Ismail Abd Muttalib

Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib merupakan ahli politik Malaysia dari parti UMNO dibawah Barisan Nasional dalam komponen pemerintahan parti Perikatan Nasional (PN) dan kini beliau menyandang jawatan baru sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 10 Mac. Sebelum menceburi bidang Politik, beliau merupakan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Pejabat Daerah Jerantut, Pahang. Beliau mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang pentadbiran kerajaan dan amat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan. Minat beliau dalam aktiviti sukarela tertanam sejak di bangku sekolah dan ia merupakan titik tolak permulaan penglibatan beliau di dalam arena politik.

Yang Berhormat Dato' Sri Dr.

Haji Ismail Haji Abd. Muttalib

SSAP, JMN, DSAP, DIMP, PPN, SAP, AAP, AMP, PKC
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Maran, Pahang
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
2004 – 10 Oktober 2022
Didahului olehMuhammad Abdullah
Timbalan Menteri
Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriIsmail Sabri Yaakob
MenteriReezal Merican Naina Merican
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
MenteriYang Berhormat Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin
Didahului olehYang Berhormat Mulia Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad
Kawasan pilihan rayaMaran
Butiran peribadi
Lahir (1954-12-01) 1 Disember 1954 (umur 69)
Maran, Pahang
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (-2022)
Parti Islam Se-Malaysia (2022-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional Barisan Nasional (BN) (-2022)
Perikatan Nasional (PN) (2022-kini)
PasanganDatin Sri Dato’ Hajah Fatimah Haji Kassim
Anak-anak6
PekerjaanAhli Politik
GajiRM41,796.89 sebulan[1]
Nilai bersihRM2. ke 5 juta[1]

Latar Belakang sunting

Dilahirkan di Kampung Pantai, Chenor, Maran, Pahang, anak kedua daripada 5 orang adik beradik ini merupakan seorang yang amat mudah didekati kerana sifat mesra beliau. Bapanya, Haji Abd. Muttalib bin Haji Omar (lahir 1931) merupakan seorang Pesara Guru Agama dan Ibunya Allahyarhamah Hajah Habsah binti Haji Arshad (1936–2008) merupakan seorang Suri Rumah. Anak jati Maran, Pahang ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chenor. Kemudian beliau telah bersekolah di Sekolah Agama Chenor dan Sekolah Agama Al-Ihsan di Kuantan, Pahang. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor sebelum menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Telah berkahwin dengan dengan Datin Hajah Fatimah binti Haji Kassim dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Kerjaya sunting

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau telah berkhidmat di Sektor awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Pejabat Daerah Jerantut, Pahang selama 2 tahun sebelum bertukar ke Unit Perkhidmatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang di Kuantan Pahang (SUK Pahang). Di SUK Pahang beliau telah menjawat pelbagai jawatan dan tugas di beberapa Unit berlainan dari tahun 1982 hingga 1988. Beliau kemudian berkhidmat di beberapa Jabatan dan Agensi lain di negeri pahang dan menjawat pelbagai Jawatan Penting seperti Pengarah Cawangan di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Penolong Pegawai Daerah Maran, Pemangku Pengurus Besar Yayasan Pahang, Timbalan Pengurus besar Yayasan Basmi Kemiskinan dan yang terakhir sebagai Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang sebelum membuat keputusan menceburi bidang politik pada tahun 2004.

Keputusan pilihan raya sunting

Parliamen Malaysia: P86 Maran, Pahang[2]
Tahun Kerajaan Undian Peratusan Pembangkang Undian Peratusan
2004 Ismail Muttalib (UMNO) 15,725 63% Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS) 8,483 34%
2008 Ismail Muttalib (UMNO) 15,868 62% Mujibur Rahman Ishak (PAS) 9,227 36%
2013 Ismail Muttalib (UMNO) 19,249 59% Mujibur Rahman Ishak (PAS) 12,774 39%
2018 Ismail Muttalib (UMNO) 16,064 49% Hasenan Haron (PAS) 12,301 38%
Ahmad Farid Ahmad Nordin (PPBM) 4,360 13%

Pilihan raya Malaysia 2008 sunting

Di arena Politik, beliau mula menjadi Ahli UMNO pada tahun 1982. Pada tahun 2004 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Maran hingga tahun 2007. Beliau juga merupakan Pengerusi Biro Ekonomi dan Disiplin UMNO, Ketua Cawangan UMNO Chenor Seberang dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Maran. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ismail Bin Abd. Muttalib bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Maran , negeri Pahang. Ismail Bin Abd. Muttalib telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15868.

Calon lawan ialah Nasrudin Bin Hassan dari PAS mendapat 9,227 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 78.9 %. Undi rosak sebanyak 495.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, beliau sekali lagi diberi kepercayaan oleh Parti untuk mempertahankan kerusi yang disandang di Parlimen Maran. Beliau telah berjaya mempertahankan kerusi yang disandang dengan menewaskan lawan dari Parti PAS Mujibur Rahman bin Ishak dengan majoriti 6,475 undi.

Pada Pengumuman Barisan Kabinet baru Malaysia yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak, YB Dato' Hj. Ismail bin Hj. Abd. Muttalib telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia di Kementerian Sumber Manusia.

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 January 2010. Dicapai pada 8 January 2010. Includes Pilihan raya umum Malaysia 2004.
  3. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Dicapai pada 25 October 2018.
  4. ^ "Agong kurnia 282 darjah kebesaran". Bernama (dalam bahasa Malay). Sinar Harian. 21 November 2013. Dicapai pada 30 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Sultan of Pahang's 75th birthday honours list". The Star. 26 October 2005. Dicapai pada 30 October 2018.
  6. ^ "Artistes among those conferred titles in conjunction with Pahang Sultan's birthday". The Star. 24 October 2013. Dicapai pada 30 October 2018.

Lihat juga sunting