Istihlal (استحلال istiḥlāl, "pembolehan") dalam fikah bermaksud menghalalkan sesuatu yang disyariatkan haram. Ia adalah perkara yang dilarang untuk dilakukan dalam Islam kerana mengubah syariat yang telah ditetapkan Al-Quran dan sunah. Perkataan "istihlal" berasal daripada kata dasar ح-ل-ل yang bermaksud "urai", "selesai", "larut", "buka", "bebas" dan sebagainya.[1]

Pandangan dalam Islam sunting

Menurut agama Islam, kaedah fikah menetapkan segala yang wujud sebagai halal dan harus (dibolehkan), melainkan ada nas yang mengatakan sebaliknya. Dalam hadis Nabi, daripada Abdullah bin Abbas:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ كَانَ أَهْلُ الْجَاهِلِيَّةِ يَأْكُلُونَ أَشْيَاءَ وَيَتْرُكُونَ أَشْيَاءَ تَقَذُّرًا فَبَعَثَ اللَّهُ تَعَالَى نَبِيَّهُ وَأَنْزَلَ كِتَابَهُ وَأَحَلَّ حَلاَلَهُ وَحَرَّمَ حَرَامَهُ فَمَا أَحَلَّ فَهُوَ حَلاَلٌ وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ عَفْوٌ وَتَلاَ ‏{‏ قُلْ لاَ أَجِدُ فِيمَا أُوحِيَ إِلَىَّ مُحَرَّمًا ‏}‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ ‏.
“Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab-Nya, maka ia adalah halal dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ia pula adalah haram. Dan apa sahaja yang didiamkan-Nya, maka ia itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu daripada Allah s.w.t., kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak lupa barang sedikitpun. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca daripada firman Allah s.w.t.: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa.” (Surah Maryam: 64)"
—Riwayat Al-Hakim dan beliau mensahihkannya, san dikeluarkan oleh Al-Bazzar.[2]

Kekuasaan untuk menentukan jika sesuatu itu halal atau haram hanya terletak kepada Allah,[3] bukan kepada sebarang manusia biarlah orang biasa atau raja. Dan barang siapa tetap melakukannya, dia telah melampaui batas dan melanggar hak mutlak Allah dalam pentadbiran hukum-Nya dan telah melakukan sesuatu bersifat syirik,[3] seperti yang Allah firman dalam Surah Asy-Syura, ayat 21:

أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
"Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah SWT."
—QS 42:21[4]

Ia juga perbuatan yang menyerupai kaum ahli Kitab Yahudi dan Nasrani kerana membenarkan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka menentukan apa yang halal dan haram sesuka hati.

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
"Mereka menjadikan pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik selain dari Allah s.w.t., dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibnu Maryam, sedang mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha suci Allah s.w.t. dari apa yang mereka sekutukan"
—QS 42:31[5]

Sewaktu itu, Adi bin Hatim r.a. yang belum memasuki Islam berkata kepada Nabi s.a.w.: "Hai Rasulullah! Sesungguhnya mereka tidak menyembah paderi dan pendeta itu!" Rasulullah SAW menjawab:

بَلَى إِنَّهُم حَرَّمُواْ عَلَيْهِمُ الْحَلاَلَ وَأَحَلُّواْ لَهُمُ الْحَرَامَ فَاتَّبَعُوْهُمْ فَذَلِكَ عِبَادَتُهُمْ
“Bahkan kerana sesungguhnya mereka telah mengharamkan ke atas para pengikut mereka yang halal dan menghalalkan buat mereka yang haram. Lalu mereka mengikutinya. Yang demikian itulah penyembahan mereka.”
—Riwayat Al-Tirmizi dan lainnya. Hadis digredkan hasan.

Surah Al-Araf ayat ke-32 mencegah sifat keterlaluan dan melampau batas.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحَرِّمُوا طَيِّبَاتِ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ . وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنْتُمْ بِهِ مُؤْمِنُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah s.w.t. bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu), kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah s.w.t. kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah s.w.t. yang kepada-Nya sahaja kamu beriman."

Di dunia Barat sunting

Perkataan "istihlal" menjadi meleluasa di media Barat pada 11 Mac 2005, tarikh ulang tahun pengeboman kereta api Madrid 2004, apabila Suruhanjaya Islam Sepanyol (La Comisión Islámica de España) mengeluarkan fatwa mengecam Osama bin Laden dan Al-Qaeda kerana melakukan istihlal dengan menghalalkan "jihad" dengan melakukan keganasan, serta membunuh wanita, kanak-kanak dan orang yang tidak terlibat dengan penempuran.[6]

Fatwa yang dikeluarkan adalah seperti berikut:[7]

Que según la Sharia, todo aquel que declara halal o permitido lo que Dios ha declarado haram o prohibido, como es matar a personas inocentes en atentados terroristas, se convierte en Kafir Murtadd Mustahlil, es decir en apóstata, por haber pretendido hacer halal (istihlal) el asesinato de inocentes, crimen que el Sagrado Corán y la Sunna del Profeta Muhammad, Dios le bendiga y salve, prohíben expresamente.
En tanto que Osama ben Laden y su organización defienden la legalidad del terrorismo y pretenden fundamentarla en el sagrado Corán y la Sunna, están cometiendo delito de istihlal y se convierten ipso facto en apóstatas (kafir murtadd), que no deben ser considerados musulmanes ni ser tratados como tales.

Terjemahan:

Bahawa menurut Syariah, barangsiapa mengisytiharkan halal, atau dibolehkan, yang Tuhan telah isytiharkan haram, atau terlarang, seperti membunuh orang yang tidak bersalah dalam serangan pengganas, dia bertukar kafir murtad mustahlil, yakni, seorang orang yang meninggalkan agama, kerana telah menghalalkan (istihlal) pembunuhan orang yang tidak bersalah, yang merupakan jenayah yang Kitab Suci Quran dan Sunah Nabi Muhammad (semoga Tuhan sejahterakan dan menjaganya) jelas-jelas telah larangkan.
Sejauh Osama bin Laden dan pertubuhan dia mempertahankan keabsahan keganasan dan mendakwa ia berdasarkan Kitab Suci Quran dan Sunah, mereka melakukan dosa istihlal dan menjadi pemurtad ipso facto (kafir murtad), yang tidak patut dikira sebagai orang Muslim dan tidak layak dilayan sepertinya.

Rujukan sunting

  1. ^ Wehr, H. (1976) A Dictionary of Modern Written Arabic: Third Edition. (ed.) J. Milton Cowan. Spoken Language Services, Inc. Ithaca, New York. ISBN 0-87950-001-8.
  2. ^ https://sunnah.com/abudawud/28/65
  3. ^ a b Dr. Zulkifli b. Mohamad Al-Bakri (2016) Bayan Linnas Siri ke-73. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
  4. ^ quran.com/42/21
  5. ^ quran.com/42/31
  6. ^ "Bin Laden fatwa as Spain remembers". CNN. 11 Mac 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2005. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  7. ^ "La Comisión Islámica de España emite una fatua condenando el terrorismo y al grupo Al Qaida" (dalam bahasa Sepanyol). WebIslam Comunidad Virtual. 5 Mac 2005. Dicapai pada 14 Disember 2019. Teks penuh fatwa dikeluarkan oleh La Comisión Islámica de España mengecam Osama bin Laden dan Al-Qaeda.