Iron Man (filem 2008)

Iron Man ialah filem berdasarkan watak Marvel Comics Iron Man. Filem ini diarahkan oleh Jon Favreau dan membintangi Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Terrence Howard, dan Jeff Bridges. Dijangkakan untuk keluaran pada 2 Mei 2008 dalam Amerika Syarikat, ia ditayangkan di pawagam-pawagam secara serentak di Malaysia pada 30 April 2008[5].

Iron Man
Poster
PengarahJon Favreau
PenulisLakon layar:
Arthur Marcum
Matthew Hollaway
Mark Fergus
Hawk Ostby
Buku komik:
Stan Lee
Larry Lieber
Don Heck
Jack Kirby
Dihasilkan olehAvi Arad
Kevin Feige
DibintangiRobert Downey Jr.
Terrence Howard
Gwyneth Paltrow
Jeff Bridges
SinematografiMatthew Libatique
Muzik olehRamin Djawadi[3]
Diedarkan olehParamount Pictures (Negara berbeza)
Columbia Pictures (Sepanyol, Jepun)
Marvel Studios (jualan seluruh dunia)
Tarikh tayangan
30 April 2008[1][2]
 Amerika Syarikat 2 Mei 2008
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$140 juta[4]
Pecah panggung$585,174,222[4]

Sinopsis sunting

Tony Stark, pengerusi syarikat senjata Stark Industries, diserang hendap oleh sekumpulan pengganas semasa di Afghanistan selepas demonstrasi senjata terbaru keluaran Stark Industries iaitu Peluru Berpandu Jericho di hadapan pasukan tentera Amerika Syarikat. Semasa dalam tahanan, Stark dengan bantuan Dr. Yinseng merekacipta satu sut perisai keluli lengkap bersenjata serta ditenagai reaktor arka mini bagi membolehkan mereka melarikan diri. Stark berjaya melarikan diri dengan sut itu tetapi Dr. Yinseng terkorban semasa cuba melindungi Stark semasa dia hampir selesai menyempurnakan rekaan sut itu.

Setelah kembali ke Amerika Syarikat, Stark membuat kejutan dengan pengumuman pemberhentian aktiviti membuat senjata tetapi ditentang hebat ahli lembaga pengarah yang lain. Untuk menebus kesilapannya yang menyebabkan senjata tersebut jatuh ke tangan pengganas, dia merekabentuk sut perisai yang lebih sempurna. Dalam satu majlis, Stark dikejutkan dengan gambar-gambar senjata buatan Stark Industries yang dimiliki kumpulan pengganas. Dia juga mendapat tahu bahawa rakan kongsinya, Obadiah Stane, mengkhianati syarikat dengan menjual senjata buatan Stark Industries kepada kumpulan pengganas secara haram.

Seterusnya, Stark menghantar pembantunya yang paling setia iaitu Pepper Potts untuk menggodam sistem maklumat syarikat bagi mengesan sebarang aktiviti penghantaran senjata haram kepada pengganas. Semasa menggodam, Potts mendapati rupa-rupanya Stane memang mengupah kumpulan pengganas tersebut untuk membunuh Stark. Lebih teruk lagi, Stane turut mencuri reka bentuk prototaip sut perisai asal Stark di Afghanistan serta membuat kejuruteraan undur untuk membuat sut versinya sendiri. Dalam klimaks filem tersebut, Stark berlawan dengan Stane di dalam sut perisai masing-masing dan akhirnya berjaya mengalahkan Stane.

Para pelakon sunting

Sekuel sunting

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.cinemaonline.com.my/movie/movie.asp?search=ironman
  2. ^ star-ecentral.com/movies/movie.asp?id=1517
  3. ^ "Djawadi to Compose the Iron Man Score". SuperHeroHype.com. 2007-10-16. Dicapai pada 2007-10-17. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ a b "Iron Man (2008)". Box Office Mojo. Dicapai pada 2009-07-01.
  5. ^ http://www.cinemaonline.com.my/movie/movie.asp?search=ironman

Pautan luar sunting