YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Ismail Haji Bakar adalah Ketua Setiausaha Negara yang telah dilantik pada 28 Ogos 2018[1] lalu bagi menggantikan penyandang terdahulu, Tan Sri Dr. Ali Hamsa. Sebelum itu, beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia[2] untuk tempoh yang singkat, menggantikan tempat Tan Sri Dr. Irwan Serigar Abdullah yang telah tamat kontrak perkhidmatannya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia pada 18 November 2014 lalu.[3]

YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr.

Ismail Haji Bakar

PMN; SSAP (Pah); DPSM (Mel); SMW (WP); PhD
Pengerusi
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan
Memegang jawatan
1 Februari 2024
Raja Johor Sultan Ibrahim
Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim
TimbalanDatuk Dr Prasad Sandosham Abraham
Didahului olehTan Sri Sidek Hassan
Ketua Setiausaha Negara ke-14
Dalam jawatan
28 Ogos 2018 – 31 Disember 2019
RajaSultan Muhammad V
Al-Sultan Abdullah
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Didahului olehAli Hamsa
Digantikan olehMohd Zuki Ali
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Dalam jawatan
12 Jun 2018 – 11 September 2018
Didahului olehIrwan Serigar Abdullah
Digantikan olehAhmad Badri Mohd Zahir
Butiran peribadi
Lahir (1960-01-19) 19 Januari 1960 (umur 64)
Batu Pahat, Johor
PasanganPuan Sri Jamaliah Othman
PendidikanPhD Federalisme Fiskal
Alma materUniversity of Hull
Universiti Malaya
AnugerahSenarai

Pendidikan sunting

Beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Ekonomi dengan Kepujian dari Universiti Malaya pada tahun 1983. Kemudian, beliau telah menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti off Hull, United Kingdom dan memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada tahun 1995. Akhirnya, beliau telah menyambung ke peringkat Doktor Falsafah di universiti yang sama dan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam Federalisme Fiskal pada tahun 2004.

Kerjaya sunting

Sehingga 2018, beliau telah berpengalaman selama 32 tahun dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau telah menyertai sektor perkhidmatan awam dalam bidang Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 13 Januari 1986. Pernah dilantik sebagai Pengarah Belanjawan, Pejabat Belanjawan Negara di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan Penasihat Kanan, Ibu Pejabat Bank Dunia dari 2008-201. Selain daripada itu, beliau juga adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia dari 2014-2015.[4]

Ketua Setiausaha Negara

Beliau telah mempertimbangkan untuk mengkaji usul Kenaikan Gaji Tahunan untuk 2018 oleh CEUPACS berdasarkan kedudukan ekonomi negara dan menyatakan akan mengambil masa satu hingga dua tahun sebelum sebarang keputusan boleh diambil.[5]

Anugerah sunting

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ismail Bakar dilantik KSN baharu
  2. ^ Dr. Ismail Bakar dilantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan
  3. ^ "Senarai KSU Kementerian 2016" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-10-10. Dicapai pada 2018-10-10.
  4. ^ Info kerjaya Ismail Haji Bakar
  5. ^ "Kerajaan kaji kenaikan gaji kakitangan awam". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-11. Dicapai pada 2018-10-10.