Ip Man adalah sebuah filem aksi seni bela diri dari Hong Kong tahun 2008. Filem ini diarahkan oleh Wilson Yip dan ditulis oleh Edmong Wong. Antara pelakonnya ialah Donnie Yen, Simon Yam, Lynn Hung, Hiroyuki Ikeuchi dan ramai lagi.

Ip Man
Fail:Ipman.jpg
PengarahWilson Yip
PenulisEdmond Wong
Dihasilkan olehRaymond Wong
DibintangiDonnie Yen
Simon Yam
Lynn Hung
Gordom Lam
Fan Siu-wong
Xing Yu
Cheng Zhihiu
Hiroyuki Ikeuchi
SinematografiO Sing-pui
Disunting olehCheung Ka-fai
Tarikh tayangan
18 Disember 2008
Masa tayangan
108 Minit
NegaraHong Kong
BahasaKanton
Jepun
Mandarin
BajetUS$11,715,578

Sinopsis sunting

Kisahnya bermula di sebuah kota Foshan di China pada era 1930-an. Terdapat seorang ahli kungfu yang bernama Ip Man yang tinggal bersama isteri dan anak lelakinya. Walaupun memiliki ilmu yang tinggi, Ip Man tidak tertarik untuk menunjukkan ilmunya dan lebih suka low profil. Walaupun Foshan adalah kota gudangnya para ahli kungfu dan banyak perguruan silat dibuka di sana, tetapi sengaja Ip Man tidak tertarik untuk menerima murid.

Namun kehidupan bahagia keluarga Ip Man telah berakhir setelah Jepun menguasai China pada tahun 1937. Hal ini berpengaruh besar kehidupan kota foshan dan terutamanya Ip Man yang harus kehilangan rumah kerana dijadikan markas tentera jepun. Ip Man yang dulunya seorang yang kaya kini haris menjadi buruh di sebuah tambang batu bara demi menyara kehidupan isteri dan anaknya. Di sana ia melihat ketidakadilan yang menima para buruh.

Ternyata Ip Man harus mengeluarkan ilmunya untuk mengalahkan para ahli seni bela diri Jepun yang telah membunuh para buruh kerana sebuah kantong beras yang direbut dalam ajang kungfu. Melihat kehebatan Ip Man, Jeneral Miura dari pasukan jepun menjadi bernafsu untuk mengalahkan Ip Man di arena pertarungan. Sementara itu, Ip Man melatih para buruh pembuat kapas supaya boleh menghadapi para pencuri yang ternyata di pimpin seseorang jaguh kungfu yang pernah dikalahkan Ip Man pada masa lalu.

Pelakon sunting

  • Donnie Yen sebagai Ip Man
  • Wenwen Han sebagai Cheung Wing-sing, isteri Ip Man
  • Simon Yam sebagai Chow Ching-cheun
  • Fan Siu-wong sebagai Kham Shan-chu
  • Hiroyuki Ikeuchi sebagai Miura
  • Gordon Lam sebagai Li Chiu
  • Xing Yu sebagai Master Lam Zealot
  • Wong Yu-nam sebagai Yuan

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting