cabaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Contohnya Inuyasha, Kagome dan rakan rakan mereka yang lain sanggup bersusah payah bertarung demi mendapatkan Shikon No Tama dan menghapuskan Naraku.
  • Anime ini menekankan latar tempat, masa dan masyarakat era feudal iaitu di zaman Edo. Dengan ini penonton boleh mempelajari budaya Jepun yang unik.
  • Anime ini turut memperlihatkan ikatan kasih sayang hubungan kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. Contohnya biarpun Sesshomaru membenci Inuyasha, namun akhirnya Sesshomaru dapat menerima bahawa Inuyasha ialah adiknya. Begitu juga persahabatan antara Kagome dengan Miroku dan Sango.

Plot sunting

Bacaan lanjut: Senarai watak InuYasha.
 
Kikyo memanah Inuyasha

Siri Inuyasha bermula dengan pertempuran penduduk kampung era silam iaitu pada zaman Sengoku dengan seorang manusia separuh raksasa yang dipanggil sebagai hanyo. Hanyo tersebut ialah Inuyasha yang ingin mencuri Shikon No Tama dari biara kampung tersebut. Pada hari itu, Inuyasha gagal mengawal emosi dan difikirannya hanyalah ingin memperolehi permata tersebut. Serikandi terakhir yang merupakan seorang perempuan sihir ataupun miko iaitu Kikyo mempertahankan Shikon No Tama sehingga ke titisan darah terakhir. Kikyo memanah Inuyasha tepat di dadanya dan tubuh Inuyasha terikat dengan sumpahan. Sumpahan itu membuatkan Inuyasha tidur selama 50 tahun.

Kembali ke era moden, Higurashi Kagome yang merupakan seorang pelajar sekolah tinggi mempunyai sahabat yang ramai dan keluarga yang penyayang. Datuknya membuka kedai antik dan selalu bercerita kepada Kagome mengenai Shikon No Tama yang menjadi lagenda bagi sejarah Jepun. Kagome tidak meminati sejarah dan dia hanya bersikap acuh tak acuh apabila datuknya bercerita mengenai permata itu. Kagome mempunyai seorang adik lelaki bernama Sota dan seekor kucing comel dan gemuk bernama Buyo. Suatu hari Buyo bermain-main dengan Sota. Buyo melangkah masuk ke sebuah bilik lama di halaman rumah Kagome. Sota yang bimbangkan keselamatan Buyo cuba mencari Buyo. Namun dia tidak berani untuk melangkah ke bilik tersebut. Sota meminta bantuan Kagome untuk mencari Buyo. Kagome membuka pintu bilik tersebut dan mencari Buyo. Buyo akhirnya ditemui, namun begitu dengan tidak sengaja Kagome terjatuh ke dalam perigi yang terdapat di bilik tersebut.

 
Wajah Kikyo dan Kagome yang seiras

Dalam perigi tersebut, Kagome diserang oleh raksasa lipan gergasi. Kagome cuba melarikan diri dan dia menemui jalan keluar dari perigi tersebut. Apabila Kagome keluar daripada perigi itu, Kagome terkejut kerana terdapat hutan disekelilingnya dan rumahnya tiada di situ. Kagome cuba mencari jalan pulang dengan merayau-rayau di hutan itu. Secara tidak sengaja, Kagome terjumpa dengan sebatang pokok yang besar dengan seekor makhluk telah diikat di situ. Kagome cuba mendekati makhluk itu yang sedang tidur dalam keadaan yang aman, namun terdapat di dadanya telah dipanah dengan busur. Kagome menarik keluar panah itu, dan serta merta sumpahan yang telah diikat selama 50 tahun telah dileraikan kembali. Makhluk tersebut yang merupakan Inuyasha mula bangun dan terkejut melihat wajah Kagome yang seiras dengan wajah Kikyo.

