Islam merupakan agama yang terbesar di Bahrain, dengan kira-kiranya 70% penduduknya mengamalkan ajaran Islam. Walaupun tidak ada bancian rasmi mengenai peratusan mazhab di Bahrain, secara tidak rasminya Bahrain terdiri dari 60-70% Syiah dan 40-30% Sunni. Bahrain merupakan antara empat negara yang majoriti Syiah selepas Iran, Iraq dan Azerbaijan. Mazhab Syiah di Bahrain kebanyakannya dari cabang Imamiyyah. Sunni di Bahrain adalah dari mazhab Maliki terutama sekali bagi kerabat diraja Bahrain iaitu Al-Khalifa. Kaum Hola, antara kaum kecil di Bahrain kebanyakannya menganut sekolah Syafii dan pekerja yang beragama Islam dari Asia Selatan menganut sekolah Hanafi.

Lihat juga sunting