Iroha (Jepun: 伊呂波, いろは) adalah sajak berbahasa Jepun yang kemungkinan besar ditulis pada zaman Heian (794–1179M). Pada awalnya, biksu pengasas aliran Shingon iaitu Kukai diduga sebagai pengkarya puisi ini, tetapi penyelidikan lanjut menunjukkan bahawa penulisan karya ini lebih lewat menjauhi perkiraan zaman tersebut.[1] Tulisan terkini yang menunjukkan keberadaannya bertahun 1079 M.

Sajak ini terkenal kerana karangannya yang terdiri penuh daripada semua aksara digunakan dalam menulis bahasa Jepun. Maka, sajak ini juga digunakan sebagai urutan menyusun tersebut sepertimana yang diperlakukan aksara Jawa dengan sajak "Hanacaraka"-nya.

Teks sunting

Tidak seperti puisi tradisional Jepun yang tiap barisnya berganti antara lima dan tujuh mora, Iroha biasanya dituliskan dengan tiap baris terdiri dari tujuh mora kecuali baris terakhir.[2] Sajak ini ditulis menggunakan hiragana (termasuk aksara usang dan , tetapi tanpa penanda konsonan berbunyi):

Manyōgana asal Padanan
hiragana
Perumian Padanan
kanji dan kana
Tafsiran
以呂波耳本部止
千利奴流乎和加
餘多連曽津祢那
良牟有為能於久
耶万計不己衣天
阿佐伎喩女美之

恵比毛勢須

いろはにほへと
ちりぬるをわか
よたれそつねな
らむうゐのおく
やまけふこえて
あさきゆめみし

ゑひもせす

i ro ha ni ho he to
chi ri nu ru wo wa ka
yo ta re so tsu ne na
ra mu u wi no o ku
ya ma ke fu ko e te
a sa ki yu me mi shi

we hi mo se su

色は匂へど
散りぬるを
我が世誰ぞ
常ならむ
有為の奥山
今日越えて
浅き夢見じ

酔ひもせず

[Sedangkan] yang puspawarna (bunga-bunga)
tetap berguguran jua,
manalah siapa-siapa di dunia kita
yang boleh kekal [selamanya]?
Ke gunung-ganang ubahan
hari ini kita daki,
tidak bermimpi cetek [sia-sia]

apatah lagi kemabukan.

Rujukan sunting

  1. ^ Abé, Ryūichi (2000). The Weaving of Mantra: Kūkai and the Construction of Esoteric Buddhist Discourse. Columbia University Press. m/s. 392.
  2. ^ Ibid., halaman 397