Makhluk raksasa yang mengejar Kagome di perigi itu kembali mengejar Kagome. Inuyasha mula menyerang dan menyelamatkan Kagome. Raksasa itu inginkan Shikon No Tama yang tertanam dalam tubuh Kagome. Ini adalah kerana Shikon No Tama dibakar dan dikebumikan bersama-sama dengan mayat Kikyo. Kagome pula kelahiran semula bagi Kikyo dan oleh sebab itu Shikon No Tama berada dalam tubuhnya. Semasa berlawan dengan raksasa tersebut, tiba-tiba Shikon No Tama keluar daripada tubuh Kagome. Namun begitu, Inuyasha berjaya mengalahkan rasaksa tersebut dan Kagome menetap di rumah Kaede. Kaede ialah adik kepada Kikyo. Dia merupakan seorang miko tua yang telah lama hidup di dunia itu. Kaede percaya bahawa Kagome ialah kelahiran semula kakaknya. Kemudiannya Shikon No Tama dicuri oleh seekor raksasa gagak Shibugarasu. Kagome dengan pantas cuba memanah burung tersebut namun akhirnya panahnya terkena Shikon No Tama menyebabkan permata itu pecah dan bertaburan di seluruh tempat. Dengan peristiwa itu, bermulalah pengembaraan Inuyasha dan Kagome dalam mencari serpihan permata Shikon No Tama bersama-sama.

 
Sesshomaru bertarung dengan Inuyasha

Inuyasha seringkali bermimpi mengenai ibunya yang telah mati. Ibunya yang bernama Izayoi, ialah seorang puteri yang cantik bagi kerajaan di dunia itu. Namun begitu, kelahiran Inuyasha ditentang hebat oleh kerabat diraja manusia kerana Inuyasha ialah separuh manusia dan raksasa. Ayahnya ialah Inu No Taisho yang merupakan pemerintah tertinggi bagi kerajaan langit ataupun pemerintah tertinggi bagi kaum rasaksa yang disebut sebagai Yokai. Inuyasha mempunyai ibu tiri dan abang tiri yang bernama Sesshomaru. Sesshomaru sering memburu Inuyasha kerana inginkan pedang Tessaiga yang dikatakan pedang terhebat milik ayahnya, Inu No Taisho. Inu No Taisho mewariskan pedang yang disayanginya, Tessaiga kepada Inuyasha dan pedang kecilnya, Tenseiga kepada Sesshomaru. Sesshomaru merasakan ayahnya tidak adil kerana dia yang sepatutnya mendapat Tetsusaiga kerana dia ialah anak sulung dan juga berdarah rasaksa bangsawan penuh iaitu Daiyokai, Raksasa Sepenuh.

Dalam pengembaraan itu juga, Inuyasha bertemu dengan Miroku yang mempunyai Kazaana, kuasa yang mampu menyerap kesan daripada sumpahan yang telah diturunkan oleh Naraku kepada datuknya. Seluruh kehidupannya ialah untuk mencari dan memusnahkan Naraku demi membalas dendam terhadap keluarganya. Sango pula ialah seorang perempuan yang kuat. Dia memburu rasaksa bersama ahli keluarganya demi menampung keperluan hidup mereka. Namun pada suatu malam, Sango dan keluarganya telah diperdaya dan dibunuh kejam oleh Naraku. Hanya Sango yang berjaya meloloskan diri, manakala adiknya Kohaku meninggal dunia namun dibangunkan kembali oleh Naraku dengan menggunakan kuasa serpihan Shikon No Tama. Sango juga memburu dan ingin membunuh Naraku. Shippo pula ialah raksasa rubah yang kehilangan ayahnya akibat dibunuh oleh orang bawahan Naraku. Oleh sebab matlamat mereka adalah sama maka Inuyasha, Kagome, Sango, Miroku dan Shippo bekerjasama dalam mengumpulkan serpihan Shikon No Tama dan membunuh Naraku.

Watak Perwatakan sunting

Watak Utama sunting

 
Inuyasha separuh raksasa

Inuyasha sunting

犬夜叉 Syaitan Anjing

Inuyasha ialah watak utama bagi siri animasi ini. Dia merupakan anak kepada seorang puteri yang cantik bernama Izayoi dari dunia manusia dan anak kepada ketua pemimpin ataupun pemerintah tertinggi dari dunia rasaksa, iaitu Inu No Taisho dalam Bahasa Malaysia, Ketua Anjing. Jadi, Inuyasha ialah hanyo (separuh raksasa) yang telah terikat di sebuah pokok besar selama 50 tahun kerana dipanah oleh Kikyo akibat perbuatan Inuyasha yang ingin mencuri Shikon No Tama. Suatu masa dahulu, Inuyasha sebenarnya jatuh cinta kepada Kikkyo namun hubungan mereka hancur kerana perbuatan jahat Naraku yang menyamar sebagai Inuyasha dan menikam Kikyo dari belakang. Begitu juga dengan Inuyasha, Naraku menyamar sebagai Kikyo dan memanah Inuyasha. Kedua-duanya tidak mengetahui pekara sebenar merasakan cinta mereka dikhianati dan menyerang satu sama lain. Kikyo menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memanah Inuyasha. Kemudian Inuyasha bertemu dengan Kagome dan dia jatuh cinta terhadap Kagome. Di akhir episod Inuyasha Kanketsuhen mereka akhirnya berkahwin. Inuyasha merupakan pemilik pedang Tessaiga yang sebelum ini milik ayahnya. Matlamat Inuyasha ialah untuk mengalahkan Naraku untuk membalas dendam terhadap kematian Kikyo dan Inuyasha inginkan Shikon No Tama untuk menjadi raksasa sejati.

Inuyasha mempunyai personaliti yang pincang kerana darahnya separuh raksasa di mana kehidupan dan jiwanya mempunyai sisi gelap yang ingin menjadi rasaksa sepenuhnya. Namun begitu, setelah bertemu dengan Kagome, Miroku, Sango dan Shippo Inuyasha mula menghargai kehidupannya sebagai manusia dan jiwanya mula menyayangi dan ingin melindungi mereka yang penting buatnya. Semakin lama bersama kawan-kawannya, ikatan persahabatan yang kuat mula dibina dan matlamatnya untuk menjadi sepenuh rasaksa mula terhapus. Inuyasha ingin menjadi kuat dengan memahami kekuatan yang sebenar, iaitu menjadi kuat untuk melindungi mereka yang penting kepada dirinya. Inuyasha gemar bergaduh dengan Kagome, namun menyimpan perasaan terhadap Kagome. Brbeza dengan Kikyo, Inuyasha bersikap serius dan perasaan cinta terhadap Kikyo hampir terhapus. Inuyasha bersikap kebudak-budakkan terutamanya dengan Koga iaitu seekor serigala jadian. Inuyasha cemburu kerana Koga menaruh perasaan terhadap Kagome. Begitu juga ketika bertarung dengan Sesshomaru, Inuyasha banyak cakap dan mengutuk Sesshomaru. Mereka bertarung dengan serius, namun akhirnya ikatan kekeluargaan iaitu kasih sayang adik dan abang membuatkan Sesshomaru dapat menerima Inuyasha.

Inuyasha berpakaian tradisional Jepun yang berwarna merah. Dia mempunyai rambut kelabu yang cantik, berwarna perak sama seperti abangnya, Sesshomaru. Inuyasha juga mempunyai telinga yang kelihatan seperti telinga kucing. Namun begitu, Inuyasha akan berubah menjadi manusia apabila bulan memasuki fasa baru. Rambutnya akan menjadi hitam dan telinga kucingnya akan berubah menjadi telinga manusia.

Higurashi Kagome sunting

日暮かごめ Matahari Terbenam Sangkar Mata [2]

Miroku sunting

弥勒 Maitreya

Sango sunting

珊瑚 Terumbu Karang

Perkembangan sunting

Rumiko Takahashi menulis siri Inuyasha selepas selesai menulis siri Ranma ½. Hasil karyanya melalui Inuyasha tampak kontra dengan siri karyanya yang lain, di mana siri Inuyasha ini menumpukan kisah yang lebih gelap, tragis, dan misteri berbanding hasil karyanya yang terdahulu lebih kepada komedi. Siri Inuyasha menekankan zaman era Sengoku, di mana peperangan selalunya tercetus. Untuk melakar, pelukis memerlukan pemahaman yang mendalam mengenai pakaian samurai dan juga bentuk susun atur istana dan rumah zaman lama. Pada bulan Jun 2001, biarpun Inuyasha telah tamat ditayangkan, namun Rumiko masih belum memberi kata putus mengenai hubungan Inuyasha dan Kagome. Oleh itu, dalam siri Inuyasha : Akta Akhir ataupun lebih dikenali dengan Inuyasha The Final Act, Rumiko secara jelasnya menunjukkan Inuyasha dan Kagome terus hidup bersama.

Media sunting

Manga sunting

Bacaan lanjut: Senarai bab InuYasha.

Ditulis dan diilustrasikan oleh Rumiko Takahashi, mangga Inuyasha telah dipaparkan di Jepun pada 13 November 1996 melalui Weekly Shōnen Sunday dan ianya sampai ke penamat pada 18 Jun 2008. Setiap bab telah di terbitkan oleh Shogakukan di mana kesemuanya mengandungi 56 tankobon volumes. Volume pertamanya dipaparkan pada Mei 1997 dan volume terakhir dipaparkan pada Februari 2009.

Anime sunting

InuYasha sunting

Bacaan lanjut: Senarai animasi InuYasha.

Adaptasi pertama bagi siri Inuyasha telah dihasilkan oleh Sunrise di Jepun saluran Animax pada 16 Oktober 2000. Sebanyak 167 episod telah ditayangkan sehinggalah ke siri akhir yang tamat pada 13 September 2004. Ia juga ditayangkan di saluran Yomiuri TV dan Nippon Television. Untuk saluran Asia Timur dan Asia Selatan, Inuyasha ditayangkan melalui saluran Animax English Language Network @ Animax Rangkaian Bahasa Inggeris. Aniplex telah menggumpulkan kesemua episod di mana kesemuanya mempunyai 7 siri DVD volume dihasilkan di Jepun antara 30 Mei 2001 sehingga 27 Julai 2005. Inuyasha diulang tayang di saluran Toonami pada akhir 2012. Di Malaysia, Inuyasha buat kali pertamanya di tayangkan di saluran ntv7 pada setiap Jumaat. Inuyasha kemudiannya diulang tayang di saluran TV9 pada setiap Khamis, jam 7:00 petang.

InuYasha : Akta Akhir sunting

Bacaan lanjut: Senarai animasi InuYasha : Akta Akhir.

Pada 2009, isu ke 34 bagi Weekly Shōnen Sunday telah diterbitkan pada 22 Julai 2009 secara terangnya mengumumkan bahawa terdapat 26 episod adaptasi daripada volume ke 36 yang telah dibuat oleh krew yang asal dan ditayangkan di YTV Japan. Untuk minggu yang seterusnya, Viz Media telah mengumumkan bahawa siri Inuyasha Kanketsuhen (犬夜叉完結編, InuYasha Akta Akhir) telah dilesenkan. Siri ini ditayangkan buat kali pertamanya pada 3 Oktober 2009 di Jepun. Anime ini tamat pada 29 Mar 2010. Aniplex menggumpulkan siri ini dan DVD nya telah dikeluarkan antara 23 Disember 2009 sehingga 23 June 2010.

Filem sunting

Anime InuYasha secara keseluruhannya mempunyai 4 filem yang menekankan plot asli daripada meniru terus daripada Manga. Filem ini ditulis oleh Katsuyuki Sumisawa. Filem ini juga dikeluarkan dengan adanya penterjemahan Bahasa Inggeris dan terdapat suara latar bahasa Inggeris yang dihasilkan oleh Viz Media. Toshiya Shinohara yang bertindak sebagai pengarah bagi keempat-empat filem ini. Untuk filem yang pertama, berjudul Filem InuYasha: Pemikiran yang Melangkaui Masayang dikeluarkan di Jepun pada 16 Disember 2001. Dalam filem yang pertama ini, InuYasha, Kagome, Shippo, Sango dan Miroku menghadapi Menomaru yang merupakan musuh syaitan yang dibawa kembali untuk hidup oleh permata Shikon No Tama. Dalam filem kedua, Filem InuYasha: Kota Impian Tersembunyi dalam Cermin yang dikeluarkan pada 21 Disember 2002, kumpulan InuYasha mengalahkan Naraku dan kembali kepada kehidupan asal mereka. Mereka perlu mengalahkan musuh yang terbaru bernama Kaguya. Untuk filem yang ketiga, Filem InuYasha: Pedang yang Menguasai Dunia dikeluarkan pada 20 Disember 2003, mengisahkan mengenai pedang ketiga milik Inu No Taisho yang dikenali sebagai So'unga telah dilepaskan daripada kurungan dan berupaya memusnahkan dunia memaksa InuYasha dan abangnya Sesshomaru untuk bekerjasama dan menghentikan pedang itu. Untuk filem keempat, Filem InuYasha: Kepulauan Guren Horai, yang dikeluarkan pada 23 Disember 2004, mengisahkan InuYasha dan sahabatnya menyelamatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kepulauan misteri Houraijima yang mempunyai syaitan yang sangat berkuasa dikenali Empat Raja Peperangan, "The Four War Gods".

OVA sunting

Selama tempoh 30 minit, Original Video Animation (OVA), Tetsusaiga Hitam, Black Tetsusaiga (黒い鉄砕牙 Kuroi Tetsusaiga?) telah ditayangkan pada 30 Julai 2008. Episod itu menggunakan suara seiyuu asli daripada siri asal. Untuk DVD dan format Blu-ray pula telah dikeluarkan pada 20 Oktober 2010.

Permainan video sunting

Tiga permainan video yang mengikut siri asal telah dikeluarkan untuk WonderSwan: InuYasha: Kagome no Sengoku Nikki (犬夜叉 〜かごめの戦国日記 InuYasha: Peperangan Dimensi Diari Kagome?), InuYasha: Fūun Emaki (犬夜叉 風雲絵巻?) and InuYasha: Kagome no Yume Nikki (犬夜叉 かごめの夢日記 InuYasha: Diari Mimpi Kagome?). Satu judul, InuYasha: Naraku no Wana! Mayoi no Mori no Shōtaijō (犬夜叉〜奈落の罠!迷いの森の招待状 InuYasha: Perangkap Naraku, Ajakan ke Hutan Ilusi?), telah dihasilkan untuk Game Boy Advance pada 23 Januari 2002 di Jepun. Inuyasha juga telah diadaptasi kepada permainan untuk telefon mudah alih pada 21 Jun 2005. Permainan kad juga yang menggunakan bahasa Inggeris telah dihasilkan pada 20 Oktober 2004.

2 judul yang telah dihasilkan untuk PlayStation, InuYasha dan Inuyasha : Kisah Dongeng zaman Feudal yang kemudiannya dikeluarkan di Amerika Utara. Untuk PlayStation kedua, sebanyak 2 permainan dikeluarkan iaitu InuYasha : Rahsia Topeng yang Disumpah dan InuYasha : Pertarungan Feudal yang juga mempunyai versi bahasa Inggeris. InuYasha : Rahsia Permata Suci pula dikeluarkan untuk Nintendo DS pada 23 Januari 2007. InuYasha juga muncul dalam permainan video Sunday VS Magazine: Shuuketsu! Choujou Daikessen! sebagai watak permainan.

Novel sunting

Shogakukan telah menerbitkan sebuah novel yang dinamakan Shosetsu InuYasha (小説犬夜叉) ditulis oleh Tomoko Konparu dan diilustrasi oleh Rumiko Takahashi.

Siri aksi langsung sunting

Siri aksi langsung The Holy Pearl yang dilakonkan oleh Gilian Chung dan Purba Rgyal merupakan siri yang diadaptasi daripada manga InuYasha.

Aksi langsung sunting

Aksi langsung dilakukan oleh orang Jepun yang berjudulkan InuYasha telah ditayangkan di Akasaka ACT Theater di Tokyo semasa siri anime yang pertama dihasilkan.

Resepsi sunting

Pada Jun 2008, manga InuYasha telah terjual sebanyak 43 juta di Jepun sahaja. Manga ini menduduki tangga teratas dalam senarai jualan. Pada tahun 2001, manga ini telah memenangi Shogakukan Manga Award untuk Judul Shonen manga terbaik pada tahun itu. Di Amerika Utara, volume manga InuYasha telah muncul dalam New York Times dan dalam Senarai Jualan Terlaku bagi Diamond Distribution. Pada tahun 2005, InuYasha merupakan siri yang paling dicari mengikut Lycos. Siri animasi InuYasha telah berada di tangga kedua puluh oleh TV Asahi daripada seratus animasi siri pada 2006 berdasarkan tinjauan secara online. Dalam Anime Awards ICv2 dari tahun 2004 dan 2005, siri InuYasha telah dinobatkan sebagai juara dalam kategori "Property of the Year". Dalam Anime Grand Prix InuYasha telah seringkali muncul dalam kategori Anime Terbaik, dan menduduki tempat ketiga pada 2003.

Keempat-empat filemnya telah mendapat kutipan sebanyak lebih US$20 million dan tergolong dalam Japanese Box Office. Dalam American Anime Awards daripada 2007, Inuyasha telah berada dalam kategori Best Cast, Best Anime Feature dan Best Long Series. DVD Bahasa Inggeris telah terjual lebih 1,000,000 salinan sejak tayangan filem pertama. Pada November 2004, Viz telah mengumumkan bahawa mereka telah menjual DVD Inuyasha sebanyak sejuta.

Rujukan sunting

  1. ^ InuYasha Wiki-InuYasha Kanketsuhen (Bahasa Malaysia).
  2. ^ (Bahasa Cina) Baidu Baike-Lagu Sangkar Mata. Dalam laman ini banyak berkaitan dengan asal usul nama Kagome